Pages

18.1.13

Rezeki Lunch Hari Jumaat

Syukur, melimpah ruah rezeki dari Allah untuk dikongsi bersama. Tak terjangkau nikmatnya... alhamdullilah!





16.1.13

Checkup Minggu 39

Finally, last checkup yang perlu ditempuh sudah berakhir.
Horeeyy, suka sebab dah bosan asyik nak kena datang hospital buat rutin tu..hahaha boleh?
Syukur alhamdullilah both me dengan baby dua-dua in good progress.
Even berat pun sempat mencecah naik 1kg - 64kg.... baby round - 3kg.

Cuma Dr nasihatkan "induce" next week, baby dah matang dan sampai sekarang contraction pun tak berapa kuat rasa... adalah tapi jenis ala-ala manja..tanda-tanda pun tak kunjung tiba lagi....Dr tak prefer tunggu lama-lama sebab risiko baby besar dan masalah lain..huhu.
Dag dig dug jantung berdebar, otak gerenti blur bila kena decide benda-benda gini dan kitaorang minta nak pikir dulu, nak mintak pendapat yang berpengalaman.

Nervous sesangat bila memikirkan hari yang bakal tiba tu.
Husband dah soh start next week cuti rehat kat rumah, yelah gigih lagi nak mai office
even kaki dah sakit-sakit..lenguh-lenguh.
ok bos me menurut perintah :)



15.1.13

Tol KESAS Turun Harga

Berkuatkuasa hari ini 15 Jan 2013 sehingga tahun 2016, tak banyak pun penurunannya but still consider bolehlah dari takde langsung kan. Officemate me ramai yang guna lebuhraya nie tetiap hari datang kerja, mahal gak kadar tol dia....bikin kempis poket :p







14.1.13

Jasamu Ku Kenang


Masuk hujung-hujung kehamilan, nampaklah kesembapan kaki me. Asal duduk lama sikit mulalah kaki tu membengkak....alahai nak jalan terasa sakit.
Kat rumah tidur beralaskan kaki dengan bantal nak surutkan bengkak...tinggikan kaki biar pengaliran darah lancar... oklah back tu normal size kaki me..hehhehe
Tapi esoknya datang kerja gerenti kaki sembap balik. Habis kerja menghadap lappy memanjang, lekalah duduk melekat tak bangun-bangun ermm sedaplah sembap tu naik. Maka terpaksalah.......


 Khidmat mu digunakan..muahaha
 


 Habis "tong sampah" me terbalikkan supaya selesa nak apung kaki yang montok nie..:p

Bersih sebab diaorang buang paper jer dalam nie tak kotor tu berani guna , bolehlah buat alternatif nak cari "bendaalah" lain nak sangkut kaki tak jumpa... tapi oklah bila tinggikan sikit kaki memang kurang sembap kat kaki tu... kalau tak asal balik kerja mesti tak muat sarung selipar (pergi balik kerja pakai selipar selesa sikit, tapi kat opis standby kasut la)




10.1.13

Kisah Mimpi


Hai tah camner mimpi me bersalin pagi semalam. Process bersalin tu mudah sangat siap boleh berdiri bila baby dah keluar. Paling tak boleh blah dapat resit bayaran dari hospital berjumlah xxxxK...Hahaha apa punya spesis mimpi la nak kata pikir sangat takdela pun just rileks santai menunggu hari.


Petang tu bertalu member husband dok bertanyakan samaada me dah delivery ke belum... siap ada yang sms lagi lebih kurang ginilah bunyinya "orang rumah ko dah bersalin ke belum??", "dapat anak belum??" ha sudah diaorang pula tak sabar dari kitaorang. abang ipar siap call ucap tahniah. Alamak bila masa me bersalin, rupanya kena "prank" dengan adik ipar sorang lagi. Tah mana idea pandai-pandai cakap me dah deliver.
Banyak betul yang concerned, buat me rasa terharu gitu. Me tak delah nak push / pujuk baby keluar awal, biar la it came naturally. Bagi can baby duduk dalam perut mummy dia lama-lama skit....wah boleh gitu :)



9.1.13

Pemenang FM USS Singapore dan Wang Tunai RM20

Setelah dilanda kemarau kemenangan yang berpanjangan akhirnya melekat satu hadiah untuk tahun 2013, jenuh bersabar nie..heheheh. Even nilai kecil tapi puas hati dapat bagi support kepada Mrs Fiza dan somi kesayangan beliau Cikgu Naman yang bertanding merebut hadiah iPhone 5 dari DenaiHati.. Good luck to him.



