Pages

30.7.23

Kids Baking Class

Haritu ada kelas baking kanak2 anjuran ketua wanita dibuka sekitar rumah, sis apalagi terus register nama anak-anak. Peluang bukan selalu ada, bagus juga untuk isi masa lapang anak-anak.

Fees RM20 seorang, limited 20 orang sahaja 





2 jenis roti yang anak2 sis pelajari dalam kelas iaitu roti teddy bear dan roti sosej

Seronok tengok anak2 belajar ilmu baru pembuatan roti secara praktikal dari cikgu2 yang hebat.



Resepi roti turut dikongsi oleh cikgu roti.
Nanti boleh buat sendiri di rumah dengan parents.

Lembut dan gebu roti dia....tengok anak2 pun happy bila merasai air tangan sendiri. Bayangkan anak punya excited semasa roti tengah dibakar dah sibuk menanya bila boleh makan??

Sambutan yang sangat baik ini membuatkan pihak organizer berhasrat nak buat kelas sebulan sekali.
Belajar buat roti yang lain pula.
Menarik dan anak2 sis on je.

Terima Kasih cikgu ET yang cikgu pembantu yang mengajar anak2 sis dan rakan2 membaking.
InsyaAllah kalau ada lagi kelas yang lain anak2 sis nak join.

19.7.23

Botol Sifir

Sempena minggu Panitia Matematik, sekolah anak sis ada buat beberapa aktiviti termasuk pertandingan Botol Sifir bagi tahun 4.

Tengok macam mudah tapi ambil masa hampir sehari gak nak siapkan Botol Sifir ni. 
Part penting masa nak tulis nombor2 dalam kotak dan potong lubang kotak2 kalau salah buat, alamat kena padam/adjust balik.


Kriteria nak menang kena kreatif, menarik dan kemas. Setiap kelas cikgu akan pilih 3 pemenang.. harap2 botol sifir anak sis ada peluang menang 😊

16.7.23

BBQ Chicken

Berderet ha discount voucher Bbq Chicken Dpluze Cyberjaya kami dapat sebab sakan join children event yang organizer anjurkan di sana.


Si kakak suka makan 'Korean Fried Chicken' laju dia ajak kami makan situ. 



Sampai dah makanan yang kami order. Alhamdullilah next trip boleh cuba menu yang lain. Total RM74.00(lupa sen kat belakang) after discount.

Kids meal set, Nasi goreng, fries, hot hot chicken, fresh orange, frizzy lemon. 

27.6.23

G2G Animal Garden - MAEPS

Semalam kebetulan ada urusan di Serdang kita singgah bawak anak2 meronda tengok haiwan di G2G Animal Garden. Previously visit masa anak kedua sis umur setahun lebih sekarang umur dah 5 tahun. 


Harga ticket di kaunter cuma sis prefer beli ticket secara online ada sedikit penjimatan di situ.


Berkonsep kan zoo petting kanak2 dan pelawat berpeluang melihat dan menyentuh serta boleh memberi makan haiwan dengan lebih dekat.

Kawasan pun tak luas jadi tak perlu nak rushing2 nak round semua kawasan cepat.. rileks santai2 je.. 

Terrdapat banyak pokok2 besar dan port2 kawasan untuk pengunjung duduk berehat sambil melepaskan lelah lagi2 cuaca sekarang panas membahang.


Terdapat lebih 70 jenis haiwan disini.. 

Sesuai untuk memberi pendedahan secara langsung kepada anak2. 

.
















Dalam banyak2 tempat 'rumah kucing' most favourite anak sis suka masuk melayan telatah kucing2 dalam tu.



Anak2 pun excited merasai pengalaman directly feeding haiwan

RM10 untuk sebekas makanan boleh beli di gerai yang jual 'animal food'




















Anak2 of course seronok dengan pengalaman yang mereka dapat.

InsyaAllah ada masa rezeki kita datang G2G Animal Garden lagi.