Pages

21.12.24

Kalendar 2025

Kalendar dan planner 2025. Dua benda ni paling di tunggu di akhir tahun. Kalendar wajib ada atas meja office sis. 

Kita old school dik suka main catat2 nota atas kertas. 


Tak sampai 2 minggu lagi, tahun 2025 kita datang. Banyak target 2024 sis tersasar dari landasan. Semoga 2025 lebih success. 

15.12.24

Rezeki Jumaat

Rezeki pagi jumaat minggu ini, big boss belanja all team breakfast nasi lemak. 

In fact dah jadi amalan di office sis, setiap pagi jumaat management akan take turn belanja breakfast. 



Nasi lemak ayam dan nasi lemak telur. 

Alhamdullilah semoga yang baik2 berbalik kepada kita semua. 

12.12.24

Asam

Adoii mata ni kalau dah rasa mengantuk, tak boleh bawak bincang. Take a nap bagi refresh skit kepala otak ni. 


Sambil2 tu kita pekena asam bunga mawar nama diberi. 
Tak terlalu masam pun nak buat kunyah2.. 

Alter Baju

Sis ada beli baju online sampai2 try alamak macam sarung nangka plak pakai.. Quite besar.. So sis hantar 3 blouse untuk dikecilkan dekat bahagian lengan dan sisi badan. Labuh blouse just nice tak perlu nak dipotong dah. 


Sis hantar tengahari
Dalam 5.30ptg budak alter bagitau dah boleh ambil.. 

Kos satu baju RM8. Sebelum ni pernah hantar alter baju RM5 sehelai. Nampak tak bukan sahaja harga barang.. Harga service pun dah start mencanak naik. Sis hantar 4 baju termasuk sehelai tshirt. So total bayar RM30. Diskaun dapatlah RM2. 

5.12.24

Homst Putrajaya (Chinese Muslim Restaurant)

Kebetulan petang tadi sis ada urusan di Putrajaya, singgah sekali makan di Ayer 8. Tekak terasa nak makan heavy food kita singgah Homst Putrajaya. Kita pilih favourite seafood anak2. Puas hati diaorang makan. Alhamdullilah. 

1.12.24

Murni Discovery Cyberjaya

Sampai juga kami ke Murni Discovery Crystalville Cyberjaya. Motif utama nak makan fish and chip so ada kawan yang rekomen kat sini.. Kita kasi cuba.  



Merata branch dia, mostly dulu kami selalu pergi di USJ 9 Subang Jaya.  Cyberjaya sendiri pun ada dua cawangan. 



Selection food banyak dan service diaorang laju. Tak sempat nak mengantuk makanan dah sampai. Pantas belaka staff mereka buat kerja.


Pilihan anak bongsu. Suka sangat dengan sup. Sharing dengan mummy sebab budak kecil ni tak makan banyak sangat. Elakkan pembaziran makanan gitu. 



Fish and chips. 



Bihun goreng pilihan daddy 



Kentang goreng dengan sos pedas korea



23.11.24

Bawang Hidroponik

Kita berekperimen kali ni tanam bawang secara teknik hidroponik. 

Dalam beberapa hari semakin tinggi dan bercambah daun2 bawang tersebut.

Kitaorang guna bawang merah dan bawang kecil. Tak memerlukan penjagaan rapi sebab tak payah nak jaga sangat pun. Top up air bila perlu sahaja. 

11.11.24

Bateri Kereta Kong

Haritu kami rushing nak balik kampung ada urusan emergency disana. 

Tiba-tiba nak start engine kereta tak boleh2. Signal kat dashboard pun dah tunjuk bateri weak. 

Tapi tulah kedai bateri tutup plak hari Ahad. Tak yah pening-pening kepala kita scroll internet cari contact no bateriku.com yang berdekatan kawasan sis. 



Lepas submit information ke wasap seperti call center bateriku.com perlukan, sampai lah rider bateriku ke rumah kami. Mujur lah terjadi dalam kawasan rumah  kalau tepi jalan jenuh juga kan. 


Settle dah tukar bateri kereta baru jenama Voltec. Kos tukar termasuk trade in RM210. 

9.10.24

Poster Digital Kemerdekaan

Pertandingan membina Poster Digital Kemerdekaan semasa bulan Aug lepas. Anak sis hantar satu penyertaan menggunakan canva. 



Sis ada basic canva jerr sambil ajar anak.. sis belajar juga melalui tutorial di Tik Tok. 
Budak2 sekarang celik IT. 
Tap2 tunjuk kejap dah faham nak guna Canva. 


Inilah hasil poster anak sis.
Ambil masa dalam 2 hari untuk fikir idea, cari images yang sesuai dan gabungkan kesemua menjadi satu poster yang menarik. 
Alhamdullilah dapat no 3 bagi kategori darjah 5.

