Pages

16.12.10

Bakat Alih Suara Dicari

Morning semua, info nie aku dapat dari rakan jadi jika ada antara korang yang berminat nak mencuba malah lah tahu suara macho dan comel korang terpilih menjadi suara latar cerita animasi nie.. suke kan.. bolehlah datang uji bakat ke tempat dan masa yang ditetapkan dibawah. All the best ye!!

Dear Friends, we are looking for Voice Over talent for our animation project I30 (Pronounced as I-Trio). The details are as following:-

Casting session: Friday (17th December 2010) - Sunday (19th December 2010)
Time: 11:00 a.m to 4 p.m
Place:
FuzzyLogic ICT
28-2, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur

Contact : 03-41313999 (Nadia)
e-mail: contact@fuzzylogicict.com



14.12.10

Edisi Review - Senarai Vendor #1

Memperkenalkan vendor-vendor yang telah dipilih untuk bersama-sama kami memastikan segala perjalanan majlis kahwin aku tempoh hari berjalan lancar. Ada certain vendor yang kami gunakan khidmat mereka bagi kedua-dua pihak supaya segala urusan susulan dapat dipermudahkan. Dapatlah jimat beberapa keping notes RM50 lepas diskaun diberikan.


Majlis nikah di rumah perempuan.

Kami telah mengambil pakej yang merangkumi pelamin, make-up & accesori

Quiny Bridal



Bagi merakam detik-detik di majlis akad nikah, bersanding & bertandang

Photographer

Evlensa Photographer


Makeup & Baju untuk Majlis Bersanding & Bertandang

Andaman Pengantin Seri Intan

Hayati (016-294 9027)

No 3349, Tingkat 1, Jalan 18/32

Taman Seri Serdang

Selangor


Set Pelamin untuk Majlis Bersanding & Bertandang

Butik Zielynn


Katering

Asri Katering

(maaf no phone tak save coz segala urusan melalui my mum as orang tengah)



DJ

Radzali Team

(frust giler wey dengan service mereka)


Overall aku PUAS HATI dengan service-service semua vendor berikan EXCEPT DJ TEAM, agak kecewa dengan mutu service mereka. Macam last post aku yang ada ceritakan yang aku dah siap-siap survey lagu-lagu pilihan yang aku nak diaorang mainkan on that day. Siap listing lagi you aku bagi kat dia 3 hari sebelum majlis so at least dia boleh prepare lagu-lagu berkenaan. lagipun dia cakap "abang ada 5000 ribu lagu dik, takder masalah..kita cuba buat yang terbaik untuk majlis adik".. ok fine.


Sekali hambik ko masa hari tersebut tah ape lagu dia pasang... tak ikut langsung list lagu yang aku mintak....Time kami si pengantin masuk audio paluan kompang dimainkan TETAPI aduh perlahan sungguh rentaknya sampai encik suami sempat bertanya apasal cam gini bunyinya tak feel langsung.....Sistem audio aduh kualiti out betul... Lagu Anuar Zain yang dimainkan langsung tak keluar macam suaranya yang macho... hampeh betul!! Lagu romantik english dan malay pun tak main semua..aduh janji manis sahaja...Kalau ada berus magic memang dah ku TING tukar ke DJ lain ..hahaha.


Panas wey telinga aku tapi sebagai ratu sehari maka haruslah aku ignore sahaja masalah-masalah yang berlaku.. mantain vougue dan terus senyum !! Habis event memang tak jumpa DJ tu, takut rosak mood karang kalau aku tarik muka 14 nanti ,lagipun benda dah jadi bukan boleh direwind anggap tiada rezeki ajerlah dan buat pengajaran untuk majlis adik-adik dikemudian hari.




Dah blog semula

Time's up.. masa untuk bekerja dah bermula setelah hampir dua minggu bercuti.. habis cuti tahun dipulun untuk kahwin punya pasal, jadi next year kena gigihkan diri menyimpan cuti yang ada.. ada paling kuat boleh carry forward pun 5 hari jer.. lebih-lebih kena "burn" jugak.

Antara perkara yang teramat-ramat dirindui adalah mencoretkan cerita-cerita di muka belog nie. waduh memang tak sempat nak tulis apa pun sepanjang tempoh percutian. Busy teramat. Lama tak lama dekat dua minggu lebih jugak lah. Alhamdullilah dapat berjumpa kembali dengan staf-staf diopis tapi dengan status yang dah diupgrade ke Puan. Wah, pantas sekali masa berlalu . Sepatutnya semalam dah kerja tapi kesihatan pulak tak mengizinkan maka terpaksa ambik MC walaupun semangat dah berkobar-kobar nak masuk kerja.

So harap everything will back to normal. Aktifkan diri bercontest dan berblogging kembali. Untuk my carreer, akan ku terus mencari opportunity dan ruang yang ada untuk upgradekan skill yang ada. Semoga yang terbaik akan aku temui nanti. InsyaAllah.