Pages

16.3.24

Cromboloni

Sis jarang lah nak follow food viral trend ni sangat. Lagi2 nak kena beratur panjang 1-2 jam aduh memang tak gigih. 


Benda dah suam2 kuku dik. Baru nak merasa cromboloni idaman ramai tu. 


Kebetulan gerai tepi jalan ni ada jual kita try la beli dua cromboloni flavour hazelnut chocolate. Ambil based on pilihan budak2. Harga sebiji RM12. 

Review budak2 of course la depa suka.. Makan sampai comot2 mulut. Sedap katanya. Nak try flavour lain pula lepas ni. 

15.3.24

Pisang 7 Eleven

Haritu pergi 7 Eleven nak cari roti untuk anak2. Sekali ternampak buah pisang tergantung kat rak makanan. Selalu kita beli kat market ikut seikat kan, yang ni depa jual sebiji satu. 

Pagi2 nak makan pisang boleh beli ngap je terus. Standard harga 7 Eleven sebiji RM1.50. 

27.2.24

Essen Badam

Jom ke kedai barangan bakeri LMC Bakery World, Sungai Buloh.

Biasa kalau datang sini mesti mencari bahan buat umpan mancing ikan 

Bukan untuk hasilkan kek atau biskut hahahahah.. 


Kita follow jer tak banyak kedai bakeri yang menjual barang yang dicari. 

Kebetulan ada yang mengirim order sekali.
 
Botol berisi warna jernih adalah essen badam. 

Botol2 kecil yang berwarna tu pula adalah essen flavour epal dan strawberry 

Macam pelik plak kan bahan2 ni yang dibeli.

Tapi kaki2 mancing depa gunakan ia untuk membuat somprot atau spray pada umpan bagi menarik 

kehadiran ikan terutamanya ikan patin.


22.2.24

Bercuti & Menang Melaka

Last week sis dan family bercuti selama 3hari 2 malam di Melaka.
Kebetulan ada contest bercuti & menang sempena tahun melawat Melaka 2024. 
Terus korek2 segala resit makan/minum .. hat shopping2 kat Melaka pun atttachkan sekali bersama invoice penginapan nak cukupkan syarat punya pasal.


Setiap 3 bulan sekali bermula dari bulan Jan hingga Dec 2024 ada cabutan bertuah.. hadiah2 utama dia memang syok.. Harap2 ada lah rezeki sis menang sebuah kereta.. Amin.. 


Kami menginap di Chalet Darul Aslah Pengkalan Badak.
First time sampai kawasan sini. Baru tahu betapa meriahnya dengan limpahan homestay/chalet kiri kanan jalan. 
Jarak ke laut dekat sangat, puas hati la anak2 nak merasa mandi laut. 










Nak ke kedai makan pun jalan kaki jer
Kami datang sini hari khamis sampai sabtu.. Orang pun x ramai datang lagi. 
Suasana tenang.. sesuai sangat nak healing2.