Pages

27.1.23

One Serambi Cafe

Haritu planning nak celebrate birthday Januarian kat luar. Seperti biasa buat carian di FB tempat makan menarik Shah Alam. Keluar beberapa cafe/restaurant yang menarik. Discuss punya discuss semua sebulat suara nak try One Serambi Cafe sebab lokasi dia convenient juga hanya 14 minutes masa pemanduan dari rumah.

Cantik kan dekorasi kaunter dia....suasana dalam cafe pun selesa. Susun atur dalaman nampak eklusif.

Sebelum nak datang kami dah siap2 buat reservation untuk  16 orang. 8 dewasa dan 8 kanak2. Nak try makan kat tingkat atas dah fully reserved plak.. nak lepak2 makan belah luar pun boleh tapi hari kami datang ni cuaca tak mengizinkan hujan memanjang.

Jom tengok menu dia..









Sebahagian makanan yang sempat sis capture. 

Belgium Waffle


Fish and Chips (siakap)

Khao Phad Kung Seafood Friedrice. 
Serius portion nasi dia banyak boleh sharing 2 orang. Si adik beria2 nak makan nasi so request versi kurang pedas.



BLT Beef Burger


Happy birthday januarian! Cuma beza tarikh dan tahun kelahiran sahaja.
Terima kasih staff OCS siap nyanyikan lagu birthday ramai2.. very sporting crews.

Overall makanan yang kami order alhamdullilah sedap2..berbaloi la datang cuma harga dia agak premium. 

Jika ada yang berminat nak cuba makanan di One Serambi Cafe lokasi nya adalah..

1-G, D'bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

03-7734 7700

25.1.23

Yuran Sekolah Tadika 2023

Selesai daftar si adik untuk pembelajaran tadika sessi 2023. 
Sekolah buat open day so apa2 relate pasal bayaran, uniform size, lain2 pertanyaan boleh direct tanya. Senang dengar cikgu explain face to face.

Total mengikut pakej masa (halfday/fullday)
RM840 (half day)
RM1075 (full day/day care)

Sekarang punya zaman tak boleh lari dah around 1k-2k kos untuk tadika swasta. Sini plak takde tadika kemas mehlah tarik nafas panjang2 time nak bayar.. haha.
so bila ada option untuk bayar ansuran 2kali takde lah rasa segebuk nak bayar.. 

Bulan 3 nanti adik start belajar kelas 5 tahun.
Harapnya dia akan enjoy dengan suasana baru sebab ini adalah tadika baru yang mummy daddy pilih untuk dia.
 

5.1.23

Dina Cafe Ipoh

Cerita masa cuti sekolah lepas, alang2 nak balik kampung kami singgah di Ipoh jalan2 melawat makcik disana. Malam tu beliau ajak dinner di satu cafe disana..


Dina Cafe. Lets check out the menu :)


Banyak selection makanan local, asian dan western yang ada. OMG rambang mata dibuatnya tak tahu nak pilih makan.. itu best ..ini menarik.. Dessert pun ada haii...




Antara makanan dan minuman yang kami order pada malam tersebut.  Panjang sambung2 meja sebab ada 15orang yang datang termasuk dewasa dan kanak2
 








alhamdullilah makanan sedap memang tak kecewa la datang sini. 
Service laju makan cepat sampai.. pot pet pot pet ehh dah sampai makanan
Overall sis recommended cafe ini uols untuk datang bila2 ke Ipoh.

3.1.23

Mechamato

Menunaikan janji dengan anak2 nak tengok cerita Mechamato.
Bila iklan cerita ni muncul di TV kemain anak2 teruja nak tonton dekat wayang.




Sis booking online di GSC Play Plus IOI Mall Puchong . Gigih apply cuti nak grab tayangan on weekday kurang skit bersesak dengan orang dan cari parking masuk mall pun mudah. 






Wajib buka kasut dan simpan dalam Storage box yang disediakan. Siap berlabel dengan no seat jadi chances nak tertukar/hilang kasut tu imposible sangat.
Antara rules disini kena pakai stokin ye jadi pakai@bawa siap2 untuk parents dan anak2 karang nak kena keluar extra money untuk beli stokin baru,



15 minit sebelum waktu siaran boleh duduk dan lepak2 sebentar dan tengok anak main2 disini.







Sis pilih Cuddle Couches yang boleh memuatkan dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. ngam2 gitu untuk family kecik kami. 
Pengalaman pertama masuk GSC Play Plus yang bersifat mesra keluarga dan kanak2. Sound system dia tidak sekuat daripada biasa dan cahaya disini pun tidak segelap wayang biasa.




Hall dia besar dan selesa... sambil2 tonton filem boleh jeling2 anak main playground kat bawah. 




Anak sulung sis umur 9 tahun paling enjoy tengok cerita Mechamato.  sebab ada action lawan2 dan aksi robot yang bertukar jadi macam2 untuk kot menarik perhatian kanak2. Ada sedikit unsur lawak yang diterapkan menjadi nilai tambah dalam cerita ini. Terbaik usaha anak malaysia dalam memartabatkan animasi malaysia ke persada antarabangsa.