aku paling jatuh hati dengan design no 3, agak simple tapi tampak manis sekali :D cun kan baju tu.. sesuai rasanya dijadikan busana "hari besar" nanti. kain dah ada, misi aku tinggal nak cari tailor yang bersesuaian dengan harga yang berpatutan...
hi, korang ada kengkawan yang tengah cari rumah sewa area subang jaya tak? kawan aku sedang dalam misi pencarian mencari manusia-manusia yang nak jadi housemate dia tapi untuk lelaki sahaja je.. korang bacalah keterangan dan syarat-syarat dibawah yang copy paste jer dari belog dia.
geng, ade bilik nk disewa nih, usj 15. Bilik ade 2 jerk, satu aku dah duduk, and ade satu bilik lagik...harge rumah RM 450 jerk, so bayar ikut bape kepale yg duduk. so kalu boley bilik yg satu lagi tu aku nk 2 org duduk r, ringan sikit kot bayar sewe, kalu x nak pon x pew,
kirenye kalu rumah tu 2 org penghuni -RM 225 3 org penghuni - RM 150
- Sewe rumah x termasuk bil air ngan api, - LELAKI sahaja - peti ais, katil ade, (katil setiap bilik ade 2) tilam jerk kene bawak sendirik - dri rumah nak ke Taipan usj hanye 5 minit jerk, nk ke sunway naik motor dri 10 ke 15 minit jerk, kalau krete aku x brani jamin sebab bergantung ngan kadar kesesakan lalu lintas. - jika berminat give me a call or mesej - 012-4557758 (syaf) *** yg x minat jgn nk kacau2 no nih!!!
sedikit mengenai mamat ini - kepala otak yang gila-gila. pecah perut kalu mamat ni buat lawak.. - kuat makan (sedang dalam proses mendietkan dirinya) - baik hati suka tolong kengkawan
dah dah , tak nak puji lebih-lebih nak ada orang kembang.. better kenal beliau sendiri.. uncle syaf
Sedang berbual-bual dengan Athirah, seorang practical staff tentang keadaan anak salah seorang staff di officeku yang terkena "chicken pox" @ demam campak!! memang kesian tengok badannya penuh dengan dengan bintik-bintik.. Athirah beritahu pada aku, dia tak penah dapat demam campak sekali pun. Pelik kan kerana kebiasaannya setiap orang pasti akan terkena penyakit tersebut at least sekali semasa kecil...jadi dalam kes ini boleh dianggap sebagai dia bernasib baik..
Kisah Hari Khamis
Athirah cuti hari ini katanya on medical leave(MC). Dia beritahu nak jumpa doktor nanti sebab tak berapa sihat....sementara itu kami di office plan nak buat makan-makan memandangkan besok hari terakhir Athirah di office sebab praktikal nya dah tamat so masanya untuk masuk belajar balik...tetapi ku terkejut badak apabila si comel Athirah beritahu bahawa dia sudah terkena "chicken pox". Wahal baru je semalam kami berborak pasal chicken pox alih-alih hari ini terkena penyakit berkenaan...Kesian dia! Apa pun semoga Athirah cepat sembuh dan selamat kembali belajar..
Kagum sungguh aku pada rakan baikku yang berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 3kg dalam masa seminggu, fantastic la dear...tak payah keluar cost langsung, disebabkan rakanku tidak ada masa nak exercise maka beliau telah menggunakan pelan pemakanan yang diambil masa datang kat sebuah slimming centre.. .Aku yang baik hati ini nak share la kat korang pelan pemakanan yang dia follow dalam usaha mendapatkan berat idamannya..
Pelan Pemakanan
Breakfast ( 8.00am – 10.00am)
1.Roti putih – 1 keping
2.Biskut Kering – 1-4 keping
3.Nestum 3 in 1
4.Oat
5.Yogurt (low fat / kiwi / strawberi sahaja)
** Semua menu di atas hanya boleh pilih salah satu sahaja .
**Air putih sebanyak 1 liter dari pukul 8.00am – 12pm
Sticky entry Sila scroll bawah untuk entry terkini..
Demam piala dunia bakal melanda satu dunia tidak lama lagi.. masing-masing mesti dah ada team pilihan kan..menang or kalah kena tunggu la ye tak.. dah start nanti world cup bermacam karenah la dapat kita semua lihat..masing-masing mesti sanggup bersengkang mata depan TV..ada yang lambat melelapkan mata dan terlajak tido terus ..huhhu..then ada pula yang datang opis lambat.. dan bermacam-macam citerla akan keluar nanti..yelah masing-masing nak menang!! so buat world cup fan, me ada something interesting nak share.. worksheet excel yang u'all boleh gunakan untuk tengok ranking ur fav team dengan segera.. nak tengok gambar-gambar player kesayangan korang pun boleh :p senang je nak guna just masukkan score team selepas sesebuah game then excel akan calculate sendiri ranking. tak payah nak tunggu-tunggu dah kira sendiri jer.. team dan masa game pun dah ada disediakan memang berbaloi-baloila u all guna..so apa tunggu la download jer kat "WORLD CUP 2010 South Africa"
happy besday to me.... happy besday to me..... happy besday to meeee... i'm a birthday girl...
umurku naik satu tangga lagi.. hari ini yang ke _ (agak-agak korang berapa?) *wink* nak tengok cermin sat nak tengok kedut bertambah dak.. Fuh lega masih seperti biasa... masih mantain awet muda lagi :p
Thanks pada semua yang wish me by email, phone, sms and FB. even card pun me ada dpt.. Really appreciate it..
opss, JJ sms beritahu ada gift coupon boleh direedem di outlet mereka.. best - best!!
