almaklumlah tengah seronok memantapkan skill badminton masing-masing.
29.9.24
Handle Strap Baru
almaklumlah tengah seronok memantapkan skill badminton masing-masing.
25.9.24
Breakfast
Satu pack ada 4biji - RM3
Nasi lemak sebungkus - RM2.50 (ready in pack)
Extra sebungkus nasi lemak sebab ada assistant kecik menyibuk nak follow mummy dia kerja.
Nak handover kerja pada staff lain yang boss dah appointed. InsyaAllah awal bulan 10 sis akan berhijrah ke tempat setelah 16tahun berkhidmat. Semoga dipermudahkan segala urusan sis.
19.9.24
Ayam Warna Warni
Jenis yang tak suka bunyi bising tak sesuai bela nanti sendiri stress
Sebelum nak beli pastikan ada kawasan nak simpan diaorang.
Anak ayam ni masuk tidur/berehat sekitar pukul 9 - 10 mlm, time tu barulah aman tenang. Nanti pukul 6pagi startlah riuh.
18.9.24
Ais Jelly Limau
Cuti maulidur rasul/hari malaysia haritu kami ke Pusat Sains Negara. Sampai sana pukul 9pagi tapi jalan masuk ke dalam dah kena block. Kena serbu rupanya uols sebab pusat sains bagi free entry sehingga 19hb kalau tak silap sis la..
Jauh nak parking kereta di kawasan seberang jalan. Mengah dibuatnya nak berjalan dari kawasan parking.. Kena cross jambatan lagi dan menapak jalan yang sedikit mendaki tu..
Dalam panas terik matahari ni ternampak satu gerai menjual ais jelly limau. Memanggil2 betul singgah sekejap nak rasa air viral ni. RM4 satu cup.
Dapat minum sejuk2 sedap weyy.
BAHAN-BAHAN:
1. 1 pek serbuk jelly
2. 1 pek serbuk agar-agar
3. 1 pek pewarna kuning
4. Daun pudina
5. Limau kasturi
6. Asam Boi
7. Biji selasih
8. Air soda atau air mineral
9. Sunquick lemon
10. Gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan 1 pek serbuk jelly, 1 pek serbuk agar-agar dan 250 gram gula. Kacau sebati
2. Panaskan air 2500 ml dalam periuk dan masukkan serbuk yang digaul tadi
3. Masukkan 5sb sunquick lemon dan sedikit pewarna kuning
4. Kacau larut, tunggu mendidih dan tutup api
5. Tuang dalam bekas pilihan dan sejukkan dalam peti 3-4 jam
6. Masukkan biji selasih yang telah direndam, asam boi, limau kasturi dan daun pudina bersama air soda @air mineral
7. Sedia untuk dihidangkan
17.9.24
Bingkai Spek Patah
Alamak boleh pulak patah bingkai spek mata sis. Seingat sis dari start guna spek ni tak sampai dua tahun takde lagi insiden terjatuh atau terpijak.
Terpaksa lah cari bingkai baru sebab lens masih dalam keadaan baik dan jenis multifocal lens. Orang dah berumur begitulah... si rabun dekat datang menghampiri.
15.9.24
Kelas Memanah
Bulan Sept ni dah masuk bulan kedua anak sis join kelas memanah. Makin selesa dan nampak improvement bila shoot target.
11.9.24
Diorama Kerjaya
Finally berjaya juga anak sis siapkan Diorama Kerjaya dia. Esok boleh hantar ke cikgu yang in charge pertandingan ini.
Of course mesti ada sedikit bantuan dari mummy dan daddy. Sakit pinggang dibuatnya part nak gam model2 dekat board.
9.9.24
Minggu Adiwira Kerjaya
6.9.24
Air Kelapa
Dekat area rumah sis, gerai ini menjadi pilihan utama kitaorang kalau nak cari air kelapa.
Harga sebiji RM5.00 berbanding gerai lain sekitar RM5.50 ke Rm6.00. Penangan zaman sekarang harga serba serbi naik.
Bagus tauke gerai ni tak kedekut.. mesti penuh dia isi satu plastik air tu. Kalau sebiji tak cukup mesti dia tambah lagi tanpa extra cost.
2.9.24
Congkak
Awal bulan Sept nanti anak sis akan join pertandingan congkak sempena merdeka di sekolah. Gamble je sis register padahal anak sis belum terror main congkak.
Ni sis belikan congkak nak bagi pendedahan pada anak sis cara permainan congkak. Sempat lagi nak training.
Dah betul2 pandai main congkak, baru lah yakin nak bertanding nanti.
1.9.24
Sambutan Merdeka Tadika
Anak sis lahir bulan 8 jadi dia salah seorang yang diraikan.