Pages

30.9.11

Ke Hospital Putrajaya

Mencuri masa semasa waktu lunch melawat ex-officemate yang selamat bersalin anak ke 4nya semalam. Alang-alang waktu rehat hari jumaat panjang so takde nak masalah nak melencong ke Putrajaya cuma kena rush sebelum waktu melawat habis.

Rombongan diketuai manager otai yang sporting dan kelakar gila pergi masuk lorong TnG padahal sorang pun tak pakai TnG. Terpaksa ngundur balik cari lorong tunai nasib baik kereta tak banyak..hehehe



Here we are.. hospital putrajaya!! Dalam lif pun sempat berposing sokmo :)



Presenting new baby born Saripah @ Kak Pah dan Johari @ Abang Joe. Punyalah semangat baby nie 3.99 kg pehh.... diaorang tengah dok pikir lagi nama yang sesuai yang diberikan.



Pose dengan baby comel...alalala











28.9.11

Wordless Wednesday - Tahukah Anda


Asal-usul Angry Bird??




26.9.11

Bukan Susah Kalau nak Senang

Ingat senang nak jadi dalam kelompok 100 kalu tempat tu dah sah-sah famous dan pack macam sardin. Nak-nak kena menapak ke KLCC semata-mata nak rebut sample yang cinonet..alahai macam tak berbaloi. Buat apa susah-susah, request je kat Facebook Burberry, delivery terus ke alamat yang beri. Kos tak keluar, penat takde sape untung.. diri sendiri gak yang untung :)




25.9.11

Open House Raya

Semalam sempat hadirkan diri ke Rumah Terbuka Aidilfitri officemate me di Bukit Puchong. Standardlah kat Malaysia selagi bulan shawal tu tak habis selagi tu kemeriahan Open House tak surut-surut. Nasib baik penah datang ke rumah beliau sekali, ingat-ingat lupa jalan sikit tapi yang penting tak sesat.


Yeayyy.. i'm coming..



Kita makan dulu. Dah pukul 2.30 pm no wonderlah perut rasa lapar :p




Antara kaum kerabat office yang sempat datang





Acara santai melepak memang terbaik selepas perut kekenyangan :)






Memang bersistematik. Takkan jumpa kat tempat lain.



Bergambar kenangan bersama tuan rumah berbaju hijau, Terima kasih daun keladi tahun depan jemputlah lagi. Mak beliau siap pesan kat kitaorang kalu senang datang lagi rumah, makcik boleh masak-masak mee apa ke .... insyaAllah makcik rezeki jangan ditolak ye tak :)


Bye.. nak balik dah nie. Take care, hati-hati memandu. Esok ada open house lagi.



23.9.11

Dipayungi Bak VIP

Tengah-tengah berjalan lengang kangkung, tetiba me & friends disapa oleh dua aweks sweet yang memakai T-shirt seragam merah. Rasa macam VIP pula lepas mereka payungkan kami ke seberang kedai almaklumlah cuaca time tengah panas membahang. Sejuk pula hati bila ada yang berbuat baik nie. Terharu tau :)




Sambil-sambil tu aweks tu sempatlah bertanyakan sesuatu

Awek : Penah tak dengar Mudah.my
Kami : Pernah. Semua orang tau!!!

Awek : Ada tengok website Mudah.my tak? Apa yang anda tengok dalam website terbabit??
Kami : iklan pasal rumah, kereta.. macam-macamlah lagi..

Awek : Ok kita stop sampai sini....tu sahaja kami nak tanya. Ini adalah Campaign Brand Awareness.

Kami : Hah?? tu jer.
Macam nada tak puas hati sebab dipayungi hanya beberapa langkah :p hehehe





Hambek kau, rupanya Kempen Kesedaran Jenama yang mudah.my tengah buat. Ala-ala kena kenalkan website tu kat public la. Patutlah bersepah manusia berpayung dan berbaju merah.. Tapi aweks yang memayungi kitaorang memang friendly gila, ajak bergambar pun sporting..





21.9.11

Cornering Maut di Putrajaya | Pandu Cermat Jiwa Selamat


Bila speed laju tak hengat bukan bahaya kat diri sendiri, orang lain pun tak pasal-pasal boleh jadi mangsa kecuaian kita. Me notice banyak kes accident yang dilaporkan berlaku disebabkan faktor jalan beralun dan 'corner baring" yang manusia berjiwa rempit memang layan habis. Sebenarnya tak kisahlah kat mana pun , sikap berhati-hati kenalah ada pada setiap driver, jangan dok pikir nak cepat sampai tapi keselamatan diri tolak tepi..



Wordless Wednesday - Profil FB Kreatif










Kreatif and cool right??



20.9.11

Pot Luck Raya
























Alhamdulillah berjalan lancar acara POT LUCK yang di plan beramai-ramai sebentar tadi. Best ada laksa, nasi impit, roti jala, KFC, sate aduh banyak pula yang nak sebut. Kang melelehkan air liur korang gak nanti. Memang seronok saat-saat dapat makan beramai-ramai gini mengeratkan silaturahim sesama ummah...berkumpul dan bergebang dari satu topik ke satu topik yang lain.

r