Tahniah untuk amirah..semalam dia text me beritahu yang she dapat tawaran belajar dekat UITM Machang in business admin..suka betul dia almaklumlah kengkawan ramai dah dapat offer..oh ye amirah nie lepasan SPM so nak jejakkan kaki ke U la kiranya.. tunggu punya tunggu jauh nun ceruk sana dapat ye.. Tak kisahlah la kan mana jugak kena campak janji ilmu dan pengalaman tu.. time muda-muda nie la nak merantau jauh-jauh.. apa pun all the best la dekat Amirah!!
Dalam pada aku berblogwalking tadi, tetiba terpandang satu entry pada blog contest yang aku join, excited gila la wey sebab nama aku naik..dah senyum kambing dah masa tu...bukan senang tau nama nak up....Bila ku scroll down mouse ..terus sentap sangat...huhuh sangat sedih bile entry kena "reject" sebab aku tak ikut term!! ala-ala langgar syarat contest la....salahku sebab Logo and blog list dia tak masuk dalam blog aku!! Sob Sob sangat sedih..nie gara-gara aku tukar layout hari tu..memang ada content yang ilang...mana yang dapat tu selamatlah yang lain ke laut dalam dah!! Redha jelah dik non.. bukan rezeki kot..aduyai tensi. den .ingat malam nie boleh mimpi dapat hadiah besar sekali habuk pun tarak!!! Lepas ini taubat la aku nak tukar template blog nie suka suki jer.. Serik sudah...
Hi guys, petang ini nak share sama korang web filtering yang boleh gunakan untuk kawal penggunaan internet oleh sesiapa sahaja di rumah. Sekatan access perlu terhadap adik-adik or anak-anak dari terbabas ke laman web yang berunsur lucah, seks, perjudian atau web yang tidak sesuai untuk pemikiran mereka.. Memperkenalkan K9 Web Protection. Free sahaja tau!! Cubalah..
Congralatutions! Nombor telefon Anda tlh b'jaya Mendpt hadiah Utama Wang RM27,000.00 dr POWER ROOT SDN BHD. Sila Tel; 0178 374437 (No PIN:25e47) Terima kasih.
Huh, kayo makcik!! ada orang anto sms beritahu makcik menang wang besar ni...puluh-puluh ribu ringgut nie... Puh!! senang hati makcik cam gini boleh pergi shopping kat KLCC, Pavallion or Midvalley. macam-macam makcik boleh beli!! korang nak makan apa makcik takde hal boleh belanja punya, korang order jer apa nak makan ..makcik bayarkan sebab nanti makcik banyak duit!!! hahahaha...makcik suka makcik suka.. Oit!! jangan berangan nak mimpi menang hadiah riban-riban...tengok ayat sms bahasa rojak, ini sms tipu orang naya orang jer..nak menang apa kalu entries pun tak hantar ...huhuhu.. mana ada orang bagitahu winners bagi SMS je!! paling-paling tidak mereka akan telefon or inform melalui surat atau email... Ingat senang-senang ke power root nak bagi duit free macam itu jer.. Manusia manalah punya keje nie.. jangan percaya bulat-bulat ye bila terima sms dari no yang tidak dikenali. ini scam ok jadi apa yang perlu bila dapat sms macam ini..senang jer..baca, senyum dan delete dari inbox korang...selamat maju jaya!!
Tersebutlah alkisah disuatu hari, A (bukan nama sebenar) telah "offer" rakannya B (bukan nama sebenar) menjadi "tukang gambar tak rasmi" di hari bersejarahnya.. B menyatakan persetujuan memandangkan ia tidak mempunyai apa-apa perancangan pada hari berkenaan. Yes, A happylah sebab B nie pandailah jugak bab-bab photographer ini walaupun masih setahun jagung so dengan harapan dengan adanya si B dapatlah memori terindah di abadikan di lensa camera dengan jayanya!! Tetapi....Plan yang dirancang tergendala kerana si B perlu pulang ke kampungnya di selatan tanahair kerana ada urusan keluarga. Lagipun adik si B baru sahaja lepas accident so A tak kisahlah walaupun dimaklumkan last minute. Masih ada alternatif lain boleh digunakan.. Dan tanpa diduga , Kebenaran terbukti semalam. rupa-rupanya si B bukanlah pulang ke kampung seperti yang diberitahu sebalik telah "holiday" di sebuah pulau di nun di pantai timur bersama rakan-rakannya. . Member si B telah "mengtagged " gambar percutian mereka di sana, lengkap tarikh dan lokasi maka kekantoian sudah terjadi disitu!! Kantoi sudah!! terima kasih kepada encik FB kerana teknologi anda telah membantu dan berjasa kepada si A. si A sudah sentap di situ kerana B sudah tipu sama dia. Tak baik tau tipu rakan sendiri. tidaklah menjadi isu pun jika si B terus-terang sahaja tujuannya yang sebenarnya.. ini boleh tipu cakap balik kg tapi rupanya melencong ke tempat lain..So di sini sudah tahu "true colour" si B.. tak boleh percaya!!
nota LK : cite ini bukan rekaan semata-mata. jadilah seorang manusia yang jujur kepada rakan korang. bukan susah pun nak berkata benar!