Pages

25.10.22

Udang Kara

Welcoming our new pet.. si udang kara

Tak beli pun ada orang yang bagi. 

Dapat seekor pun rezeki juga kan boleh anak sis tengok real udang kara 

sambil belajar fakta mengenainya di Youtube


Anak sis bagi nama comel gila iaitu ''Kuku'' hahahha

Tah macamana boleh dapat idea nama gitu.. tak kisahlah asal ada nama.

Memandangkan dia pun hidup sebatang kara  dalam bekas ni makan penjagaan dia mudah.

Tukar air bila dah kotor... Makanan bagi palleet yakni share dengan makanan kura2 punya.

Ha senang gitu.

13.10.22

Popia, Keria dan Peneram

Selalu nampak gerai kuih nie bila lalu petang2

Teringin nak try popia dan keria dia macam menarik je

Tengok crowd yang singgah membeli pun ramai 

Memang memanggil-manggil  kita datang menyinggah



Skodeng kejap harga dia dan kuih2 yang dijual..

Ada keria, popia basah dan goreng, geng dia peneram pun ada 






Kita beli popia goreng, keria dan peneram. Nak pakat2 rasa sedap ke tidak?

Lagipun popia ni memang favourite kami anak beranak

cuma nak dapat yang sedap agar susah skit dekat sini. 





Comel2 belaka keria dia. Boleh tahan la. cuma popia agak berminyak ..

Anak sis ye2 ingat donut hahahha bukan la dik...


Peneram  dia sedap.. ngap2 habis satu bekas tak yah tunggu esok


3.10.22

Badminton Grip Tape Baru

Semenjak tengok sepupu2 dia main badminton.... terus anak sis terpengaruh nak main sama

Sebab baru nak berjinak2 main badminton guna raket lama daddy dulu

Ada dua pcs raket .. adik kakak sorang satu tak payah berebut2




Condition masih baik walaupun tersimpan lama dalam store.

Cuma grip tape kena tukar yang baru

Kat sini ada stall badminton bolehlah kita ganti grip tape baru

Selalu petang hujung2 minggu baru brother ni bukak stall dia

Tapi harini rezeki dia buka time weekday terus singgah.



Warna pilihan adik kakak. 

Kos grip tape untuk satu raket RM5

Cantik dah raket  masing2 ...nanti free2 boleh pergi main dekat taman.