Pages

31.7.11

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat, daripada me sekeluarga, mohon maaf diatas segala perlakuan dan perbuatan yang menyinggung perasaan semua.
Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh tawaduk dan semoga kita sama-sama menambah kebaikan dan ketaqwaan kepadaNya Yang Maha Esa. Amin..





29.7.11

Aksi Harimau vs Singa










Mesti ramai dalam mood kecewa dan sedikit sedih sebab Malaysia kalah di tangan Singapore dengan agregate 6-4 tapi nak buat camno nasib tak menyebelahi kita.... Harimau Malaya pun tak berapa nak auummm la semalam....mengapa?? huhuhu.. Player Malaysia yang paling perform malam tadi Keeper Khairul Fahmi @ Apex dan Safee Sali. Good job guys!




28.7.11

Team Harimau Malaya



Ramai tak sabar nak saksikan games perhitungan Malaysia VS Singapore malam nie. Tak kisahlah nonton di rumah, kedai mamak mahupun di stadium , hanya satu yang kami mahu iaitu KEMENANGAN dari Team Harimau Malaya.. Please jangan hampakan kami penyokong Harimau Malaya.... tolong menang dengan begitu bergaya sekali hokeyyy!!


sekadar gambar hiasan



Sedap ke minum PETROL?


Ntah.. me pun tengah wonder tahap kesedapan petrol sampai uncle nie sanggup minum bertahun-tahun . Macam tak de effect ape pun, sihat walafiat je nampak, hidup pun sampai sekarang.. umur panjang.


BEIJING: Chen Dejun yang berusia 71 tahun, tinggal di dalam pondok uzur di sebuah bukit di dekat Bandar Shuijiang, mukim Nanchuan di barat daya daerah Chongqin, mendakwa dia minum minyak petrol selama 42 tahun.

Chen yang bertubuh pendek dan kurus berkata, dia minum tiga hingga 3.5 liter minyak petrol sebulan yang dibeli di sebuah stesen minyak di kaki bukit.

Dikalangan penduduk setempat, Chen dikenali sebagai seorang pemahat batu dan pengayam buluh yang pandai berniaga. Dia juga dikenali kerana gemar minum minyak petrol.

Dia mula minum minyak petrol pada 1969 apabila dia mula batuk dan dadanya terasa sakit. Setelah mencuba pelbagai ubat, penyakitnya masih tidak sembuh, dia mula mengikut petua orang tua dan minum minyak tanah.

Penyakitnya sembuh, dan sejak hari itu, dia mula ketagih minyak tanah. Dia kemudian berubah selera dan minum minyak petrol pula. Kata Chen sukar untuk dia menganggarkan berapa banyak minyak petrol yang diminumnya sepanjang hidupnya, tetapi menurut sebuah akhbar, Chen telah minum sekurang-kurangnya 1.5 tan minyak petrol sejak 42 tahun.

Isteri Chen, Yuan Huibi dan tiga anak lelaki mereka, telah berkali cuba untuk menghentikan ketagihannya kepada minyak petrol tetapi usaha mereka menyebabkan hubungan keluarga menjadi tegang. Lapan tahun lalu, Chen terus pindah ke pondok untuk hidup sendirian.

Sumber dari Hospital Honglou di Chongqin berkata, kesihatan Chen baik walaupun dia mempunya simptom emfisema (penyakit paru-paru) tetapi Chen tidak mahu mendapatkan pemeriksaan percuma di hospital.


Source : Harian Metro




Kalau Dah Rezeki



Alkisah seorang peminat bola mahu nonton games Malaysia VS Singapore di stadium dan memandangkan tiket tu jual waktu keje terpaksalah diutuskan adik bongsu kesayangannya sebagai wakil belian tiket.

Gigihlah si adik beratur tapi hampa tiket sold out gitu padahal baru 1st day maka sebab nak menebus kesalahan UTAMA akibat kegagalan dapat tiket kerana bangun lewat dengan semangatnya kembali lagi ke stadium pada hari kedua seawal 8 pagi dengan harapan dapat beli tiket even tah orang keberapa ratus beratur tapi akhirnya gugur gak air mata si adik lelaki setelah 4 jam beratur dengan penuh kesabaran tapi tiket yang diharapkan telah habis dijual!! Nangis!!!


Tak mahu menyerah kalah si adik nekad lepak di stadium seawal jam 3.30 pagi tadi dengan harapan mesti dapat tiket punya, sampai cipta rekod jadi orang 1st mengadap kaunter tiket tapi again tiket dah HABIS… bad news sangat.. penat je mengerahkan badan ke sana.. tunggu-tunggu hasil nan ado….sedihnya dgr kan..meraung sekejap….huhuhu.

Si kakak frust tapi masih tak putus harap… cek di web yang offer jual tiket..gila mark up lebih sampai RM 100 paling kejam ada cekik darah sampai RM300 ratus .. hello bai ko nak untung pun janganlah tekan orang gila tinggi cam tu.. Pelik tul camne diaorang dibenarkan beli tiket sampai berpuluh-puluh tiket sorang.. FAM nie tak tak monitor ke aktiviti kurang sihat nie..tengoklah bersepahan ulat tiket nanti.