29.9.24

Handle Strap Baru

Semangat anak-anak nak turun ke gelanggang petang nanti. 
Sesekali dapat sewa court dalam sejam pun dah cukup puas hati.
almaklumlah tengah seronok memantapkan skill badminton masing-masing. 




handle strap pun dah lusuh
kita make up raket badminton ni bagi dia lawa.
nanti nak grip handle raket pun selesa.


Satu untuk kakak.. Satu untuk adik
Samarata dua-dua dapat tukar yang baru 



Budget ciput kita ambil yang harga ekonomi. 
Ready untuk bertukar wajah.
Adik kaunter terus balutkan baju baru selepas pembayaran dibuat. 



Sweet like candy kan warna dia.
Kakak sah2 setia dengan warna Oyen. 
Adik of course pink colour lover.



25.9.24

Breakfast

Pagi ni sis beli nasi lemak dan kuih karipap
Satu pack ada 4biji  - RM3
Nasi lemak sebungkus - RM2.50 (ready in pack)
Extra sebungkus nasi lemak sebab ada assistant kecik menyibuk nak follow mummy dia kerja. 
 

Nak handover kerja pada staff lain yang boss dah appointed. InsyaAllah awal bulan 10 sis akan berhijrah ke tempat setelah 16tahun berkhidmat. Semoga dipermudahkan segala urusan sis. 

19.9.24

Ayam Warna Warni

Budak2 dok request nak anak ayam warna-warni.
Gigih datang MAHA dan beli di situ
Warna2 memang pilihan diaorang sendiri.
Harga RM6 seekor

Challenge bela anak ayam ni sebab bunyi dia mencicit tak berhenti2..
Jenis yang tak suka bunyi bising tak sesuai bela nanti sendiri stress
Sebelum nak beli pastikan ada kawasan nak simpan diaorang.
Anak ayam ni masuk tidur/berehat sekitar pukul 9 - 10 mlm, time tu barulah aman tenang. Nanti pukul 6pagi startlah riuh. 






Pakat2 reunion dengan saudara2 dia
Anak saudara sis pun ada beli haritu


18.9.24

Ais Jelly Limau

Cuti maulidur rasul/hari malaysia haritu kami ke Pusat Sains Negara. Sampai sana pukul 9pagi tapi jalan masuk ke dalam dah kena block. Kena serbu rupanya uols sebab pusat sains bagi free entry sehingga 19hb kalau tak silap sis la.. 

Jauh nak parking kereta di kawasan seberang jalan. Mengah dibuatnya nak berjalan dari kawasan parking.. Kena cross jambatan lagi dan menapak jalan yang sedikit mendaki tu.. 


Selesai ronda2 di dalam galeri pusat sains dan mandi2 di kolam dalam pukul 2petang kitaorg berangkat pulang.. Time ni crowd masih tak putus2 datang. 

Dalam panas terik matahari ni ternampak satu gerai menjual ais jelly limau. Memanggil2 betul singgah sekejap nak rasa air viral ni. RM4 satu cup. 


Dapat minum sejuk2 sedap weyy.

BAHAN-BAHAN:

1. 1 pek serbuk jelly

2. 1 pek serbuk agar-agar

3. 1 pek pewarna kuning

4. Daun pudina

5. Limau kasturi

6. Asam Boi

7. Biji selasih

8. Air soda atau air mineral

9. Sunquick lemon

10. Gula secukupnya 


CARA PENYEDIAAN:

1. Campurkan 1 pek serbuk jelly, 1 pek serbuk agar-agar dan 250 gram gula. Kacau sebati

2. Panaskan air 2500 ml dalam periuk dan masukkan serbuk yang digaul tadi

3. Masukkan 5sb sunquick lemon dan sedikit pewarna kuning

4. Kacau larut, tunggu mendidih dan tutup api

5. Tuang dalam bekas pilihan dan sejukkan dalam peti 3-4 jam

6. Masukkan biji selasih yang telah direndam, asam boi, limau kasturi dan daun pudina bersama air soda @air mineral

7. Sedia untuk dihidangkan

17.9.24

Bingkai Spek Patah

Alamak boleh pulak patah bingkai spek mata sis. Seingat sis dari start guna spek ni tak sampai dua tahun takde lagi insiden terjatuh atau terpijak. 

Terpaksa lah cari bingkai baru sebab lens masih dalam keadaan baik dan jenis multifocal lens. Orang dah berumur begitulah... si rabun dekat datang menghampiri. 



Singgah factoryeyewear Section 9 Shah Alam
Kebetulan diaorang tengah ada merdeka sales dari 1st August - 30hb Sept sedang elok sangat. 








