Pengkongsian ilmu yang me nak share dengan uols. Almaklumlah berada dalam fasa-fasa begini haruslah rajin nak mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan lagi-lagi pengalaman pertama kan, mesti banyak perkara yang ding dong lagi.. InsyaAllah, if ada lagi info-info yang bermanfaat akan me letakkan disini untuk panduan dan renungan kita bersama.
Trimester 1
1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan
berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan
membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung,
jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh
tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu
teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia
mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan
baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus
menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti
menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada
trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui
tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid
atau haid anda tidak menentu.
Trimester 2
11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu
sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih
belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu
mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa
bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga
(mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang
badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk
dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit
belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk
mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika
ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa
apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah
pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab
ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada
mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan
makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan
otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua
kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum
susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah
sebanyak 1200mg setiap hari.
Trimester 3
23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air
kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses
bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak
seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan
kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang
sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester
pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi
jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia
mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki
dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah
disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf
yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh
dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada
doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan
memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi
dari badan semasa baring atau duduk.
Bersalin Di Mana?
30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara
yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang
dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil,
hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda
memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak
salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik,
anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya
aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan
jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital
berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan
kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat
sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak
mahu bersalin dalam kereta.
35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau
orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej
bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam
pakej bersalin.
37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan
waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa
bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk
kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean.
Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang
mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan
memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.
Persiapan Spiritual
45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu
bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan
bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan
teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal
lahir.
48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya
Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan
seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang
sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan
ayah.
51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami
seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang
kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan
kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang,
pintar dan cerdas.
54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan
menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi
contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia
yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas
solat fardu.
56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan
makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging
zuriat kalian.
57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat
menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat
janin yang dikandung.
59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental
menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat
yang sihat fizikal dan mentalnya.
60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan
Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan
segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan
kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang
perkembangan emosi anak yang dikandung.
65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar
semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri
hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan,
kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan
sebagainya.
66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.
Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :
67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi
79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang
dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar
masuk ke wad bersalin.
80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu
mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti
MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan
ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan
bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap
muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk
menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh
mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak
menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin
muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya,
anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi
dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang
anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal
di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan
kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi
mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju
yang anda pakai.
88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia
dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses
menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan
bayi secara caesarean.
89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai
yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah
kaki mengalami kesejukan.
90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita
bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum
memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar
adalah banyak.
91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan
seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang
mungkin bersalin secara caesarean.
92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai
ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang
penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba
panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan
suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya
untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh
meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau
bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi
bahagian tertentu daripada tercalar.
96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut
daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih
tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam
detik-detik manis pelahiran si manja anda.
98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya
untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh
meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau
bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi
bahagian tertentu daripada tercalar.
Credit
PAMA