Pages

27.12.18

Kura-Kura

Makin membesar kura-kura peliharaan adriana
Dulu saiz separuh tapak tangan sekarang dah sado mengembang.
Kuat makan dua sekawan nie, bila letak pallet amboi dia punya mengejar makanan laju kemain

Serupa macam tak makan berapa hari padahal pagi petang kitaorang bagi makan.

 

Ada satu peel baru dua ekor kura2 yang dipanggil si besar dan si kecil... sukalah sangat panjat-panjat pagar ala2 budak sekolah nak ponteng kelas. Berapa kali dah hilang dari bekas sangkar nie. Nasib baik pandai duduk bawah almari TV. InsyaAllah tunggu sampai dah besar skit kita lepaskan kat lombong dekat dengan rumah nie..


24.12.18

Nasi Lemak Harga Cekik Darah

Macam orang ado-ado bersarapan  ...
Nasi lemak harga tahap cekik darah...terkena den hari ini melayang RM4
Dahlah portion nasi dia kecil. sambal rasa yang biasa dalam plastik.
Megah dengan separuh telur rebus jerlah.. Nasi lemak kosong gini memang tak berbaloi dengan harga. Harga yahudi orang kata.

Kalau beli tepi jalan kurang-kurang dua bungkus boleh dapat tau. Nie semua gara-gara kedai yang biasa saya makan tutup. Cuti krimas kan. Singgah lah kedai sebelah sebab teringin nak makan nasi lemak sekali ambik kau terus insaf nak datang lagi.



20.12.18

Manisan Turki

Wow, manisan dari Turki!
Buah tangan dari boss yang baru pulang bercuti kat sana.. syoklah boss jalan-jalan tengok negara orang...


Ada 3 perisa. (almond, rose dan delima)
Selalu orang kata manisan dari sana tahap potong kaki manis.. manis yang amat!
Kita pakat rasa seorang sedikit macamana rasa sebenarnya 'turkish delight' nie

Dalam ketiga-tiga nie,  flavour paling sedap almond. Kalau perisa delima, bau ros dia sedikit kuat menusuk hidung. Tapi kan kalau nama pun manisan, memang tak boleh elak dah manis dia, cuma boleh tahan atau tidak.



Ada lagi 'souvenir' untuk kitaorang rupanya . Ingat juga kat staff. Boss suruh pilih satu dari mana-mana 'design' yang berkenan di hati. Apa-apa pun terima kasih boss.

18.12.18

Program Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia & Sukan (KBS)

Kepada para belia terutamanya kepada para pemimpin belia yang berminat untuk menyertai Program Pertukaran Belia Antarabangsa (International Youth Exchange Programme)

Sila layari http://exchange.kbs.gov.my untuk permohonan


Antara Program Pertukaran Belia Antarabangsa :-

1. The Ship for Southeast Asia & Japanese Youth Program (SSEAYP)

2. Malaysia - Korea Youth Exchange Program

3. Malaysia - Indonesia Youth Exchange Program

4. Malaysia - Brunei Youth Exchange Program

5. ASEAN - India Student Exchange Program

6. ASEAN Youth Leadership

7. Lain-lain program seperti persidangan, bengkel dan lain-lain