Pages

15.11.13

Teknik Bentukkan Tudung

Wanita dan kecerewetan memang tidak dapat dipisahkan..ibarat bff gitu, lebih2 yang berkaitan kecantikan. Biar sedap mata memandang gitu. Sebab tu tang bersiap nie bawak2 bertenanglah kaum adam... agak menduga kesabaran. Mana nak make up... nak iron baju lagi.. nak touch rambut lagi....nak cari tudung lagi ...uisshh busy2.
Bercakap pasal tudung nie, nak share la kan teknik yang digunapakai oleh sepupu me. Dah ramai orang tau kot tapi me tak pernah ambik tau. :p. Sometimes bila pakai tudung bawal bentuk tudung depan tu jadi melepet...senget benget la... so kurang lah nampak cun. Maka adalah yang cerdik pandai keluarkan teknik simple gini.
Guna lilin pun boleh. Lilin dipanaskan pada iron, suhu iron tu just nice. Bila titisan lilin mencair atas tudung gosok macam biasa. Tapi ingat bukan semua tempat yang perlu dililinkan, buat pada kawasan lipatan kain yang akan membentuk depan tudung sahaja.



Gosok kasi licin punya. Jangan tebal sangat nanti tudung jadi terlalu keras.

 
Perhatikan jarak tangan kiri dan tangan kanan.. lilinkan area dalam tu sahaja.

amacam cantik ke tidak bentuknya? nampak kejung hahaha tapi ada yang suka guna cara gini..taste masing-masing.
Satu disadvantages teknik ini adalah kesan lilin sukar dihilangkan apabila dibasuh. Kena pandai2 adjust kadar lilin tersebut supaya perubahan kaler tidak terlihat pada tudung. Silap haribulan orang lain pun boleh perasan.