Pages

26.3.23

Beli Buku Sekolah

Jom ke Pustaka Rakyat Putrajaya sis mencari buku latihan/kerja untuk anak
Kami delaykan pembelian sebab tahun 2023, 1st week budak2 sekolah tak belajar lagi
sebaliknya mereka akan penuhi minggu tersebut dengan aktiviti kesenian/kraf dan keceriaan.



Dah siap ada senarai buku sekolah yang berada sekitar Putrajaya dan Puchong incase ada parents yang perlukan rujukan.



Naik je level 1 sudah ada staff2 yang sedia membantu. Serahkan list pada mereka zap zip zap mereka akan kumpulkan buku2 yang diperlukan. Kita tinggal tunggu di tepi sambil2 tu tinjau2 la bahan bacaan lain sebab si adik dok minta buku..



Masa kami datang ni crowd tak ramai. Tak perlu nak beratur panjang dan menunggu lama. Nak bayar pun kaunter banyak jadi proses pembelian buku sangat2 lancar.



Ada orang suka pembelian secara online. atas faktor kekangan masa, lokasi dan sebagainya. Tapi sis masih memilih cara konvesional ada human interaction gitu. 


Buku dah beli. Balik nanti semua buku kerja perlu dibalut nak elakkan sebarang kerosakan. Sayang buku kan
dan tugas membalut tu dah tentu2 nya sis serahkan pada daddy diaorang..:p


15.3.23

Karnival Mini Cuti Sekolah

Program minggu lepas, bawak anak2 sis dan sepupu mereka join aktiviti Karnival Mini Cuti Sekolah di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Plan awal masing2 semangat nak belajar kelas robotik tapi apakan daya sampai2 je penyertaan dah penuh. Kuota limited untuk 15 orang sahaja.



Alternatively ada outdoor activity Urban Farming. Menarik juga apabila anak2 ini diberikan pendedahan mengenai cara2 menanam keratan batang bunga di dalam pasu.



Staff2 Perpustakaan Selangor yang supportive, mesra dan ceria melayan gelagat para peserta.



Semoga pokok2 bunga ini akan tumbuh dan membesar dengan jayanya. Siap dapat goodies bag yang berisi roti, air kotak dan biskut.


Sepanjang cuti sekolah sehingga 19 Mac pelbagai program yang boleh disertai oleh anak2 yang berumur 5-17 tahun bergantung kepada jenis aktiviti yang ada. Boleh refer Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk next aktiviti.
Fees untuk join setiap session pun reasonable. 


Sebab budak2 ni enjoy dengan aktiviti pagi tadi. Kita continue dengan sessi petang. Aktiviti berkumpulan Treasure Hunt. Memang tak kering gusi melihat aksi anak2 dan ketua kumpulan iaitu staff Perpustakaan sendiri menyiapkan tugasan masing2.


Tiada mana2 group dinobatkan sebagai pemenang sebab matlamat aktiviti nak berikan anak2 ini pengalaman dan wujudkan sikap kerjasama dan semangat berpasukan sesesama mereka.


Cocktail time. Anak2 dibawa ke dalam bilik aktiviti untuk belajar cara2 buat air cocktail. Yummy...
Alhamdullilah.. anak2 sis dan sepupu mereka sangat enjoy dengan program ini. Terima kasih Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor .

10.3.23

Lori Milo

Minum milo anda jadi sihat dan kuat!

Haa famous betul kan tagline diaorang melekat menjadi sebutan sehingga kini.

Tarikan paling legend tak lain tak bukan Lori Milo. Dulu2 bila Lori Milo datang sekolah.. tak sabar nk pergi serbu.. almaklumlah milo buatan lori dia punya rasa authentic sedap. 

Zaman ni kalau sis pergi event fun run Lori Milo pasti ada memeriahkan suasana.. lepas penat berlari minum secawan Milo tak cukup weii.. mesti pusing beratur balik.


