Pages

10.4.10

Mat Karaoke

"Dah mula dah" - dialog standard i tatkala mat-mat or minah-minah karaoke nak start shift mereka. Stok-stok yang suka karaoke dirumah. Telinga i jadi bingit bila mereka suka sangat pasang lagu dan nyanyi kuat-kuat macam nak kasi satu taman dengar. Hello, tak sedap ok suara awak tu. kalau sedap sejuk sikit hati i ni dengar silap-silap i pun nyanyi sama..:p. Seleksi lagu-lagu pulak ni nak komen siciput suka benar pilih lagu-lagu bernada tinggi tak sesuai ye..feeling jadi akak ziana tak pun amy search!! tapi tak sedar diri ye suara awak tak sampai maka jadilah pitching tak sampai ke laut la jadinya, dapat imagine tak camne. sampai kan i nie boleh gelak-gelak nak terguling dengar. I bukan nak kutuk-kutuk sangat tapi tolongla ye tolong bertimbangrasa la sikit pada jiran-jiran. Dahla suka nak uji bakat terpendam tu time malam-malam, time orang nak merehatkan badan dan kepala otak barulah ko sibuk-sibuk nak nyanyi yer. amatla tak kena dengan masa nya la cik kiah dan abang mat oi.... so kepada yang mereka-mereka tegar karaoke di rumah tolong la ye consider perasaan jiran tetangga anda.. pilihla timing yang betul bila berkaraoke tu. jangan time dah lewat malam baru ko nak menyanyi riang.. dan tolongla juga pasang volume itu pada kadar yang munasabah untuk didengar sahaja.. ok .

PEACE NO WAR