Spek sis (kain biru)
RM99 (harga asal RM199) 

Spek husband sis (kain merah)
RM69 (harga asal RM69) 
RM50 (add lens anti silau) 

Lepas ni kalau pad hidung spek dah rosak boleh ganti tanpa sebarang caj. Kalau minta diaorg cuci cermin secara PERCUMA pun boleh janji beli spek mata dari kedai  factoryeyewear. 

15.9.24

Kelas Memanah

Bulan Sept ni dah masuk bulan kedua anak sis join kelas memanah. Makin selesa dan nampak improvement bila shoot target. 






Sekarang dengan mak bapak sekali dah terhafal disiplin asas memanah sebab dok dengar coach ulang2 command setiap kali round panahan bermula. 

1. Stance

2. Nocking

3. Pre Draw

4. Pull Draw

5. Anchor

6. Aim

7. Shot

11.9.24

Diorama Kerjaya

Finally berjaya juga anak sis siapkan Diorama Kerjaya dia. Esok boleh hantar ke cikgu yang in charge pertandingan ini. 

Of course mesti ada sedikit bantuan dari mummy dan daddy. Sakit pinggang dibuatnya part nak gam model2 dekat board. 


Dari proses mencetak, memotong, gam dan susun atur memang menguji kesabaran. Tapi bila dah siap dia punya seronok dan lega tak boleh nak digambarkan. 

9.9.24

Minggu Adiwira Kerjaya

Sepersalinan baju pilot untuk hari kerjaya yang bertemakan Syarikat Penerbangan. 
Harini bakal-bakal stewardes dan pilot muda segak berpakaian uniform mengikut tema yang dipilih oleh pihak sekolah tahun ini.


Macam biasa baju anak sis beli di Shoppe. Walaupun material dia agak nipis tapi
siaplah masing2 mesti berlengas dalam kelas almaklumlah duduk bawah kipas dengan berpakaian ala kot bagai...
 

6.9.24

Air Kelapa

Dekat area rumah sis, gerai ini menjadi pilihan utama kitaorang kalau nak cari air kelapa. 

Harga sebiji RM5.00 berbanding gerai lain sekitar RM5.50 ke Rm6.00. Penangan zaman sekarang harga serba serbi naik. 

Bagus tauke gerai ni tak kedekut.. mesti penuh dia isi satu plastik air tu. Kalau sebiji tak cukup mesti dia tambah lagi tanpa extra cost. 


Teringat kisah kami terkena food poisoning selepas makan burger bulan lepas. Nasib x baik maybe daging burger tu x ok ke apa. 
Sehari dok keluar masuk toilet muntah2. Masa ni dah set kalau masih tak okey, kena pergi klinik la jawabnya . 
Tapi carilah dulu air kelapa minum buat penawar. Alhamdullilah it's work.. 2 days untuk fully recover. 
Memang mark 'X' untuk gerai burger tu...scaryy!


2.9.24

Congkak

Awal bulan Sept nanti anak sis akan join pertandingan congkak sempena merdeka di sekolah. Gamble je sis register padahal anak sis belum terror main congkak. 

Ni sis belikan congkak nak bagi pendedahan pada anak sis cara permainan congkak. Sempat lagi nak training. 



Dah betul2 pandai main congkak, baru lah yakin nak bertanding nanti. 

1.9.24

Sambutan Merdeka Tadika

Sempena sambutan kemerdekaan dan hari lahir anak2 tadika kelahiran bulan Mei, Jun, Julai  dan August. 

Recycle baju merdeka tahun lepas
Cekak pun guna yang lama
Tudung kuning beli masa sport day haritu
Kos cuma beli dokeh rantai kebaya sebagai accessori tambahan 



Antara juadah pot luck yang disumbangkan oleh ibu bapa.


1. Bihun Goreng
2. Kek Harijadi
3. Creampuff
4. Ayam goreng tepung
5. Makaroni goreng
6. Puding coklat
7. Buah anggur
8. Brownies, mini cupcake, mini tart flavour
9. Chocolate cake
10. Sandwich coklat & strawberi
11. ⁠Air kotak
12. Churos coklat
13. ⁠Jellyball
14. Merdeka cookies
15. Cheese tart
16. ⁠Ayam goreng
17. Agar-agar



Untuk potluck sis bawak kek chocolate birthday, 
Beli di kedai kek Berlys
Anak sis lahir bulan 8 jadi dia salah seorang yang diraikan. 





Goodies bag. Unik kan design cookies merdeka


Anak sis dapat tempat ke 5 costume merdeka terbaik. Tahun ni tadika anak sis peruntukkan 14 hadiah untuk kategori tersebut.