Pages

16.12.25

Program Jom Sedekah

 PROGRAM JOM SEDEKAH


Anjuran bersama PIBG & SK Taman Putra Perdana 2

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Bagi menyantuni dan membantu murid-murid yang memerlukan, PIBG SKTPP2 dengan sukacitanya melancarkan Program Jom Sedekah melibatkan sumbangan pakaian & peralatan sekolah baharu atau terpakai yang masih elok untuk digunakan.

Sumbangan yang dialu-alukan:
✔ Uniform sekolah
✔ Uniform unit beruniform
✔ Kasut sekolah
✔ Beg sekolah
✔ Peralatan menulis & mewarna

📅 Tarikh Pengumpulan: 20 – 23 Disember 2025
📅 Tarikh Pengagihan: 7 – 9 Januari 2026
📍 Lokasi: Lobi Sekolah SKTPP2
⏰ Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

💰 Sumbangan wang tunai secara online juga dialu-alukan!

Syarat Sumbangan:

✅Pakaian, kasut & beg terpakai hendaklah bersih dan masih boleh digunakan

✅Pastikan dilipat & dibungkus dengan kemas

✅Kasut perlu lengkap sepasang

Peralatan menulis & mewarna mestilah baharu sahaja.

🤝 Sama-sama kita berkongsi rezeki demi kelangsungan pendidikan anak-anak SKTPP2.
“Tangan memberi lebih mulia daripada menerima.”



Musim Buah

Meriah sungguh tengok pokok-pokok buah mula mengeluarkan hasil hujung tahun ni. Rezeki yang diberi alhamdulillah. Bila sepupu sis kongsi gambar dalam grup WhatsApp, terus rasa teruja dan tak sabar nak balik kampung hujung bulan nanti. 

Langsat

Rambutan

Manggis dan durian

Usaha arwah atok nenek menanam bertahun lamanya dulu dapatlah generasi sekarang merasai dan menikmati buah-buah tempatan ini. 


14.12.25

Rabbit Comel

Lama tak update blog. Rindu pula rasanya nak menulis di sini.
Kebelakangan ini agak sibuk dengan tugas hakiki di tempat. Alhamdulillah, dah masuk tiga bulan. Banyak ilmu dan perkara baru yang dipelajari sepanjang tempoh ini.
Masih dalam phase probation, fasa untuk belajar, menyesuaikan diri dan perbaiki diri.
InsyaAllah semoga dipermudahkan. 



Welcoming dua penghuni baru di rumah.
Brown dan Grey. Itu nama yang kami beri untuk si arnab comel ini.
Budak berdua ni memang tak boleh bertembung, asyik bercekau saja. Sebab tu terpaksa asingkan salah seekor buat sementara waktu.
Walaupun perangai kuat bergaduh, dua-dua ni sejenis manja dan suka minta perhatian. 

12.8.25

KFC Chicken Tender

Lama tak layan KFC, haritu singgah breakfast kat KFC. Order Mashed Potato favourite si adik. Loaded Potato Bowl untuk si kakak dan chicken tender KFC.. 


Free seketul ayam sebab pembelian lebih RM45. Sesekali boleh la ye.. Ni valid bayar guna MyDebit atau DuitNow QR. Promosi sah sehingga 24 Aug sahaja. 

5.8.25

Troli Baru

Datang Lotus's nampak ada troli baru. 
Harus kita sambar hat yang baru sebab nak tolak pun senang. Dari guna troli lama, dapat hat roda yang dah rosak mau ke kiri kanan perginya nanti. 

1.8.25

Western Menu Board

Western Menu Board yang On Point

Tertarik tengok Menu Board ni. Rekaan dia kemas, tersusun dan penggunaan warna pastel yang cool. 

Setiap kategori makanan dipisahkan dengan jelas. Ada Pasta/Spaghetti, Ramen, Fries & Snack dan Chicken Chop. Senang nak cari menu yang kita nak makan.

Permohonan Sekolah Khusus (SBP/SMKA) dan MRSM Sesi 2026

 📌 *Permohonan Sekolah Khusus (SBP/SMKA) dan MRSM Sesi 2026* 

📅 Dibuka: 1 Ogos hingga 7 September 2025


🔹 Permohonan Tingkatan 1

👉 https://spskt1.moe.gov.my/


🔹 Permohonan Tingkatan 4

👉 https://spskt4.moe.gov.my/


31.7.25

Durian Kampung

Bila anak pengemar buah durian.. lalu tepi gerai durian selamba dia suruh berhenti nak beli durian. Katanya lama tak makan durian. Aii panjang akal budak ni. 



Durian kampung saiz kecil RM8 sekilo, yang besar sikit RM12 sekilo. Ambil 3biji saiz kecil buat raso-raso orang kata. 



Seperti biasa sebelum beli kita minta penjual buka dulu durian.. Kalau isi rosak boleh terus tukar. 


Alhamdullilah isi dalam semua elok.. 
Syukur atas nikmat dan rezekiNya. 

27.7.25

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Bagi Tahun 2026

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Bagi Tahun 2026

Permohonan Melalui : https://essem.moe.gov.my/



26.7.25

Dodol

Tarikan Manis dari Kuala Pilah – Eden Cowboy Memikat Rasa! 🍯

Kalau anda peminat dodol, Eden Cowboy dari #KualaPilah ini wajib masuk dalam senarai 'must-try' anda! Tengok sahaja teksturnya yang likat, berkilat dan menggoda selera. 

