Pages

17.12.12

Kenduri Buah-buahan Tempatan

Saja kan bikin air liur peminat buah-buahan local meleleh melihat buah-buahan yang masak ranum. Bukan sekotak tau tapi tiga kotak disusun berderet. Nasiblah meja kosong tu jadi port lambakan kotak buah-buahan. Jangan jeles kitaorang nak kenduri buah dekat office hari nie. Untung rakyat malaysia asal musim buah datang tak henti-henti godaan yang menerpa... 





  


Focusssss  dekat dekat...hahahaha

 




 


Apalagi kita serbu ramai-ramai!! rugi kalau tak makan :p
  







p/s : Sengaja panggil "cik batuk hukk hukk" menjengah kalau terlebih makan so kena control diri menjamah benda alah semua tu :)



Air Kelapa Muda

Petua orang lama, air kelapa muda elok diamalkan bila usia kandungan memasuki trimester 3 yakni tujuh bulan ke atas. Dikatakan khasiat yang terdapat dalam air kelapa boleh membersihkan air ketuban, mengurangkan kerak pada kepala bayi dan memudahkan kelahiran bayi... insyaAllah bayi tu keluarnya nanti bersih dan cantik kulitnya.

Dah masuk week 35 baru minum, mana taknya asyik terlupa nak menyinggah beli... pelupa betul somi me tu tapi tak kisahlah janji dapat minum kan. seminggu sekali bolehlah amalkan kot, sedang-sedang cantik tak lalulah nak minum hari-hari.

Original tanpa bahan pengawet, tiada gula atau tambahan ais....100% dari buah terus ke dalam plastik.. segar jer rasa bila mengalir dalam tekak nie :)

Isi kelapa semua tolak dekat husband sebab tak makan sangat.




15.12.12

Cosmestic Pouch Hadiah Giveaway

Payah betul tittle Winner nak melekat dua tiga menjak nie, asyik kalah je memanjang huhuhu . Rezeki dan tuah yang belum masih belum berkunjung tiba gamaknya. Opss mana boleh giveup, kena usaha berkali-kali supaya hasil berkunjung lagi... ermmm ayat sedapkan hati nie :)

Baru melekat satu, terpilih sebagai pemenang Christmas Season Free Giveaway contest FB...jadilah buat penaik semangat diri. Banyak gak lucky winners.. Congrats pada semua yang terpilih :)



 Baru terima hadiah dari Organizer KISS Mineral Makeup iaitu Cosmestic Pouch

Thank you so much ^_^









12.12.12

Tarikh Cantik | 12.12.12

Happy Anniversary, Happy Birthday, Congratulations!!

Pada semua yang menyambut ulangtahun perkahwinan, hari lahir dan berkahwin pada 
12 Dec 2012