Pages

31.5.11

Yummy...cakes

Baru sahaja menikmati sekeping cake chocolate indulgence yang sangat yummy...I love CAKES... Alhamdullilah... Kepada yang diraikan thanks and happy belated birthday :)




Kucing Sesat


Miawww.... dari mana datangnya kucing comel sesat ini.. alih-alih dah ada kat atas depan pintu opis.. entah bertuan ke tidak tak dapat nak dipastikan yang hairannya terror pula dia naik sampai ke tingkat 3 mencari port yang selesa kat balik papan nie.. Baru je tadi cleaner hantar ke bawah, aii pandai pula dier naik balik ke atas melalui tangga bangunan sebelah yang tidak berpintu. Dah selesa kot nak juga landing kat situ jugak.. jangan tinggalkan hasil buangan kat situ sudah...masaklah cleaner nak membersihkannya nanti.



Cak.. rileks je dok melepak kat sudut yang berkarpet tu..









25.5.11

Penaik Semangat




Bila dah letak card motivasi nie rasa berseri skit meja. Kalau me tak termotivasi jugak dapat tempias kat orang lain, pun syukur...dapat gak pahala. Manusia ni ada up dan down cyclenya so bila tengok benda-benda yang boleh menaikkan semangat sedap je hati tu rasa.



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?






23.5.11

Jawatan Kosong IT


Position
1) IT Techinician/Cabler
2) IT Supervisior - Cabling

Terbuka kepada semua yang berminat.
Sila emailkan resume atau pertanyaan kepada
contact nombor seperti dibawah.


No Telefon
013-3081723 / 011-19222346 ~ Mohd Shahredhza

Email
norazyani@bit.com.my
shahredhza.rafiee@bit.com.my


Requirement
1) Minimum SPM.
2) Willing to travel and works long hours as needed
3) Full time position
4) Candidate with extra knowledge of cabling will be added advantage




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?





21.5.11

Menarik hari ini #2

Bekerja di hari minggu sebab ada opening day di Institut Latihan Perindutrian Kuala Langat (ILP) dan company me ada buka booth di sana sebab nak cari pekerja techinican bahagian cabling. Sapa nak cari keje kosong bahagian IT bolehlah apply. Pertama kali masuk ke sini impress jugak dengan kawasan yang luas, facility yang sempurna serta percampuran kaum yang ada kat sini majmuk la kiranya.










Quite happening sebab banyak aktiviti yang dianjurkan seperti konsert, gerai-gerai jualan dan aktiviti sukan. Nampak ramai jugak visitor yang datang berkunjung. Hujan pagi tidak menganggu kelancaran majlis.








Abis duty kitaorang merayau ke morib tengok laut petang. Keadaan cuaca yang agak panas ketika itu membuatkan me tak begitu enjoy nak tengok suasana laut. Mata kuyu nak terkatup rasa nak tertidur kat situ jer..hehehe



Makcik- makcik sedang berlenggang kangkung mencari tempat perlindungan yang beratapkan pokok sebab tak tahan panas.



Menghilangkan kedahagaan dengan segelas BESAR jus oren yang lepas yang minum terus rasa nak pergi toilet pula hah macam-macam..




Part yang paling ditunggu sebab ada orang nak belanja besar... nie kali kedua me makan di Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang. Time ini memang tengah kelaparan yang amat sebab tak lunch dan akibatnya perut masuk angin. Semua tengah bersabar sebab dah 1 jam makanan tak sampai-sampai lagi.. huwaaa...orang ramai time wiken nak buat camner sabar jerlah.



Dah sampai pun makanan yang dinanti-nantikan.. jom kita serbu dan makan dengan sekenyang-kenyangnya.



Sebelum nak balik berlaga pipi dulu..salam-salam dengan kaum wanita je ye. Jumpa lagi lepas ini jika ada rezeki dan kelapangan masa.


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?





20.5.11

Kemenangan Sulung


Kegembiraan di petang hari sebab jadi salah seorang dari

5 pemenang "Alycia Besday Giveaway",


Ketahui lebih lanjut di loveblogcontest ...



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?





Kembar Nama

Biasalah hidup dalam bermasyarakat, mesti terjumpakan dalam situasi di mana kawan-kawan, jiran or sesiapa aje yang nama mereka serupa dengan nama kita sendiri. Nama me sendiri pun agak familiar selalu gak me jumpa.



Alam Persekolahan



Kawan sekolah menengah, lain kelas tapi selalu berjumpa sebab masing-masing ligat main handball, berdikir barat dan join persatuan yang sama. Kalau yang panggil dia "shahida" nama penuh fahamlah orang panggil sape. tapi bila yang panggil dia "shida".. of course la me pun terperasan. Begitulah sebaliknya.. haih masing2 terconpius sudah..muahaaha! Alih-alih ada yang pandai-pandai panggil me "shida kurus" takpun "shida putih" aih putih sangat ke me...hehehe semata-mata nak bezakan kitaorang..hahaha.. kelakar gila.



Alam Pekerjaan



Kes staff tersalah hantar email nak hantar kat me terbagi kat orang lain adalah 2 3 kali terjadi. Camner tu..saje je tau buat-buat lupa nama penuh me.. Biasalah ada orang yang keliru main send aje tapi lama-lama orang dah tahu yang mana satu tak delah kesesatan itu berlaku. hehehe



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?






