Pages

19.8.10

TUAN, BUKAN SAYA YANG BUAT LA.. :(

Di suatu petang yg nyaman, sedang saya syok-syok tidor diatas carpet yang berbulu empuk, tetiba terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..



Kemudian , benda tu bergerak-gerak di atas badan saya pula, kacau daun betullah!!



Rasa cam kena patuk kat perut, issh takkan kutu kot?




bila saya toleh.... rupenyer si hijau, burung kecik yang tuan saya baru beli semalam kat kedai burung Ah Seng



saya suruh hijau pergi main jauh-jauh, saya tak mahu kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni tak de mood nak melayan dia.




tapi dia tak mahu buat bodoh jer kat situ dan masih patuk-patuk saya. Degil betul hijau ini. Rasa nak belasah jer!!




Pastu dengan selambanya masih nak naik atas badan saya, tak pikir yang dia nie berat juga.



Tak lama lepas itu, saya dengar pulak dia tengah patuk benda lain lak, issh apalagi hijau ni... Rupanye mengerjakan handphone kesayangan tuan saya.



saya pun terus menjerit kat dia "Oi! rosak nanti, tuan marah lah.". Takde kerja betullah hijau ni, banyak benda boleh buat handphone tu jugak nak diusiknya.


Ceh, dia melawan lak tu. Tak padan dengan kecik betul!!




Masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu. Ah sudah, masak la cam nie!!



Akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri. Huh saya teraniaya..

Oh.... di manakah keadilan???? Bukan saya yang buat tuan~~