Destinasi kolam pancing ikan laut yang terletak di Pandamaran, Klang kami jejaki. Dengar cerita ikan di sini besar-besar belaka, puas hati lah andai dapat membawa pulang seekor dua. Bagi kaki mancing macam suami dan abang ipar me of course la depa teruja untuk menunjukkan skill pancingan mereka.. adakah diaorang berjaya??
Gigih ooo pukul 8 pagi dah menapak kat sini
Kalau bab mancing pakcik nie memang maju kehadapan..hobi masa lapang katanya..
Bayar dulu baru pancing. Dah tampal rate untuk panduan yang baru ke sini.. lu mahu mancing kolam satu boleh mau kolam dua pun boleh... kolam no tiga pun takde hal punya janji satu orang satu joran sahaja tak boleh lebih-lebih.. Minimum sekali masuk 3 jam.. lepas tu nak tambah sampai ke malam terpulanglah.
Testing......testing...testing 123... mencuba nasib memancing di kolam satu dulu..kolam nombor dua tak buka lagi....kalau tengok keliling punyalah focus kaki-kaki mancing nie dok menunggu umpan dimakan siakap, jenahak, kerapu atau kaci. Kalau buat masak 3 rasa sodap nie :p
Kat sini ada jual umpan ikan belanak atau anak udang tak yah susah-susah nak cari dekat luar.
3 jam menahan panas matahari pagi rupanya sia-sia habuk pun tarak.. tengok orang sebelah sana dengan orang jauh nun dok naik ikan kerapu yang anggaran berat 4kg bernanah hati mamat bawah nie..hehehhehe kesian dier tak der rezeki.
Ingatkan nak surrender sekali diaorang sambung lagi 3 jam dekat kolam no 2...orang kaki pancing memang kental semangat depa.. tak kenal erti mengalah... selagi tak dapat selagi tu depa cuba.
Beralih ke kolam dua
Dekat kolam dua agak pelik sebab orang penuh dekat kiri kanan tapi belah depan kosong ermmm ajaib-ajaib .. kemain depa berebut-rebut lari masa kolam dua dibuka tadi..masing-masing meluru macam kena kejar anjing apalagi nak cop port punya pasal.
Dah lama lepas tu baru kitaorang tau rupanya ikan banyak dok dekat kiri kanan... area kitaorang haram ikan nak lalu.. aduhhh lagi panas hati tengok sorang-sorang kiri kanan naik ikan... yang naik bukan kecil-kecil anak tapi bapak punya spesis besar gedabak.. fuhhh meleleh air liur tengok ada yang dapat naik sampai 4 ekor.. jelesnya!!
Tapi kalau dah takder rezeki buat macamana tak akan adanya.. terimalah hakikat terpaksa pulang dengan tangan kosong...huhuhu sedihkan.. takpe next time cuba lagi.