Pages

28.2.17

Limau Asam Boi

Wow, mengamit memori betul bila gandingan asam boi dan limau diketemukan semula. Benda macam nie dah popular sejak zaman saya sekolah. Dulu kat kampung, senang nak jumpa pokok limau sekarang beli kat kedailah jawapnya..


Cara nak makan belah di tengah-tengah atau bahagian atas limau ... lepas tu sumbat asam boi kat dalam limau.. Penangan dia memang mercik. Saya tidak lah dalam kategori 'hardcore' bab makan asam-asam nie tapi layan jer bila kawan-kawan office bawa. 
Hirup-hirup ajerlah limau tu. ada setengah orang dia boleh kunyah dengan kulit-kulit sekali..tapi seeloknya buang biji tu dulu, kalau tak nasib mengeliat terasa kepahitan limau tu.



22.2.17

Service Repair Motosikal

Jika motosikal tiba-tiba 'breakdown' tengah jalan, dah tentunya tuan punya badan tak keruan nak cari pomen. Ingat senang nak mencari bengkel motosikal di kawasan tertentu?? Silap hari bulan gigih lah menolak motosikal demi mencari bengkel terdekat.. kot terjumpa lah.. kalau tak duduk la tepi jalan sementara menunggu kawan-kawan datang menolong.

Ni ha....sila simpan ketat-ketat nombor diaorang. Kawasan sekitar Putrajaya, Cyberjaya Puchong boleh roger anak-anak muda nie jika memerlukan bantuan repair moto yang rosak di tengah jalan

* Lokasi :- Pulau Meranti (10 minit dari Cyberjaya)
* Boleh buat on-site repair. Maknanya mekanik akan repair terus kerosakan di tempat anda berada.
* Masa service dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Luar dari waktu ini boleh dipertimbangkan bergantung kepada kelapangan waktu mekanik berkenaan.

Amirul : 019 - 2901959
Syafiq : 017 - 3844758
Ijat : 018-3257463


Kawan saya sudah menggunakan khidmat mereka. Recommended la katanya  dan upah yang dikenakan adalah berpatutan.




17.2.17

Nasi Kerabu

Selalunya nasi campur yang menjadi santapan di tengahari, hari ini kita beralih kepada makanan pantai timur pula. Mari-mari Nasi Kerabu Sohoo home made.

Masuk ini kali ketiga kitaorang dah makan nasi kerabu sohoo. Kiranya menepati selera tu pasal boleh order berkali-kali. Nak puji tukang masak dia.. pandai masak nasi kerabu yang sedap...tak rugilah nak order.


Bila dah buka penutup tupperware dia.. aduhh cepat-cepat nak makan almaklumlah perut pun tengah lapar.
Owner Nasi Kerabu Sohoo nie ada membuka pesanan. Bagi penduduk sekitar KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya penghantaran adalah percuma. Manalah tau terasa nak makan nasi kerabu tapi malas nak keluar rumah boleh roger Pn Izzati (013-9623937) atau follow FB nasikerabusohoo.


16.2.17

Tempoh Tuaian Hasil Tanaman

Melihatkan kepada trend orang bandar yang semakin rajin untuk menanam sayuran di rumah, sebagai mengurangkan kos perbelanjaan dapur membuat kan saya pun teruja nak mengikut jejak yang sama. 'jealous' hasil tanaman mereka menjadi selalu. 
Untung bila join FB group Kebun Bandar, Otai tak lokek ilmu.. selalu kongsi pengalaman, pandangan dan pengetahuan. Biji benih percuma jer diaorang bagi. Hantar sampul surat dengan setem yang mencukupi jer. Membuatkan minat saya mencucuk tanam tu bercambah-cambah.

Credit Persatuan Alumni Institut Veterinar Malaysia FB

Tapi saya selalu tertanya-tanya waktu yang diambil oleh sesuatu tanaman untuk mengeluarkan hasil. Yelah hari tu semai serai aduh berbulan tapi bercambah...geram dibuatnya. Bila rujuk jadual di atas baru ketahuan belum cukup matang nanti adalah hasilnya...Setakat ini, saya dah berjaya tanam lidah buaya, pokok kari dan serai. Pernah saya cuba tanam pokok cili malangnya kena serangan 'bena' habis rosak pokok cili. Silap jugak sebab tak buat pencegahan awal. 
Target tahun nie nak tanam pokok pandan.....teringin nak tanam pokok limau purut. Nak masak tomyam senang main-main cuit je nanti tapi balkoni kecil simpan hasrat tu dulu..hahaha..