Pages

29.4.11

Di kala waktu rehat

Lagi sekali meronda ke Summit USJ time rehat tadi....tambahan pula waktu rehat yang agak panjang pada hari jumaat jadi me dan rakan-rakan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin :D. Jarang sebenarnya merayap time lunch, sesekali nak juga tukar angin kan.

Cari restoran yang ada menu nasi sebab semua dah kelaparan.. almaklumlah orang melayu tak jumpa nasi memang tak sah.. hehehhe.. kami berlima mengalas perut di Garden Cafe. Penah gak makan kat sini sekali dua bolehlah tahan cuma ada caj "service tax" dan "gomen tax". Ermm...standard cafe kan. Pilihan me adalah "Kong Fu Chicken Rice" dan "Orange Juice" sebagai santapan tengahari. Tak dapat nak share picture sebab terdelete lak..huhuh.

Lepas makan meronda keliling kedai-kedai kat dalam Summit ... plan asal ada sorang member opis nie nak cari inner putih alih-alih dia tak membeli apa, tapi orang lain lak yang lebih. Aiii sempat lagi masing-masing menyambar sehelai seluar, kemeja dan t-shirts.


me beli 2 helai T-shirt yang berharga RM28


Dah lama teringin nak beli benda alah nie.. asyik terbayang-bayang je dalam kepala... akhirnya dapat juga me memiliki "external hardisk" yang diimpi-impikan.. boleh upload gambar-gambar kat dalam ni nanti. Yang nie soh staff opis yang pergi lowyat belikan semasa beliau ke sana. Lepas nie tak der lah berterabur gambar me simpan sana sinun...



Pagi Jumaat

Bangun pagi hujan selebat-lebatnya turun.. Memang dugaan nak pergi kerja tapi nasib baik lah walaupun keluar sedikit lewat tapi traffic flow masih lagi lancar. Untuk yang naik motosikal ke tempat keje memang mencabar lah, kena lebih lagi hati-hati mengharung lopak-lopak air yang bergenang dijalan raya. Pandu cermat jiwa selamat ye.




Dengan suhu sejuk terasa nikmat betul jika dapat sambung tidur semula... Haih, kalaulah hari ini hari sabtu alamatnya selimut gerenti me tarik naik....muahaha. On the way nak pergi kerja, dengar Hot FM... mak ai penuh dengan lagu-lagu jiwang almaklumlah perkahwinan pewaris takhta diraja Britain Putera William dan pasangannya Kate Middleton akan berlangsung hari ini. Kalau nak saksikan secara LIVE boleh lihat di NTV7 3 petang-8 malam nanti.


Tidur itu nikmat tetapi jangan sampai terlebih tidur




Putera William dan Kate Middleton




28.4.11

Kutu Dapat Duit

Haih, sampai sekarang me tak dapat jawapan yang tepat apakah hubungan yang terjalin antara kutu dan duit sehingga words duit kutu wujud. Ala tak nak kusut-kusutkan kepala pepagi nie, yang penting me happy sebab bulan ini giliran me menerima duit kutu....

So far takde masalah pun sebab sistem giliran dah set awal-awal lagi. Time dapat gaji pandai-pandailah bagi kat tuan empunya giliran. Duit yang tak seberapa nie me pikir nak saving sikit pastu nak beli external hard disk. Cian memori camera me penuh dengan khazanah-khazanah berharga...Huhuhu


27.4.11

Burger Prosperiti

Hujan yang sedang turun dengan lebatnya di luar membuatkan perut mendendangkan lagu kelaparan. Tak sabar nak makan burger yang baru dibeli di tepi jalan tadi. First time try makan burger kat tempat tu... Jangan ingat MCD jer ada Prosperity Burger gerai kecil-kecil pun ada tau Prosperiti Burger.. Bunyi ajer sahaja tapi rasa lain-lain la kan.


Amboi, kat packaging punya complete letak contact details. Masa beli tadi punyalah sopan santun si pemuda membungkus.. kemas jer.. anak sapa la tu :D



Pilihan me semestinya burger daging..peh sedap!! Jemput makan semua.


Hasilnya... ok jer.. the best burger me penah makan dekat area USJ depan petronas dan 7 eleven. Kalau pergi beli mesti kena beraturlah sebab ramailah orang tengah mengorder burger. Puashatilah even kena tunggu lama sikit tapi ape pun syukur alhamdullilah dengan nikmat dan rezeki yang me makan petang nie.