Pages

15.3.22

Jom Chillax ~ Jom Berzapin


 *JOM CHILLAX bersama BINTANG KECIL - JOM BERZAPIN*

πŸ’ƒAnak anda suka menari? 

πŸ•ΊAda bakat menari atau nak belajar menari?

Jangan lepaskan peluang untuk sertai kami di “JOM CHILLAX” Jom Berzapin bersama Bintang Kecil.

Kami hadirkan bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dan pastinya membuatkan anak-anak anda teruja!

Goodies istimewa, sijil penyertaan dan hadian cabutan bertuah bakal dibawa pulang.


Daftar sekarang! Terhad kepada 30 orang peserta terawal sahaja.

Nak daftar? klik : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-berzapin/

8.3.22

Pencarian Pelakon Alih Suara


Hai peminat2 alih suara ada berita nak kongsi ni. Peluang untuk anda menyertai keluarga BoBoiBoy bagi mengantikan suara asal Yaya. Suara asal Yaya ni Alisya iaitu adik bongsu Hanis Zalikha. Tak tahulah kemana dan  mengapa Alisya melepaskan watak ini tapi sebagai penonton BoBoiBoy sis pasti akan merindui suara Alisya. Watak dan suara dia dah serasi dimata dan telinga kami bertahun lamanya.
Bagi gadis2 yang berminat untuk mencuba nasib dan bakat boleh pergi ke FB BoBoiBoy untuk maklumat lanjut. Good luck and all the best guys

6.3.22

Roti Jala Klasik Sentul

Pagi tadi teringat dekat anak2 buah yang suka sangat makan roti jala. Memandangkan diaorang pun tengah kuarantin covid terfikir nak hantar something untuk ceriakan mood diaorang bagi happy2 skit.
Terus survey2 kat FB, doa2 moga terjumpa vendor roti jala yang boleh terima last minute order.
Alhamdullilah ada vendor yang boleh hantar roti jala tu petang tadi.



Set roti jala klasik 50pcs termasuk kari ayam adalah RM45 dan caj delivery RM5 (ni ikut kawasan). Saya order dekat Roti Jala Kak Nad. Mudah sangat berurusan dengan vendor ni. Kalau korang berada di kawasan gombak, sentul, setapak dan sekitar KL yang nak makan roti jala atau nak order untuk kawan2 ke boleh contact Kak Nad.

Feedback dari adik ipar dan budak2 ni... Roti jala dia lembut dan kari ayam dia pekat... mabeles! Suka budak2 tu makan. Alhamdullilah semoga semuanya cepat sembuh.