Pages

30.9.21

Surprise Bouquet Untuk Orang Istimewa

Meraikan hari lahir insan tersayang pastinya merupakan momen istimewa yang sangat penting dan tidak harus dilupakan setiap tahun. 

Lagi best kalu uols hantar sesuatu 'surprise' mau  mereka tersenyum lebar sampai ke telinga. Cuma bab surprise2 ni pening jugak pikir nak bagi apa? nak hias deco2 camne plak? ehhhh macam rumit plak keje. 

Alah tak perlu susah-susahkan diri, serahkan sahaja pada yang pakar. Nah sis recommended Surprise Bouquet by NZ


Meh sis bagi uols cuci mata dulu ...



Boleh customize tau mengikut pilihan warna dan items serendah RM10.



Penghantaran meliputi sekitar Lembah Kelang (Kl/Selangor) sahaja ye. Delivery caj mengikut kawasan.


Last minute plan? Jangan risau ready stock kan ada. Pilih je budget range yang sesuai dan yang mana berkenan dihati

*Tidak termasuk delivery caj ye.



Boring dengan chocolate? Nak beri kelainan pada surprise anda.? Apa kata buah-buahan sebagai kiriman istimewa buat penerima yang diingati. Boleh request apa jenis buah-buahan mengikut budget anda.



Disertakan dengan belon mengikut tema surprise.. wah menarik sekali! complete package gitu💕

Pendek kata, Surprise Bouquet by NZ akan menyerikan hari istimewa insan tersayang.  Jadi tunggu apalagi hubungi no dibawah untuk maklumat lanjut

Roger/Whatsapp

Nini : 017-286 1187

IG :: @deco.by.nz





28.9.21

Origami Ikan

Aktiviti tugasan Pendidikan Seni Visual anak sis minggu lepas, cara membuat ikan dari kertas ataupun dipanggil 'origami' ikan.

Jom kita sediakan bahan2 berikut sebelum memulakan aktiviti lipat-melipat
1) Kertas Warna A4
2) Pembaris
3) Gunting
4) Pensil warna/Marker


Panduan video untuk hasilkan origami ikan boleh refer 







Taaadaaa . Siap dah hasil akhir origami ikan. Gigih sangat buat 3 ekor baru nampak lebih meriah. Hantar dekat telegram group untuk penilaian cikgu


Nak bentuk lipatan origami ni kena ada ketelitian dan kesabaran yang tinggi juga tapi seronok buat aktiviti begini sebab meningkatkan kreativiti anak2 dan sudah tentu dapat meluangkan masa berkualiti bersama.

27.9.21

Takoyaki

Siapa suka makan takoyaki?? Jom kita layan takoyaki petang2 ni.

Orang Malaysia sekarang dah pakar buat takoyaki jadi mudah nak jumpa gerai peniaga ''street food'' nie kat mana2.



Nak cuba beli kat gerai ni sebab tengok Grab dan Foodpanda tak putus menyinggah. Lokasi di Subang Perdana



Boleh tahan takoyaki dari Dapur Tako. Meriah bahan2 dia tapi yang penting takoyaki tak lembik. Kami pilih isi udang dan sotong RM10 (12 biji)



26.9.21

Handphone Legend

Terjumpa handphone2 lama sis zaman 2000an. Sebut je Nokia, dia lah KING dalam dunia komunikasi telefon bimbit. Tapi teknologi pun belum semaju sekarang, setakat call in and out serta hantar SMS message bolehlah. Itupun limited almaklumlah storage kecil je. Nak main games? apadepehal games ular ada.. 

Handphone kategori Legend jangka hayat bateri dia lama dan body tahan lasak tau. Ko baling kat anjing confirm2 mencicit dia lari. Beginilah kenangan HP dulu2, walaupun harga tidak la mahal tapi ia bukan satu keperluan pada waktu tersebut.


19.9.21

Roti Jala Jelita

Masa birthday abah sis 3hb August lepas, dok terpikir nak suprise apa ye? Nak hantar kek...common sangat.. lagipun abah dengan mak sis kurang makan benda manis. Apakata kita order roti jala jelita. Kan tengah viral dengan bermacam-macam colour dan design.

Cari punya cari jumpa FB Roti Jala Jelita by Mieeya vendor roti jala jelita yang cover area Kampung Melayu Subang. Deal punya deal maka begini hasil akhirnya .

Vendor Pertama


No Tel :: 018-660 6858

Laju semua orang ngap roti jala jelita tu, alang2 sambutan ulangtahun perkahwinan mak dan abah sis hujung bulan 8 boleh la proceed order roti jala jelita lagi. 

Tapi sebab order slot untuk 30hb Aug dah penuh terpaksa cari vendor lain.. yelah last minute..esok nak makan hari ni baru terhegeh-hegeh nak block slot faham2lah..

Vendor Kedua

 

Ni sis cuba nasib tiba2 anak2 nak makan roti jala warna-warna.. tengahari sis order lewat petang pukul 6 petang baru pickup.. mujur vendor nak layan.. hehehe

Vendor kedua ni Kak Ros nombor contact dia 012 - 2442496. Alhamdullilah sis puas hati dengan presentation dan rasa roti jala / kuah kari kedua-dua vendor....Terbaik. InsyaAllah ada rezeki kita order lagi..

17.9.21

Buah Perah

Sis tak pernah tengok buah perah secara live. Kalau tunjuk depan2 belum tentu sis kenal. Tau2 husband sis beli buah perah bawa balik. 

Sekilo RM6 dapatlah diskaun...RM15 semuanya. Sis tau ni untuk projek umpan ikan dia la tu.. 



Buah perah ni import dari Negeri Pahang. Tempat kelahiran buah perah ni. Meriah la kot kat sana. 


Gigih tak gigih la nak asingkan kulit dia. Guna playar pun boleh. 3 kg beb nak buat, sis perati je.. nak tolong tak rajin. Heheh