Pages

7.1.26

Seafood Fried Rice

 

Happy Wednesday!
Geng lunch harini kita makan di Nippon Sushi.
Sis order '' seafood fried rice''. Sedap juga! 
Pagi tadi ambil light breakfast jer hot tea dan seketul kuih. Konon nak diet hujung2 lapar cari nasi. 

6.1.26

Pendaftaran Kursus Pengendali Makanan


 🍽️ Pendaftaran Kursus Pengendali Makanan Kini Dibuka! 🍽️ 

*Anjuran SV Care Medic Sdn Bhd dengan kerjasama JPP Zon Putra perdana

Adakah anda terlibat dalam sektor makanan & minuman?

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kursus Pengendali Makanan yang diiktiraf dan wajib untuk semua pengusaha serta pekerja F&B.

📅 Tempoh Kursus:

29 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026

💰 Yuran Pendaftaran:

👉 Hanya RM50 sahaja


📌 Format Kursus:

✔️ Sesi Dalam Talian

✔️ Sesi Luar Talian

(Anda boleh pilih mengikut keselesaan)


🎁 Bonus Istimewa:

Semua peserta akan menerima Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA di Klinik SV Care Putra Perdana.


👩‍🍳👨‍🍳 Siapa Yang Wajib Hadir?

Individu yang terlibat dalam sektor makanan & minuman seperti:

* Gerai, Kedai, Restoran & Kafe

* Katering, Kilang & Bakeri

* Pasar, Pasar Raya & Medan Selera

* Kantin, Hotel & Resort

* Sekolah, Universiti & Taska/Tadika

* Pusat Membeli-belah & Pusat Pelancongan

* Pusat Kesihatan dan banyak lagi


✨ Faedah Kursus Ini:

✅ Memudahkan urusan perlesenan

✅ Menambah peluang pekerja

31.12.25

Tyeso Mini Botol

Cute kan bekas air ni. 
Saiz kecil je, muat untuk 200ml air. 
Ringan dan praktikal. Tak makan banyak ruang mudah sis nak sumbat dalam handbag. Disebabkan saiz dia comel 2-3 kali togok habis, jadi pastikan office ada water filter boleh top up air bila-bila masa. 


Letak air sejuk boleh, air panas pun tiada masalah. 
Bawa pergi kedai makan, tak perlu order air manis. Lebih sihat dan jimat. 
Baru lah gaya hidup sihat. 

25.12.25

25 Disember 2025

Untuk sisa tahun 2025 yang masih berbaki ini,

Bismillah atas setiap harapan, impian, dan cita-cita
yang belum sempat menjadi nyata.

Semoga Allah izinkan ia tumbuh menjadi kenyataan,
didatangkan segala hal yang baik,
dan dijauhkan daripada perkara yang menyulitkan.

Semoga dilimpahkan rezeki seluas rahmat-Nya,
mengalir lancar seperti hujan
yang turun membasahi bumi tanpa henti.

Dipermudahkan setiap urusan,
dikuatkan langkah,
ditenangkan hati,
dan diberkati setiap usaha.

Amin, ya Rabbal ‘alamin.