Kring kring handphone si kakak berbunyi tak semena-mena sikakak excited dan teruja tahap master. Rupanya salah seorang rakannya tak jadi nonton bola so tiket yang ada telah dioffer kepada si kakak hah akhirnya tiket itu menjadi milikmu. Kalau dah rezeki tak kemana kan..ni kisah benar yang terjadi kat rakan me yang gila bola..Alhamdullilah dapat gak beliau ke stadium malam nanti :)


Sayalah kakak itu...hehehe


27.7.11

We Love Satay

RESERVED!! 3 meja telah menjadi hakmilik we'alll.. Wow tak sabar nak makan besar di malam yang berbahagia ini lagi-lagi bila seorang sahabat nak belanja sahabat handai yang lain...murah rezekimu derr!



Muka nampak kool tapi perut tengah nyanyi lagu keroncong lapar.. lapar! Ahli majlis meja makan tak cukup lagi nie hati dengan perut sila belajar sabar hokeyyy. Kesian ada yang tersesat jalan almaklumlah first time datang sini.








Coming!! Coming!! Willy Satay !! The best satay in town... menduduki takhta utama dan menjadi sebutan ramai sekarang nie.. Kalau orang sekitar Kajang gerenti tau kefamousan satay yang very the gebu. Jari dah gatal nak tarik lidi-lidi satay yang terbaring kesedapan depan mata...hummmm.






Wajah kegirangan selepas perut menderita kelaparan ...senyum je sampai ke telinga sedap tak hengat jam berputar.







Pencapaian terbaik yang boleh dibanggakan untuk malam ini.. me surrender cukup lah setakat beberapa lidi tersebut yang isi nya telah hancur lumat dikunyah oleh si gigi.



Rakyat jelata yang masih lagi kelaparan selepas menyantap satay idaman. Tak insaf rupanya perut-perut mereka....Inilah bahana sorang cari makan yang lain dok terpengaruh dengan aroma makanan lepas tu sorang sorang dok order benda lain.








Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi ... Encik Ketenangan Jiwa.



26.7.11

Duit Syiling Baru Malaysia




Wajah terbaru syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50sen yang akan dikeluarkan Jan tahun depan. Nampak cantik dan modern designnya. So kalau ada niat dah jadi collector duit syiling boleh kumpul dah, barang lama nilai nya boleh naik bertambah tinggi.

BNM Terbitkan Siri Syiling Baru Mulai Januari 2012
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baru tahun depan.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, duit-duit syiling baru yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara ini.

"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baru itu di sini, Isnin.

Beliau berkata, siri duit syiling baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Siri baru ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar.

"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baru ini nanti," kata Zeti lagi.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baru yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan September nanti. - BERNAMA



Mereka new mummy to be







Alhamdullilah great news for both of them ...PREGNANT 5 weeks anak sulung.. Congrats Rukijah dan Kina . Jaga kesihatan diri dan baby baik-baik.




24.7.11

Trailer Bini Biniku Gangster



Haaa... Liana Samsudin dan Intan Ladyana telah berkahwin dengan Shahiezy Sam dan bermadu, paling menakutkan mereka super gangster. ooo. .. siap pukul sepak terajang lawan ..dush dush dush!! Nak tengok aksi mereka kena tunggu 22 september 2011 sebab filem ini belum ditayangkan lagi. Konsep filem ni macam ada celup-celup idea sikit dari cite korea "My wife is a gangster" tapi tak nak komen lelebih sebab tak tengok lagi so kena tunggu ler.




23.7.11

Bowling Tournament aka Reunion Geng Sekolah

Perasaan yang sedang ecxited nak having fun membowling diri bersama geng sekolah menengah me di Pandan Lake Club. Baru tau kat sini ada bowling centre ,last time pergi tak perasan pun kewujudannya.



Ramai no yang ada komitmen lain jadi hanya kami berlima aje yang dapat menghadirkan diri. Except me masing-masing dah ada handbag extra..kiri dan kanan lagi, meriah you :D



Keadaan persekitaran lane bowling. Tak berapa nak terjaga tapi bukan big issue pun pada kitaorang... belasah aje..nak seronok-seronok jer pun :)



Budak-budak kalau dah jumpa geng macam ini tempat kami yang punya..hihi! Recommend place sebab tempat ni sedikit privasi tak ramai yang datang.



Pemain tak pro yang sedang aim target di hadapan. Nasib main 2 games jer kalau tidak mau kejung jari-jemari me.. almaklumlah bukan selalu main bowling pun.






Memang pro mereka.. laju gila bola tu menderu.!!



Acara penyampaian hadiah kepada pemenang






Kalah menang pun dapat hadiah tau. Semua yang main bowling tidak pulang dengan tangan kosong. Yeaayyy :)






Kanak-kanak ribena yang tak nak lepaskan peluang membuat balingan tapi biasalah ke longkang banyaknya :)



All of us bergambar kenangan