Pages

22.9.10

Gubahan Hantaran Free

Setakat ini, barang barang hantaran tinggal nak beli set perfume dan jam tangan jer. InsyaAllah bulan nie, dah boleh clear mana yang patut. Cuma barang seperti kek dan buah tu memang last minute items la yang kena beli kan. Dah boleh tarik nafas lega seciput di situ..hehehe!! Aku sebenarnya sedang berkira-kira nak sub jer kat vendor untuk gubah benda-benda itu, malas lah nak pening-pening kepala. Lagipun aku tak kreatif sangat...tak de seni!! Dalam dok mencongak-congak duit yang bakal terbang.. tiba tiba aku dapat satu berita paling best semalam... best sebab ada vendor bakal menaja gubahan hantaran aku nanti yahoooo!!! sebab aku menang giveaway yang dianjurkan oleh pihak penaja iaitu "MyCreativeSpaceBySuhaila".

Kami dah berbincang serba sedikit di email perkara-perkara yang berkaitan, setakat ini alhamdullilah semua berjalan lancar, Suhaila pun nice orangnya.. senang nak berurusan dengannya dan insyaAllah lepas semua barang settle dibeli, aku akan jumpa Suhaila untuk bagi barang supaya beliau dapat memulakan kerja kerja gubahan. Tak sabar pulak rasanya..hahaha!!