Pages

Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

18.2.19

Farewell Lunch Suhana

Lagi seorang kawan office nak 'say goodbye'.....
Berkurang lagi sorang staff dalam department kitaorang..komited orangnya dengan kerja...
Kalau dah mengadap PC mak aih fokus gila sampai nak dengar suara dia bersembang mimpilah!
Tapi nak buat macamana rezeki dia dapat 'better offer' sape nak tolak.
Lagi masyuk dari gaji yang dia terima sekarang.. ha gigih kitaorang 'interview' prospek tempat kerja baru dia. hahaha..



'Simple Farewell' tapi harapnya dapat menjadi kenangan buat kita semua
Selamat memulakan kerjaya di tempat baru.. semoga lebih 'success' dan semoga ukhwah yang terjalin tidak terhenti setakat ini sahaja.

6.7.18

Farewell Dinner Zakiah

Adui, sedih sangat bila ada sorang lagi geng office nak berhenti kerja. Kitaorang adalah 'try slow talk' kot-kot terpengaruh dengan pujukan suruh extend tarikh 'resigned' tapi sikit pun tak goyah, keputusan dia tetap muktamad. Takpe kita as a friends hormat jerlah.
Geng pejabat bagitau nak sambut ''farewell'' dia lepas habis kerja. Saya on jerlah walaupun masih dalam mood cuti sakit (MC) gigih kan jua sebab hari ini 'last day' kot minah tu kerja karang berzaman la boleh jumpa sebab mesti masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.

 

Plan asal nak menketedarah ''korean food'' tapi kedai dia level 3 dekat Shaftsburry Cyberjaya, alahai malas mak buyung nak menapak jauh-jauh terus saya request tukar ke tempat lain dan akhirnya kata sepakat makan-makan dekat Domino Pizza


Nama pun 'last minute plan' mesti ada ahli yang dapat tak datang. Takpelah yang ada pun dah cukup memeriahkan suasana


Hujung-hujung majlis baru ada penampakan set-set lelaki yang datang....depa baru balik dari kerja on-site.. konon malu-malu kucing nak join..mengadala korang...padahal dah berapa tahun kerja sebumbung...nyampah!


Mentang-mentanglah masa nie tak ramai 'customer' melepak, berposing sana sini la kitaorang


Part mengedik atas tangga paling akak lemah skang, terus ambik kedudukan paling selamat di atas..


Terselit budak kecik kat sebelah ..nanti sentap kalau tak masukkan dia sekali..


Bakal pengantin baru di sebelah saya.. Selamat maju jaya Zakiah Nadimin....Keep in touch dan semoga lebih 'success' ...dapat kerja yang lebih  masyuk nanti. Sementara tengah jadi penganggur terhormat nie, enjoy the moments la sebelum beralih ke alam hidup berumahtangga.

7.10.16

Run For Unity 2016

Aduh rindu betul dengan 'Running Events'. Hampir 4 tahun kot kasut sukan saya tersimpan dalam gobok dari zaman mengandung hingga adriana dah besar. Nak pergi jogging jarang sekali. Usha jap kalendar Howei serius bikin hati saya tak keruan dibuatnya. Scroll-scroll tengok ada yang sesuai dengan jadual. Kena gak pilih event yang benarkan penyertaan kanak-kanak umur 3 tahun. Cantik jumpa satu!
Yeayy, T-shirt dan Bib No dah pergi ambil kat tempat penganjur. Tak sabar nak tunggu hari perlumbaan. :)



Kitaorang bukanlah FIT nak lari beria-ria menang bagai. Cukuplah sekadar mengisi kuota 'Fun Race' sahaja. Seronok cari pengalaman sebenarnya sambil menjadi warga Malaysia yang menjaga kesihatan gitu.
Orang lain dah ke depan kitaorang masih terhegeh-hegeh lagi kat belakang gara-gara adriana nak berdukung langsung tak nak jalan. Aiyoo mood dia tengah 'swing' layankan sahaja. Nanti dah okey tengoklah...


