Pages

21.10.21

Keladi Viral

Semakin mendapat tempat dihati pencinta tumbuhan, pokok keladi menjadi buruan peminatnya yang tersendiri kerana keunikan warna, bentuk dan alur daunnya yang cantik

Kagum tengok koleksi pokok keladi kak ipar saya yang semakin hari semakin bertambah di laman rumahnya. 


Kelihatan beberapa pasu berisi tanah yang sedang menanti kehadiran pokok keladi untuk diisi. Perlu kerajinan dan masa nak layan keladi-keladi ni. Tapi kalau dah minat apadahal kan, itu semua boleh adjust.




Sembang2 macam dia ada perancangan nak gantung pokok2 keladi...boleh bikin taman mini jer.. Seronok jua tengok pokok2 keladi ni ala2 terapi mata, tenang je rasa.

14.10.21

Kura-Kura Kecil

Makin membesar dah kura-kura peliharaan anak sis. Mula2 beli tak sampai separuh tapak tangan saiz dia. Level anak2 gitu.

Nak jaga kura2 ni tak susah tapi kena rajin tukar air sebab air dia memang cepat bertukar warna. Jangan biarkan berhari2 tak bertukar memang semput bau dia uweekk busuk. Akuarium @ tempat tinggal kura2 pun cuci sekali biar bersih

Jenis makanan pulak anak sis beri pallet kat kura2 dia. Pernah sekali anak sis yang kecil tertuang banyak dalam akuarium. Konon-konon nak tolong kakak bagi makan, sekali macam air berkeladak jadinya. Terpaksa buang pallet yang terlebih letak dan tukar air baru

Bab cuci akuarium dan tukar air kami serahkan 100% tangggungjawab kat anak sis. Nak sangat bela kura2 kan. Tak yah mummy daddy nak ingatkan cukup masa bila tengok air dah tukar warna, faham dah kena tukar air baru.