Pages

22.8.21

Senarai No Telefon Penting Ketika Kecemasan (Daerah Sepang)

 *SENARAI NO TELEFON PENTING KETIKA KECEMASAN*


*POLIS*

IPD Sepang - 03 87774222

Balai BBST - 03 87774484

Balai Dengkil - 03 87686222

Balai Sepang - 03 31411222

Balai Sg. Pelek - 03 31411222

Balai Cyberjaya - 03 83187864

Balai DABB - 03 89262103

Balai P/Perdana - 03 83185122

Trafik Sepang - 03 87774265 


Gerakan Sepang - 03  87067761 _(mers 999)_

Gerakan KLIA - 03 87768222 _(mers 999)_


Balai KLIA - 03 87768922

Pondok KLIA - 03 87763450

Balai Klia2 - 03 87785222

Pondok Klia2 - 03 87785332


*AMBULANS*

Klinik Salak Tinggi - 03 87060908

(On Call 24 Jam) 019- 2137906

Klinik Kuarters KLIA 06 7913352

JPAM Sepang - 03 31412602 / 31412569

Hospital Putrajaya - 03 83124200

Hospital Serdang - 03 89475555

Hospital Banting - 03 31871142

Hospital Kajang - 03 87363333


*BOMBA*

Bomba Sepang - 03 314221333

Bomba KLIA - 03 87874970

Bomba Banting - 03 31871444

Bomba Nilai - 06 7940051


*KASTAM*

Kastam KLIA (AMC)

03 87874909

Kastam Kargo

03 87874058


*IMIGRESEN*

Imigresen KLIA 03 87768153/ 67140

Imigresen Putrajaya 03 88801555 / 1556

Depoh Imigresen KLIA 03 87765867 / 66982


*SPAD*

SPAD Hotline 1800-88-9600

SPAD KLIA 03 87763756


*MAHKAMAH SEPANG* 

03 31421133

03 87063263


*ADKK SEPANG*

03 87066368


*PEJABAT AGAMA SEPANG*

03 87061918

03 87061617

21.8.21

Key Chain Painting Set

Wah cantiknya 'Key Chain Painting Set' kiriman istimewa dari seseorang. Teruja campur terkejut  anak sis tiba-tiba ada parcel bertulis nama dia. Mummy awal-awal dah cakap takde barang beli kat Shoppe atau Lazada. Haa kita bagi suspen skit..



Cikgu siap Whatsapp minta alamat rumah. Masa ini memang tutup mulut tak maklumkan dekat anak  biar hadiah sampai tengok camne reaksi dia.


Laju je warna kan keychain ni.. yelah siapa tak seronok dapat hadiah. 



Antara hasil kerja PSV anak sis. Mujur juga jadual Pdpr sekolah anak sis tak begitu pack.
Boleh juga atur masa untuk siapkan tugasan yang diberi cikgu.. InsyaAllah kita cuba yang terbaik.










Terima kasih cikgu atas hadiah ini sebagai motivasi kepada anak sis supaya lebih bersemangat dalam menjalani sessi pdpr diwaktu yang mencabar ini

9.8.21

Magical Water Set Elf Ocean Kids Handmade Art Craft DIY

Kesian pula tengok anak-anak ni ha tak boleh nak bebas bermain diluar buat aktiviti outdoor lagi-lagi dengan peningkatan kes Covid sekarang. Macam biasa selain menghadap kelas PDPR, kita selit kan juga aktiviti indoor bagi mengurangkan rasa bosan. Kebetulan nampak Magical Water Set macam menarik untuk aktiviti indoor diaorang



Beli dua set untuk kakak dan adik di Shoppe. Harga masa promosi 8.8 bagi 1 set adalah  RM9.99 (harga asal RM16.90) dan setiap pakej mengandungi :-

1 x Pack Serbuk Genie (Powder)

4 x Warna Air (Water colour)

3 x Acuan (Mould)



Kena rendam ye serbuk Genie dalam bekas yang berisi air 1000 ml, kami guna botol mineral sukat air tak begitu tepat tapi bolehlah. Sebaik sahaja serbuk Genie larut dalam air aktiviti boleh dimulakan


Sebenarnya warna tu akan keluar sendiri dari acuan tapi disebabkan adik tak sabar dia korek2 bentuk tu, tengok rupa kejadian epal pertama dia.


 kakak kreatif dia campurkan dua warna untuk bentukkan rupa acuan yang lebih berwarna



Seronok sakan merendam tangan sampai kecut, beginilah hasil kerja dua beradik. Habis warna air dikerjakan dua beradik dalam satu sessi sahaja. Nak simpan esok-esok ke memang takdelah.



Alhamdullilah mereka enjoy dengan aktiviti sebegini. 
Kurang-kurang dapat mengisi kebosanan di kala PKP ni