Pages

5.6.12

Bihun Sup Andaman


Sesekali tukar selera pekena bihun sup waktu makan tengahari menarik juga.

Lagi-lagi sup tengah panas buat meleleh air liur ajer....hehehe

Harga sebungkus RM4.00.

Jemput makan ye :)





Accident dekat susur masuk federal highway

Hanya Allah ajerlah tau macamana perasaan kitaorang tatkala kereta di hadapan tiba-tiba sahaja membrek kecemasan dan berpusing masuk ke longkang di sebelah kiri.. jantung berdegup laju melihatkan kereta iswara aerobek itu terus terbalik di tepi.

Kitaorang terus memberhentikan kereta di tepi jalan dan husband membantu driver tersebut keluar dari kereta yang terbalik.. ingatkan ada penumpang lain mujur sorang, tapi kesian tengok keadaan kereta dia.. habis bersepah barang dalam tu.



Selang beberapa saat.. lagi dua buah kereta iaitu kancil dan iswara aerobek membrek kecemasan....memang kuat gilerlah bunyinya aduyaiii....Berpusing gak tapi mujurlah mereka berjaya mengawal kenderaan. Kedua-duanya selamat dan mereka terus meneruskan perjalananan.. Aduh berderau dah darah time nie... mata dok pandang jalan sambil tak henti-henti berdoa janganlah ada accident lagi...

Tapi tak jauh dari kereta iswara tadi lagi sebuah viva tak dapat dikawal...nasib tak baik sampai berlari husband dan sorang lagi brother moto yang berhenti menghulurkan pertolongan..

Bagus gak tindakan brother tersebut menghalang kenderaan dari memasuki kiri jalan at least pengguna lain alert dan tak derlah accident lagi. Tangan me time nie dah mengigil pegang handphone tak tau nak call sape... huwaaa panik punya pasal.






Nampak tak macam deretan tumpahan minyak yang panjang. Tak sure puncanya dari mana tapi inilah penyebab kepada accident tersebut.



Boleh dikatakan sepanjang jalan. entahlah geram pun ada bila tengok kecuaian dari pihak lain orang lain terima bahana.


Waktu nie ada polis trafik datang so alhamdullilah keadaan dah nampak agak terkawal. jalan jadi sedikit sesak cuma me harap-harap sangat tumpahan minyak tu dapat dibersihkan dengan segera. tak mau tengok ada yang jadi mangsa...

Tak lama lepas tu, tengok keadaan dah tenang, kitaorang pun memulakan perjalanan semula ke pejabat. rasa terkejut dan mengigil terasa sampai ke opis.. satu pengalaman pagi yang mendebarkan.



2.6.12

Menang Duit Kertas Baru

Mood happy sebab terima hadiah dari mr eyriqazz..kali kedua menang contest anjuran beliau.. yang nie based on lucky draw dan ganjarannya me dapat duit kertas baru (RM1 dan RM5). Duit baru yang akan dikeluarkan Julai nanti so a bit lucky me dapat sentuh dah lihat dulu kan :p


simpan buat koleksi