Pages

27.4.24

Botol Air Tyeso

Terjebak dengan botol air popular terhangat di pasaran. 
Mula2 sis tengok sepupu guna masa kat kampung. Air yang disi maintain sejuk berjam lama. 
Anak sulung sis pun bagitau kawan2 sekolah ramai dah guna botol air tyeso.. Nikmat minum air sejuk dalam cuaca panas2. 


Terus daddy diaorg order 2 untuk anak2. Kang sorang tak dapat muncung mulut.. Hahaha.. 
Size botol 600ml. Ada pilihan lain 750ml atau 900ml. Warna ada 5 cari je kat shoppe tu. 

Kitaorang dah try guna semalam. 
Kiranya function dia kekalkan suhu sejuk dan panas memang padu. 
Plus point pada pemegang yang memudahkan botol ni dibawa ke mana-mana.. Bagus untuk train anak2 minum plain water banyak2 sebab budak2 suka air sejuk.. 

26.4.24

Jamuan Hari Raya Sekolah

Meriah hari jumaat dengan sambutan jamuan hari raya sekolah
Termasuklah anak2 sis. Pagi petang bawak pot luck
Mula2 tanya anak2 apa makanan yang diaorang nak bawa
Masing2 lama punya fikir takde idea.. senang2 tahun ni kita beli tembikai je.


Tadika anak bongsu


Bagi  mengelakkan pertindihan menu yang sama atau berulang  ibubapa dah siap2 tulis pilihan yang nak dibawa kesekolah dalam dalam group whatsapp / Telegram

Sekolah kebangsaan kakak sessi pagi



Sekolah agama kakak sessi petang

Gigih lahai sis compile list tu bagai
Bukan apa sebagai rekod dan kenangan
Mana tahu next time takde idea boleh rujuk sini.


22.4.24

Mangga


Besar kan saiz mangga ni. Lebih kurang A4 paper. Pakcik sis tanam dekat rumah dia. 

Bila tanam di luar pagar asal berbuah je mesti ghaib dek peminat misteri. Depa lagi laju petik. Hehe.. 

Nie rezeki kami.. pakcik sis sempat ambil kasi peram dulu.

20.4.24

Sungai Gapes Sahom

2nd day raya kami di kampung atok
Stay kat rumah jer meraikan saudara mara yang datang berkunjung
memandangkan waktu tetamu datang waktu tengahari kita gotong-royong masak nasi dan lauk-pauk terus lunch sama-sama. 

Cuaca time ni masih panas membahang dari bulan puasa. Masing2 dok berfikir nak cari port berendam. 
Maka sampailah kami ke Sungai Gapes, Sahom. Budak2 dah mode on nak terjun tak sabar nak main air. 

Tenang kawasan ni air pun jernih. Paras air pun tak tinggi selamat untuk anak2 nak mandi. Bawa tikar siap2 . Pastu berkelah makan ramai2 kat tepi tebing tu. 

Kat sini cuma ada bilik persalinan baju. Takde toilet ye. Paling penting lepas mandi make sure semua sampah dibawah balik jangan sesuka hati tinggalkan kat situ. Please kita sama2 jaga kebersihan tempat yang menarik ini.