Amboi tengok budak kecil nie. Enjin dia dah panas kemain kan menonong ke depan. Jenuh mummy daddy nak ikut dia. Laju bebenor. Dahlah permukaan jalan tak berapa rata, kerap kali kena ingatkan adriana supaya berhati-hati semasa berlari.




Alhamdullilah berjaya ke garisan penamat. Syukur budak kecik nie kuat semangat walaupun baru pertama kali join event cam gini. Yeaay boleh kumpul pingat lagi lepas nie.



Ala kesian dia penat, rupa macam nak tertidur. Lepas minum susu terus segar bugar. Lepak jap bawah khemah tunggu cabutan bertuah manalah tahu boleh menang moto sebiji. Tapi takde rezeki nama tak sangkut.

Selesai dah larian Fun Run 5KM. Pendedahan pertama adriana dan dia seronok.  Jom balik berehat kat rumah.


16.8.16

Program Qurban Nusantara - Kemboja 1437H


BIT Group Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Ar-Raudhah, akan melaksanakan ibadah qurban di Wilayah Pursat, Kemboja.  Daging hasil penyembelihan haiwan qurban tersebut selanjutnya akan di bahagikan kepada warga dilingkungan daerah Wilayah Pursat, khususnya untuk golongan yang tidak bernasib baik hidup dalam kemiskinan dan kefakiran.  Sebahagian besar daripada mereka ini tidak mampu untuk menikmati masakan daging kecualilah pada hari raya qurban sahaja. 
Muslimin dan muslimat yang berminat untuk menyertai Program Qurban Nusantara - Kemboja 1437H bolehlah menghubungi nombor yang tertera di atas untuk maklumat selanjutnya.



20.5.16

Celcom Special Booth

Hari tu ada session bersama wakil CELCOM yang dijemput khas. Yelah pakej terbaru yang ditawarkan agak menarik dan berbaloi jadi dah tiba masanya nak bertukar kepada sesuatu yang lebih berpatutan.
Alang-alang ada wakil CELCOM nie bertubi-tubi soalan yang diutarakan oleh kawan2 saya. Tentang bill la.... masalah coverage la..Ha jawab jangan tak jawab. Sebelum nak commit biar faham dulu apa term and condition dia ye tak?


Kebanyakannya memilih pakej First Gold Business 80. Pelan panggilan dan SMS tanpa had kepada semua rangkaian hanya RM84.80 termasuk GST.
Biasalah mana-mana provider yang menawarkan harga dan perkhidmatan yang terbaik kita condong ke situ. Sesekali jadi lalang tak gitu.


8.4.15

VITAGEN Healthy Digestion Walk 2015

Rindu betul dengan events run dan walk nie....paling favourite "Jacobs Walk of Life"  dulu2 setiap tahun ada, tapi la nie menyepi sudah. Pernah join Tesco Run..Mcdonalds Run... aihh lupa dah apa lagi  tapi dalam banyak2 category me pilih "Fun Run"..paling senang tak perlu nak perah kederat.. kata nak happy2..stresslah nak lari jauh2 sampai 10km....makcik pancit...lagipun gerenti kalah punya ramai terror kot.

Bila nak aktif balik.. kena pikirkan events yang mesra budak2 means ada category untuk diaorang barulah sama2 enjoy! Peringkat umur adriana dah cukup cun boleh libatkan dia sekali.

Standard acara2 gini akan makan masa setengah hari...tapi since ada budak kecik bersama kita tunggu dan lihat lama ke tidak di situ..hahaha

Berminat??Sign Up sekarang  http://bit.ly/VITAGENWalk :)


23.2.15

Kick Off Meeting 2015

Events before Chinese New Year. Ada kickoff meeting kat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Nak dengar mandat dari CEO baru..wah debar2 nie.. harap2 lah ada good news amin.

Sengaja kosong2 kan perut tak makan heavy2 sebab tau makanan di KGSAAS ada umpphh dan variety... puashatilah dengan caj yang diaorang kenakan.

