Pages

4.2.12

Bukit Merah LakeTown Resort - Day 1

Inilah destinasi percutian me dan suami pada cuti yang lalu. Kalau tak tahu kat mana Bukit Merah LakeTown Resort, ia terletak di utara Semenanjung Malaysia iaitu di Taiping, Perak. Selama 3 hari 2 malam kitaorang akan bermalam di Suria Service Apartment Hotel.






Knok..knok.....dapat Level 2 betul-betul berhadapan lift tempat laluan orang keluar masuk.... orang lalu lalang memang dengarlah.....huhuhu sabar jelah.





Keadaan dalaman apartment..... bersih dan cukup selesa untuk menampung dua orang manusia :p.











Meneropong panaroma dari luar bilik......tengok tu kolam di bawah seperti melambai-lambai memanggil......tak sabarnya nak bermandi-manda tapi keadaan diluar panas lagi..







Selepas berehat almaklumlah perjalanan jauh meletihkan lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas terik, aktivit kitaorang adalah meronda di sekitar Bukit Merah LakeTown Resort meninjau apa yang menarik di sini.






Pelbagai souvenir yang boleh dibeli disini dari selipar, frame gambar, fridge magnet dan macam-macam lagi.





Mengisi perut di Food Court.





Makanan tengahari kami..... dah petang pun sebenarnya tu pasal lapar sangat..



Sistem bayaran menggunakan kopun. Order makanan dulu baru pergi bayar di kaunter, cashier akan bagi kupon yang perlu diserahkan kepada gerai lepas tu baru ambil makanan..settle!




Meriki-riki aktiviti yang boleh kitaorang lakukan esok hari.



Kitaorang dah dapat gambaran apa aktiviti nak buat esok so nak balik apartment salin baju nak mandi kolam.. :)....tunggu next entry untuk update yeahh!