19.5.11

Dapat Kad Kahwin


Kad jemputan dari si teruna dan dara yang bakal bersatu dengan cinta hati. Takhta raja sehari akan menjadi milik mereka pada cuti sekolah depan. Sedang bercount down menuju hari bahagia..congrats bakal pengantin.





16.5.11

Menarik hari ini #1

Memandangkan esok adalah public holiday untuk Wesak Day, ramai yang ambil kesempatan untuk sambung cuti lagi jadi tinggallah berapa kerat manusia kat opis nie yang sedang menjimatkan cuti mereka :D. Sabor jerlah ye!




Hari istimewa kepada semua para pendidik kerana mereka disambut setiap 16 Mei. Selamat Hari Guru kepada semua warga guru.Terima kasih diatas jasa kalian. Slogan tahun nie adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Sila ingat ye murid-murid sekalian.



Huwaaaa.. benda yang tak boleh nak lari apabila designation ku bertukar adalah mengadap manual ISO.. banyak nak kena baca dan fahamkan memandangkan date audit makin dekat. Walaupun me nie assistant aje tapi kenalah tau serba sedikit kan.. ilmu jugak tu..





14.5.11

Lakaran Wajah Suspek Simbah Asid


Inilah lakaran gambar suspek yang menyimbah asid kepada wanita
. Suspek dipercayai menunggang motosikal Honda EX 5 yang berplat No WPV 4963. Jika anda berada di sekitar Bangsar - KL Sentral - Puduraya - Bukit Bintang tolong berhati-hati kerana dia amat berbahaya. Kesian ramai dah jadi mangsa simbahan asid. Seandainya ade maklumat yang berkaitan boleh hubungi Rakan Cop : 03-21159999






8.5.11

Rekod Pump Minyak


Gara-gara nak join Petronas Contest kena isi minyak jadi RM30.95.. .ala-ala buat rekod peribadi yelah selalu isi minyak mesti genap aje nombornya ini ganjil yang keluar. Dah syaratnya gitu kenalah follow. Me pantang nampak kotak depan yang diaorang selalu letak depan stesen minyak nie.. lepas tanya cashier oooo baru tau almaklumlah takder banner apa pun kat keliling stesen.








Jual 3,000 lukisan kumpul biaya rawatan kanser

KANSAS, Amerika Syarikat - Seorang kanak-kanak, Aidan Reed berjaya menjual sebanyak 3,000 keping gambar raksasa yang dilukisnya demi membiayai kos rawatan penyakit kanser yang dihidapinya, lapor sebuah akhbar semalam. Aidan yang berusia lima tahun itu didiagnosis penyakit leukemia pada 13 September 2010.

Sejak itu, dia yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) dikehendaki menjalani rawatan termasuk kemoterapi, jangkitan, saluran tulang belakang dan prosedur lain yang menyakitkan.


Pakar perubatan bagaimanapun memberitahu bahawa penyakit yang dialami Aidan menunjukkan 90 peratus untuk pulih. Ibu bapa Aidan, Katie dan Wiley sebelum ini berdepan dengan masalah untuk membayar bil hospital sehingga terpaksa mencagar rumah mereka bagi mendapatkan wang. Cukup mengejutkan apabila Aidan yang memiliki minat melukis raksasa dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam waktu singkat Aidan berjaya menjual 3,000 lukisan yang dilukis di katil hospital sewaktu menjalani rawatan.Keseluruhan wang yang dikumpulkan melebihi AS$30,000 (RM89,235), sekali gus cukup untuk mendapatkan semula rumahnya yang dicagar dan menjalani rawatan susulan selepas ini.Lukisan Aidan turut menerima tempahan dari Jepun, Itali, Brazil dan negara lain di seluruh dunia. -


Inilah wajah kanak-kanak tersebut yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk melawan sakitnya itu. Terharu me baca dalam sakit-sakit boleh siapkan 3000 keping lukisan.






Aidan dan ibu bapanya



Antara hasil kreativiti Aidan









5.5.11

Harga Petrol Naik Lagi!

Credit Malaysiakini


Bad news di bulan May untuk pengguna petrol Ron97 di Malaysia.. harga petrol naik lagi 0.20sen yang berkuatkuasa 5 May 2011....Tengoklah graf asyik mencanak naik jer dari bulan ke bulan.
Walaupun Ron95 masih kekal di harga yang sama iaitu RM1.90 seliter tapi kesan dari itu pasti akan berlaku kenaikan harga barang... Aduhai makin lama makin tinggi kos hidup dekat Malaysia.




3.5.11

Kemenangan bergaya

Cayalah to team encik somi kerana telah berjaya menewaskan team lawan dalam perlawanan persahabatan futsal. Dalam keadaan team yang cukup-cukup orang je..ramai yang balik kampung lak time tu namun dapat maintain dalam court selama sejam memang mabeles la bagi me.
Me sempat berseloroh dgn encik somi jangan malukan me, jangan kalah ok sebab me yang plan game nie dan mereka telah buktikan dengan kemenangan yang cukup bergaya 17-7, tumbang terus team office me..hehehhe ..yeahh!!!
Me tak dapat nak snap pictures sebab camera tertinggal so me tunjuk kat you guys gelanggang pertemuan mereka di Ferro Futsal malam sabtu yang lalu.



Serius besar dengan keluasaan 100,000 kaki persegi


6 buah gelanggang yang tersedia untuk digunakan pada bila-bila masa yang mencapai standard piawaian FIFA


Picture credit to Ferro Futsal



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?