Kenny Rogers Roasters | Buy 1 Free 1

 
Available di semua outlet Kenny Rogers seluruh negara dan sah untuk Hari INI SAHAJA, 9 Jan 2013. Most importantly perlu ada elemen kemerahan untuk menikmati offer yang meletup ini, tak kisahlah tudung MERAH, baju MERAH janji warna MERAH tu melekat dekat badan. Lepas tu apalagi kita SERBU Kenny Rogers.





7.1.13

Mahalnya Caj Parking I-City

Semalam husband ajaklah ronda i-city shah alam, bosan dok rumah gamaknya tu. Orang lain banyak kali sampai sini, kitaorang baru nak jejakkan kaki dasar kampung.com.....padahal bukan jauh mana dari rumah pun... Maka mak buyong nie layankan jer planning ad-hoc husband padahal bukan larat nak jalan sangat pun. Dah masuk week ke 38 nie aduh cepat betul mengahnya datang...jawabnya banyak duduk dari berjalan....pancit weyyy!
Cuci mata tengok gelagat orang...tengok kawasan sekitar then cabut balik. nak layan perasaan lama-lama mak buyong tak daya... Balik bayar tiket parking, sekali gulpppp meleleh air liur tengok caj parking dia...walawei gile mahal tak ingat. Dasar kapitalis sungguh.....huhuhuhu. Patutlah ada yang dok berkerut tengok mesin auto-pay tu.



Dekat pintu masuk tadi me perasan kat notice board ada tulis 2jam = RM2.00 dan seterusnya...ingatkan dia caj gitu... Rupanya lepas pukul 6 petang dia caj lain la pulak.  6ptg - 6pagi per entry = RM10. Agak-agaklah kan, charge RM5 per entry pun dah kira ok ape. Bertali arus kereta yang masuk tau.

Eermm jawabnya kena pikir dua tiga kali nak datang lagi.



4.1.13

Waktu Operasi Pos Malaysia 2013

Maybe ada yang tak alert lagi waktu operasi terbaru Pos Malaysia tapi yang selalu berurusan awal-awal dah tahu kot dengan waktu operasi mereka yang berkuatkuasa mulai Jan 2013. Refer notice atas ye untuk keterangan lanjut.




Baby Kiko Warehouse Clearance 2012


Berbaloi-baloi woo nak redah warehouse clearance sales walaupun orang berbondong-bondong datang. yelah brand popular, quality pakaian pun sedap/baik dapat pula harga super rendah dari market price memang syoklah nak memborong. Apalagi parents its time to shopping :)




3.1.13

Siapa Itu Justin Bieber??

Wah.. wah, satu dunia kenal kot mamat glamour nie... Lagi-lagi fanatik fans dia yang rata-ratanya dikalangan awek-awek yang muda remaja. Standardlah taste anak muda. Me tak delah ambil port sangat pasal "Justin Bieber" nie tapi ada info mengenai beliau yang membuatkan me terkebil-kebil membacanya tadi... nak gelak pun ada sebenarnya....


Ha ambik ko, ada error la tu..... cerita pasal negara tetiba terselit nama mamat tu pulak kat highlight topic.. haru kot editor dia nak menjawab nanti... Kalau uols pembaca Utusan Malaysia sisipan Mega perasan kot benda nie, tu pun kalu baca betul-betul la :p




Checkup Minggu 37

Rutin checkup dengan Dr untuk check perkembangan me dan baby. Ramai lak patient so ambil masa sikit nak jumpa Dr. Haruslah ada progress terbaru :)

Berat me ada peningkatan sebanyak 1 kg bersamaan 62kg.. fuhh sedap menternak lemak ye.. pengsan nak diet nanti..muahaha
Berat baby lak 2.9kg... membesar bagi johan anakku...good.

Lain-lain perkembangan alhamdulillah semua on track.

Sempat me and husband request dengan usher untuk melawat wad bersalin dengan patient rooms, level by level kitaorang tour tapi tak masuk cuma dapat tengok dari luar pasal semua bilik full. Tak de rezeki nampaknya.


Usha dekat website DEMC

Counting two more weeks to go... huh macam-macam perasaan terasa kala nie. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Amin.