Pages

28.11.21

Gunting Rambut Anak Di Saloon

Plan dari awal bulan nak bawak anak-anak sis pergi potong rambut tapi asal walk in ada customer tengah buat rawatan rambut, nak tunggu memang makan masa jadi sebaiknya telefon dulu sebelum datang. Faham-fahamlah dengan situasi sekarang SOP kena dijaga. 



Pengalaman pertama si adik gunting rambut di saloon. Mujur bagi kerjasama kalau tak sebelum ni asal cakap suruh gunting kat kedai. Dia punya tantrum tak boleh bawa bincang. Kita kasi pendek itu rambut senang nak jaga                         

Harga terkini bagi semua services dan rawatan rambut. Ni belum termasuk caj plastik ye.



Total kos gunting rambut sis bersama 2 orang anak adalah RM59.  Kunjungan berikutnya boleh dapat percuma potong dan cuci rambut untuk seorang. Bukti pelanggan setia tu.

                                              

7.11.21

Tukar Starter Kereta

Kereta kitaorg ini dah berapa hari problem, bercinta dia nak start. Bila pulas kunci kereta ke ON,  keluar bunyi TAK! TAK! Tengok lampu meter elok je semua menyala. Ikutkan bateri dan alternator baru je tukar tahun ni.

Hantar bengkel sini adjust tukar starter baru senang tak pening kepala pikir, yelah kereta dah pakai lama sampai masa ada part dah kena tukar. 



Kos tukar starter baru dan upah = RM 220. Boleh tahan harga dia. bertabah la poket ye.

1.11.21

Selamat Kembali ke Sekolah

Alhamdullilah, anak-anak dari kumpulan A (Tahap 1) sudah memulakan persekolah bagi Fasa 4 PPN hari ini termasuklah anak sis yang teruja nak kembali belajar ke sekolah.

Syok kumpulan A ye, dua hari sekolah, rabu dah cuti balik sempena perayaan deepavali

Persiapan takde apa sangat sebab  baju sekolah, tudung, bag masih dalam keadaan baik. kita gunakan yang sedia ada. Kasut jer dah ketat budak2 membesar la katakan. Semoga dipermudahkan pembelajaran anak2 kita semua disekolah dan sentiasa jaga SOP yang telah ditetapkan.