30.7.10
Best Bila Bos Takde
28.7.10
♥Apabila Merah dan Pink disatukan♥
26.7.10
Jacob Walk of Life 2010
Perkara pertama kena buat adalah dapatkan t-shirt events yang semestinya berwarna kuning. dah kali ke 3 aku join yang berubah design jelah. colour tetap maintain almaklumlah warna corporate jacob kan! This year aku puji sistem serahan baju, bagi IC dan sebutkan code pengesahan yang dapat masa register di web site dia, staff Jacob akan check then bagi t-shirt. tahun-tahun sebelum nie nak kena sebut nama so lambat la nak cari kan. pakcik Rela pun jaga, sape tak beratur kena sound. wee padan muka.. bagus pakcik rela, anda jalankan tugas dengan baik.
Sebab perut kosong di pagi hari kena alas perut sebelum nak jalan, maka kaki melangkah ke booth itu :D untuk dapatkan breakfast percuma! Apalagi Biskut jacob dan susu Anlene. Tak puas 2 cawan sebab kecik. Tak pe lepas jalan kita terjah booth itu lagi.. Sedap minum susu sejuk.. selalu minum masa tengah suam lain pulak rasanya. kita minum dulu!!
Ok, jom kita berjalan mengelilingi FRIM. Dari yang kecik hingga besar, dari muda sampai ke tua, berhimpun berjalan bersama-sama. Fuhh meriah sangat. tengoklah betapa ramai manusia.. tiada pemenang pertama, kedua or ketiga.
Amoi nie menang 1st prize dressing pakaian satu 1Msia. ikut kreatif la nak buat macamana janji ada elemen satu msia. ada budak-budak panggil amoi nie " queen of malaysia". bawak pulang baucer and hamper u!!
21.7.10
Jom minum susu
19.7.10
Tahniah Nona
13.7.10
Tak Suka Tak Suka
ooo nak skodeng la tu, tu sampai kena koyak surat tu dibuatnya... satu lagi masih dalam keadaan sihat walafiat bungkusannya, baru tiba hari ini jika dilihat pada tarikh di bungkusan. yang lagi dua tu mungkin sampai semalam.. nak kena babap tangan tu tak reti nak behave ye..geram tau, sapa buat sila mengaku...tapi ada ke orang nak mengaku?? Sabar jerla :)
tepi sampul surat belah kiri dah kena buka.
nampak tak koyak kat tepi tu. benda dalam sampul surat ini ringan je , takkan senang-senang nak terkoyak kalu takder tangan yang gatal bukak..
sangat tak best tau bila macam nie, harap tak berlaku lagi lepas ini. sepatutnya sama sama hormat harta benda orang lain. harta ku bukan harta mu... sekian melaporkan!
8.7.10
Teknik menjinjangkan leher
7.7.10
Jom Layan Survey!!
Langkah pertama
Register diri sebagai panel di Mysurvey.com
lepas itu ikut arahan yang diberikan.
Survey ini tak derla reward dari segi cash, kalu orang nak cari wang lebih tak dapat la aku nak tolong, cuma dapat voucher tapi ok ape boleh guna untuk makan, beli buku, shopping pun boleh la.. jadi tepuk dada tanya selera.
6.7.10
Kisah baju 2
Sambungan alkisah kepada baju untuk "hari besar".. aku dah decide nak buat fesyen kurung moden supaya baju tersebut boleh dipakai lagi untuk event yang lain. Sayang oo kalu pakai sekali jer lepas tu terperuk dalam almari sampai kusam..oh ku tak rela, beli kain mahal-mahal pakai sekali jer!!
Planning asal nak survey tailor dekat KL tapi memandangkan kemalasan nak mengharung jem dan parking yang payah di situ better survey dekat dengan rumah jer dulu! Senang nak hantar dan ambik :)
Pusing punya pusing terjumpa satu kedai .. u ols nak tau namanya "Tailor Perfect". kalu nama cam gitu gah, mesti jahitan pun bagus.. aku membuat andaian!! lokasinya ditingkat 1 naik tangga dah jumpa kedai tu. nampak si tukang jahit agak sibuk dengan kerja-kerja jahitannya. si tukang jahit ingat aku nak jahit baju untuk raya, full dah tempahan katanya. Bukan, kami mahu jahit baju untuk "hari besar" kami. Bila ku tanya upah tempahan, wow terus macam nak bagi kain time tu jugak.. memang under budget..suka-suka!
Tetapi si tukang jahit tak syor hantar sekarang sebab takut ada pembesaran dan pengecilan saiz badan nanti kalu kena alter baju takut tak bp cantik lak. Kang aku kena menapak ke situ banyak kali..ish leceh-leceh, jadi sebaiknya tunggula lepas raya baru hantar balik, kasik peram itu kain dulu..sambil-sambil boleh survey lain kedai lagi.