Pages

31.3.10

Good Bye Ujie Rashid

Tak sangka begitu cepat masa berlalu, terasa seperti baru mengenali dia. Masih ku ingat pertama kali datang interview di sini...dia yang membuka pintu di depan. Lega rasa dihati apabila kehadiran aku sini diterima baik oleh dia dan Rozy... rupanya kami bertiga adalah sebaya.. Hampir tidak percaya kerana mereka begitu awet muda..kalu nak cakap belum kawin pun boleh! Selepas rozy mengubah haluan pekerjaannya, kami tinggal berdua meneruskan tugasan kami disini. Berbezanya dia sudah berubah jawatan dan tempat duduk..namun itu tidak menjauhkan hubungan persahabatan kami, tetap ada gossip bersama, tetap makan bersila beramai-ramai semasa lunch dan tetap berkongsi cerita.
Namun semua itu berakhir petang tadi kerana dia akan mengiringi langkahnya bersama kementerian kesihatan malaysia. Kerja dengan gomen la kiranya. Rezeki yang datang pada masa yang tidak disangka...Even dia dapat di Negeri Sembilan takpela langkah anda bermula di situ..Apa-apa all the best untuk
'Norfazila Abd Wahab" untuk kerjaya baru anda. Semoga lebih success dan lebih murah rezeki. InsyaAllah!!


Muka melangok dok tunggu KFC yang tak siap-siap lagi.. Ada air free lagi sejuk sikit hati kami (aku and uji) yang sedang dok tunggu order siap nie.. orang yang nak belanja kena pergi beli begitu sadis sekali..



Ha ambik ko sekali banyak kami beli uji yang belanja sebenarnya, aku tolong follow jer. Masa kat kaunter tadi kami dok pikir-pikir cukup ke tidak ayam nanti. Berlebih tak pe jangan kurangkan wahai tauke yang belanja. moga murah lagi rezekimu...










Time nie semua dah kenyang sekenyangnya..sukala tu makan besar ini hari..nak tunggu sapa yang nak belanja lepas nie..Terima kasih kepada Tauke Hari Ini Ujie yang belanja KFC dan GD yang belanja DOMINO..Yummy!!

Notice ini Benar

Sudah lama i perasan benda ini, terpikir nak cerita kat sini. Bila lalu dekat papan biru hati i terus tertawa riang. Bibir i pasti mengukir senyuman manis macam gula. Auw manis sekali Entah siapa punya kerja tetapi that person memang bijak dalam mencuri hati manusia yang memandang notis di partition biru itu..........



I kasi focus dekat sedikit supaya korang tak perlu nak beliakkan mata nak baca ayat dalam notis itu.. nampak tak...ok-ok i tolong korang.. ayat dalam notis berbunyi "DILARANG KE HULU KE HILIR SAMBIL MEMBAWA KERTAS (DENGAN MUKA PURA2 BUSY) DI PEJABAT". Hahaha.. tak boleh blah punya notis sungguh tak makan saman.



Dekat tingkap pantry pun ada satu lagi notis. Last week masa datang kerja i terpandang kan notis ini, ketawa berdekah-dekah juga sebab ayat-ayat sungguh mencuit hati. Sapa yang tulis ayat ini cepat mengaku!! i pun nak belajar cipta ayat macam ini juga..





"ROSAK! JANGAN DIBUKA SEBELUM IANYA TERCAMPAK KELUAR"


Kepada "Encik yang BERKENAAN", TOLONG baiki tingkap ini dengan segera
sebelum cermin tingkap ini mendarat di landasan tar hitam tu. Itu takpe lagi kalu kena kepala pekerja-pekerja kedai bawah tu sapa nak tanggung!

30.3.10

Birthday Giveaway

Dear Lilly,

Happy 24th birthday.. may all your wishes come true!!




For birthday giveaway entries, visit HERE

Forurlovelybaby Contest



XOXO CHECKBOOK WALLET WORTH RM80!

Contest is from 05/03/10 - 05/05/10.

Visit forurlovelybaby for details

29.3.10

Farewall Ujie Rashid

Petang tadi we'all dapat email kasik tahu pukul 3.30 ptg ada farewall untuk ujie di lobi tingkat 1 office. Pelik jugak pada awalnye sebab selalunya invitation akan beritahu awal beberapa hari sebelum event bermula. Rupanya organiser plan nak buat farewell nie pagi tadi masa morning briefing konon nak kasik surprise la kat ujie.. alih-alih ujie yang beri surprise kat depa.. hehehe..dia tidak datang kerja, anak dia fatin demam. Sudahnya, sebab kek dah dibeli maka ujie dipaksa jugak datang office petang tu..takkan nak tunggu sok la kan..mana nak simpan kek tu lak...huish lawak la pulak bila dengar cam tu hehe... tengok tu sekali dua sekali depa order..satu cokelat satu carrot..







Mrs Ujie memberi watikah terakhir di BIT dihadapan semua yang hadir





Sessi potong-memotong kek dijalankan dan bermula acara makan-makan..nyummy kek coklat lagi sedap dari kek carrot..




