Pages

14.12.10

Edisi Review - Senarai Vendor #1

Memperkenalkan vendor-vendor yang telah dipilih untuk bersama-sama kami memastikan segala perjalanan majlis kahwin aku tempoh hari berjalan lancar. Ada certain vendor yang kami gunakan khidmat mereka bagi kedua-dua pihak supaya segala urusan susulan dapat dipermudahkan. Dapatlah jimat beberapa keping notes RM50 lepas diskaun diberikan.


Majlis nikah di rumah perempuan.

Kami telah mengambil pakej yang merangkumi pelamin, make-up & accesori

Quiny Bridal



Bagi merakam detik-detik di majlis akad nikah, bersanding & bertandang

Photographer

Evlensa Photographer


Makeup & Baju untuk Majlis Bersanding & Bertandang

Andaman Pengantin Seri Intan

Hayati (016-294 9027)

No 3349, Tingkat 1, Jalan 18/32

Taman Seri Serdang

Selangor


Set Pelamin untuk Majlis Bersanding & Bertandang

Butik Zielynn


Katering

Asri Katering

(maaf no phone tak save coz segala urusan melalui my mum as orang tengah)



DJ

Radzali Team

(frust giler wey dengan service mereka)


Overall aku PUAS HATI dengan service-service semua vendor berikan EXCEPT DJ TEAM, agak kecewa dengan mutu service mereka. Macam last post aku yang ada ceritakan yang aku dah siap-siap survey lagu-lagu pilihan yang aku nak diaorang mainkan on that day. Siap listing lagi you aku bagi kat dia 3 hari sebelum majlis so at least dia boleh prepare lagu-lagu berkenaan. lagipun dia cakap "abang ada 5000 ribu lagu dik, takder masalah..kita cuba buat yang terbaik untuk majlis adik".. ok fine.


Sekali hambik ko masa hari tersebut tah ape lagu dia pasang... tak ikut langsung list lagu yang aku mintak....Time kami si pengantin masuk audio paluan kompang dimainkan TETAPI aduh perlahan sungguh rentaknya sampai encik suami sempat bertanya apasal cam gini bunyinya tak feel langsung.....Sistem audio aduh kualiti out betul... Lagu Anuar Zain yang dimainkan langsung tak keluar macam suaranya yang macho... hampeh betul!! Lagu romantik english dan malay pun tak main semua..aduh janji manis sahaja...Kalau ada berus magic memang dah ku TING tukar ke DJ lain ..hahaha.


Panas wey telinga aku tapi sebagai ratu sehari maka haruslah aku ignore sahaja masalah-masalah yang berlaku.. mantain vougue dan terus senyum !! Habis event memang tak jumpa DJ tu, takut rosak mood karang kalau aku tarik muka 14 nanti ,lagipun benda dah jadi bukan boleh direwind anggap tiada rezeki ajerlah dan buat pengajaran untuk majlis adik-adik dikemudian hari.