Masa kami beli barang kat pasaraya CS Grocery. Keluar2 nampak Lori Milo ni tengah sibuk edarkan Milo percuma. Rezeki jangan ditolak gitu..jom minum secawan dulu sebelum balik rumah.

6.3.23

Beryl's Seri Kembangan

Jom kita ke Beryl's di Seri Kembangan
Melayan permintaan anak2 nak beli coklat Berly's
Coklat halal buatan Malaysia.


Terdapat beberapa replika diluar yang menarik antaranya koko, lembu dan coklat kalau nak bergambar memang molek sangat port dia. 


Kawasan luas berhawa dingin yang selesa. Hari cuti crowd yang datang untuk beli coklat sahaja

Weekend tiada sebarang sessi lawatan dibuka untuk pengunjung.




Galeri jualan coklat Berly's. Tak putus dengan pengujung keluar masuk



Bermacam2 jenis coklat .. dark.. white coklat dan biskut2 yang boleh dibeli disini. Tunggu time offer lagi murah harga dia.

Perisa2 yang dikeluarkan oleh kilang Beryl's seperti durian, macha, strawberry, tiramisu, mint apalagi ek. Tapi memang banyak variasi yang ada disini. 




























Ada gift pack dan exclusive hampers yang sesuai untuk dihadiahkan kepada family, kawan2 atau siapa2 la yang uols nak bagi.






Ni coklat dan biskut pilihan anak2 sis. Tak beli banyak pun takat buat2 raso orang cakap...Anak sis hantu coklat karang depa makan sekali hadap so kena control2 :p.. 


Tempat tak jauh mana pun nak datang lain kali pun boleh. Uols yang berhasrat nak buat lawatan kilang untuk melilhat cara2 pembuatan coklat bolehlah hubungi mereka untuk keterangan lanjut.


Beryl's Chocolate
No.2 Jalan Raya 7/1,
Kawasan perindustrian Seri Kembangan
43300 Seri Kembangan

Tel : 03-8943 6136
Fax : 03-8943 6021
Email : beryls@berylschocolate.com

1.3.23

Science Workshop

Cuti2 sekolah ni kan sis tercari2 gak program untuk anak2 mengisi masa lapang diaorang.
Bila ternampak Dpluze promote Science Work Shop nie terus sis tanya anak2
Event ni berlangsung 2 hari tapi kitaorang tak available hari ahad so register untuk sehari sahaja..



Slot pertama dari pukul 12pm-1pm plane making workshop.



Para peserta diberikan satu set komponen2 kecil untuk disatukan menjadi mini plane dan palette water colour untuk warna bahagian body dan sayap plane. Alamak disebabkan manual instruction tak cukup so organizer minta parents tangkap gambar then tengok pada handphone untuk references.




Sepasang bateri untuk mengerakkan plane bila complete set siap. 
Extra cafeul  ..hilang satu barang alamat tak menjadi plane nanti..



Khusyuk dua beradik ni mewarna komponen plane masing2.



Anak2 buah sis pun join sekali. excited dah masing2 menyiapkan plane diaorang



Beginilah endingnya bapak dia juga yang selesaikan. :p
Nampak mudah tapi quite complicated gak sebab nak warna, pasang sana..gam situ..
Larik dah budak2 pergi main playground yang ada area kawasan aktiviti




Tarikan utama free contton candy.. amboi berbaris panjang masing2 tunggu giliran



2nd slot plak pukul 2pm-3pm. Pemasangan kereta.



Sessi kali ini lebih santai sebab komponen part dia tak banyak dan mudah untuk dipasang. 
No more glue and colouring. Finally siap dalam masa yang lebih singkat berbanding plane tadi.



Beginilah hasil akhir anak sis dan sepupu2 mereka
Pengalaman yang  menarik dan pendedahan yang sangat bermanfaat kepada semua.
Terima Kasih Organizer.. jumpa lagi untuk aktiviti lain.





Management dpluze ni aktif dan rajin buat pelbagai acara/program.
Setiap bulan mesti ada untuk kids/ adults
Boleh follow Facebook Dpluze ye untuk maklumat lanjut.