Boleh tahan pencuci mulut dia..
 

Air sunkist..

Lapar punya pasal, laju jer tangan menceduk lauk2 dalam pinggan. Sedar tak sedar amboi keliling pinggan dah penuh lauk. Biar betul makan gini banyak..hahhaa.. don't worry rileks2 me bukan jenis pembazir gerenti habis..hehe

minta2lah tak mengantuk kat dalam dewan nanti..

 Khusyuk betul depa menghayati keenakan lunch masing2..taulah perut dah berkeroncong kan..

Sebab kehadiran adalah WAJIB, weols kena sign attendances sebelum masuk dewan meeting

Cheese with HR Team!...awek specky depan me nie nampak macam garang aummm tapi sebenarnya gila2 punya otak ..single lagi tu uolss sape nak kenal sila angkat tangan..haha

Aik group weols paling awal masuk dewan, biasalah yang lain masih berlegar2 lagi kat luar. Advantagesnya boleh chop duduk kat mana2 tempat yang weols suka. Ala faham2 jer lah bab meeting nie duduk belakang2 la best kang kalu tertidur orang depan boleh cover..haha

 Break time..ada dessert bagai.. 



Ballroom convert to meeting room sangat luas dan selesa. Ada presentation session dan QnA dari CEO dan upper management. Harapannya agar company yang me kerja nie akan terus lebih success untuk tahun 2015 dan tahun2 mendatang.


15.10.14

Karnival Upin & Ipin 2014

Sebut upin & ipin budak2 kecik pun kenal sape gerangan dua beradik kembar yang sentiasa mencuri perhatian ramai dengan keletah mereka. Tak perlu nak diperkenalkan lagi, tahap keglamouran diaorang nun dah sampai ke indonesia pun. Anak me adriana pun terjebak sama meminati character animasi nie.. kalau layan cerita upin & ipin panggil pun boleh buat derk jer.. leka ler tu..hehe. pantang nampak poster /banner dua budak botak tu mesti sebut ''pin..pin"..
Kalau selalu nonton wajah2 diorang nie depan TV..apa kata bawa anak2 melihat pujaan hati diaorang secara lebih dekat...real secara langsung...mesti teruja punyalah! Next month katanya bakal berlangsung karnival upin ipin kat putrajaya.. ada kemunculan ultraman lagi.. serbu jangan tak serbu uols.



4.9.14

#InterFest14 - UiTM Event

Selalu dalam kelas belajar dan faham sesuatu subject secara teori sahaja kan, tapi bila diberi peluang secara praktikal untuk handle sesebuah event, siaplah itu jam cabaran bermula. Dengan macam2 ragam customer, costing, promotion dll sememangnya bukan satu kerja senang tapi bagus apa dapat peluang berdepan dengan realiti dunia business.. pendedahan awal gitu bila berada di dunia pekerjaan nanti.
Dah penat2 belajar menghadap buku..kertas kerja bagai.. inilah masa nak tunjukkan kehebatan korang.. cabaran kepada pelajar2 International Business Student (IBS) UiTM Puncak Alam Class BM2465M untuk membuktikan uols boleh menjayakan misi yang telah diberikan kepada uols.. chaiyok!!
Ada 84 booth yang bakal dibuat pada hari events nanti.. walaweh boleh rasa kemeriahannya tu dan peluang masih terbuka kepada vendor2 yang berminat nak berniaga...boleh roger 013‑332 5471/011-1236 8150 or email us at internationalfest14@gmail.com.. sapa cepat dia dapat :). Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai. 



21.8.14

Jalsah Ilmiah - Wanita & Toleransi dari Kacamata Islam


Baru diforwardkan oleh HR pada staff tadi, nak war-warkan kan uols yang mempunyai kelapangan dan berdekatan bolehlah menghadiri ke majlis ilmu yang akan berlansung pada 7th Sept 2014 di Dewan Masjid Al Falah USJ 9 Subang Jaya, Selangor.