Inilah antara para hadirin-hadirin yang hadir.. Terima kasih diatas kesudian anda semua.. ceh cam aku lak organiser.. heheh..sampai hati organiser tak sediakan air minuman untuk kami ini...nasib baik tak tercekik..huhu.





GIVE AWAY TERATAK PUTERI


Cantikkan giveaway ini..kalu dapat memang mak aku berkenan punya ini.. Meh try cuba nasib...singgah-singah la ke Teratak Puteri untuk lebih lanjut

Amb00yats' Give4way



Hadiah Utama menanti pemenang bertuah +++ 2 Hadiah Istimewa jadi apa tunggu lagi ..jom join this Giveaway mungkin anda orang yang bertuah..

Cabutan Bertuah Malia & Hubby MAC 2010


Saya tidak mahu lepaskan peluang ini. Cuba tetap cuba kan... Kamu apa lagi try la mana tahu ada "ong" boleh menang ini hadiah. Mahu tahu lebih lanjut sila jengah sini..

CE Summit 2010 (2nd Day)

Hari kedua seminar berjalan lancar mengikut jadual. Semua datang ikut time , takde la macam semalam nak tunggu korang datang lambat yang amat. Presenter hari ini adalah dari Technical Support dan PMO unit. Menarik tertarik memang dabomm la presentation mereka..













CEO sempat meluangkan masa hadir menyampaikan misi dan visi syarikat kepada semua hadirin.. Kami dah cuak dah bila dia cakap slide nak present 35 pages..jenuhlah nak buntang kan mata nie.. sekali tak sampai 5 pages..Fuhhh lega..boleh balik cepat.hehehhe


Candid Photo yang sempat aku snap pada hari tersebut.. i like candid photo sebab ia nampak natural dan bersahaja selain kantoi kan orang..jangan marah ye korang..muahaha




Macam biasa sebelum beredar makan tengahari dan pulang, kami mesti ada sessi bergambar beramai-ramai dulu. Kenangan tak datang berulang ia akan dikenang jadilah gambar ini sebagai kenangan kami berseminar di Kelab Golf Negara Subang selama dua hari.


27.3.10

CE Summit 2010 (1st Day)

CE Summit kembali lagi!! Untuk tahun 2010 pertama kalinya ia diadakan di luar office dan kami berpeluang berseminar di Kelab Golf Negara Subang selama 2 hari iaitu 27hb - 28hb Mac 2010. Time CE Summit ini lah semua engineer-engineer dari region mahupun central (KL./Sel) akan bersua muka dan masa ini akan dimanfaatkan untuk memberi info dan maklumat yang relevan kepada mereka.




Hari pertama jadual lari sedikit dari jadual, sepatutnya mula pukul 9 pagi tapi pasal ramai yang datang lambat dekat 10.00 pagi baru nak mula.. ish fail betul time management mereka. tengok dah lambat pun masih lagi jalan lengang kangkung..huh!






Sebelum masuk dewan seminar, semua orang kena register diri dulu di kaunter pendaftaran then setiap sorang akan dapat sehelai baju yang cantik dan sebuah buku nota yang disponsor oleh "JUNIPER". Thanks to them!!






MC untuk event pada kedua-dua hari tersebut





Mamat ini pula mengetuai doa pembuka dan penutup majlis





Jom jeling para Customer-Customer Engineer sekalian bersidang mendengar mandat dan wasiat dari para-para presenter pada hari pertama ini. Begitu fokus sekali..



















Tadaa..mereka berdua ini kena pisahkan dan cantumkan semula besi yang diberikan kepada mereka. Yang pakai baju putih tu dapat pisahkan tapi nak cantumkan balik tak dapat-dapat. yang baju biru lagi la kelakar langsung tak dapat..dapat gelak jela..haha! Tapi dua-dua dapat RM. RM note merah RM10. Apa pun kesimpulan dari TRICK ini adalah jika kita lost or info tak details. jangan malu jangan segan cari alternatif untuk dapatkan bantuan yang mereka yang relevan! Jangan malu bertanya PAK.
















Pada sessi ini kami ini diberikan sebiji kentang dan sebatang straw dan diminta untuk membuatkan straw tu "TEMBUS" biji kentang tersebut. WOW..macam mustahil sahaja, melopong mulut masing-masing dok pikir..tangan pun dok tekan-tekan straw tu..hahaha








tapi ada orang berjaya buat memang tembus..terrer la tu ..memasing dok ingat dier cucuk pensil kat kentang tu..sebab aku pun dok melopong dok tengok kentang yang tembus tu terlupa nak snap picture kentang tu jadik tunjuk jela orangnyer..



Lepas habis sessi presentation lebih kurang pukul 5.30 petang. Kami semua bergerak ke Restoran Tasik Idaman Bangi untuk Dinner. Mana yang tak tahu jalan tu akan konvoi tapi ada jugak yang sesat jugak dua tiga kali . Nasib baik la korang sampai ye kalu tak rugi ko malam tu. makan kat restoran terapung buat aku pening lalat jap sebab bergerak-gerak masa nak makan. tapi ok la boleh control lagi...Jom kita santap..