Datang dalam bekas yang mesra microwave, manisan ini bukan sekadar pencuci mulut biasa ianya kenangan rasa kampung yang dibalut sentuhan moden.

24.7.25

Kasut Demon Slayer

Haritu jalan-jalan dalam AEON Shah, singgah kedai Vincci… sekali ternampak koleksi kasut dan selipar Demon Slayer! Fuhh, memang stylo design dia. 


Anak sis peminat tegar Demon Slayer terus excited bila nampak! Kalau dah rezeki tak kemana.. ngam-ngam tinggal sepasang size diaorang. 






Kakak dapat sepasang kasut dan selipar. Adik dapat selipar sebab kasut yang dia nak takde size kecil. 



Nanas

Ramai yang tengah batuk dan demam sekarang ni, ditambah pula jerebu yang melanda sebahagian negeri di Malaysia. 

Tengok ada petua menggunakan nanas yang bagus untuk melegakan batuk. 🍍Kita try ikhtiar cara semula jadi plak.… mana tahu serasi! 🌿💛


Masuk Econsave ada 4 jenis nanas berderet dibahagian rak buah nanas Filipina, Sarawak, Madu dan Moris 🍍✨
Nak pilih yang mana satu ye.?? 


Tertanya-tanya gak beza antara empat jenis nana Filipina, Sarawak, Madu dan Moris. Suruh Chatgpt jawablah tentang ciri-ciri setiap satu tu. 

Nanas Madu
Kulit: Coklat kekuningan
Saiz: Kecil ke sederhana
Rasa: Sangat manis, hampir tiada masam
Isi: Kuning keemasan
Popular sebagai: Dimakan segar, sesuai untuk kanak-kanak

Nanas Moris

Kulit: Hijau kekuningan
Saiz: Kecil
Rasa: Manis-masam seimbang
Isi: Kuning pekat, sedikit berserat
Popular sebagai: Bahan masakan dan sambal (tak terlalu manis)


Nanas Filipina

Kulit: Kuning kehijauan
Saiz: Sederhana ke besar
Rasa: Manis, sedikit masam
Isi: Kuning muda, berjus
Popular sebagai: Nanas segar dan jus


Nanas Sarawak (atau MD2)
Kulit: Kuning keemasan
Saiz: Besar dan berisi
Rasa: Sangat manis, kurang masam
Isi: Kuning cerah, sangat berjus
Popular sebagai: Kualiti eksport premium




Beli 2 biji nanas madu blend jadi jus, tak payah tambah gula pun dah cukup manis Letak ais je, perghh memang padu! 😋🍍❄️

17.7.25

Darlie x Demon Slayer

Haritu tengah shopping barang dapur, pusing-pusing cari barang… eh ternampak promosi Darlie! Beli ubat gigi dapat 1 mug edisi terhad percuma. 


Dari cara anak tengok, nampak dia berkenan tu. Tahu sangat dia minat dengan anime Demon Slayer. Saja tanya... 'Kakak nak tak ?' Dia jawab… 'Ikutlah...'

Elehhh.. Macam kita tak faham bahasa tersirat dia... 



Tak boleh beli satu.. . Karang ada yang kecil hati. Beli lebih boleh simpan stok ubat gigi. Satu untuk kakak, satu lagi untuk adik. Senang tak yah rebut-rebut. 


Lepas ni siapa tak basuh cawan… automatik kantoi punya. Cawan dah ada owner masing-masing!

16.7.25

Umrah


Selamat menunaikan ibadah umrah buat abah, mak dan adikku tersayang. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik dan setiap langkah diberkati Allah. Moga menjadi umrah yang mabrur dan pulang membawa ketenangan serta cahaya iman. Doakan kami di Tanah Suci.

12.7.25

Musim Durian

Bila tiba musim durian, orang yang paling happy adalah anak no 2 saya. Pantang nampak gerai durian mesti suruh beli. 



Kebetulan terjumpa offer jualan menarik sebakul RM60 durian campur musang king dan udang merah. 


 
Black Thorn harga dia mak aihh buat kita telan air liur... Kita tengok cuci mata jelah! 😅💸



Buah durian saiz kecil-kecil atau orang panggil baby durian. Seplastik dapat dalam 7 biji. Comel2 tapi isi dia padu… 



Hasilnya sebekas tupperware penuh dengan isi durian yang padu. Anak saya tak sabar2 nak makan. 





5.7.25

Makanan Hamster

Memandangkan makanan si comel makin susut tandanya kena refill sebelum kehabisan. Hamster ni walaupun kecil tapi selera dia boleh tahan besar dok mengunyah je keje. 



Kali ni kita cuba brand bengy. Ia adalah campuran biji-bijian, kacang-kacangan dan sayuran yang diformulasikan untuk hamster serta haiwan kecil lain. 


Bila dah bela hamster ni kena ada rasa tanggungjawab untuk pastikan makanan yang diberi mengandungi nutrisi yang baik serta seimbang. 



1.7.25

Projek DIY untuk Hamster

Bukan main bersungguh anak buah saya plan untuk buatkan mainan hamster anak saya.
Sebenarnya diaorang pun tengah pasang angan nak bela hamster cuma tunggu 'green light' parentnya!


Siap beli barang dekat DIY. Beli sepit baju, gam pun ada ye. 
Kita tunggu je hasil ‘projek diy’ budak2 ni.




Nak tgk hasil akhirnya??? 



Tangga yang dibuat rupanya.. Nanti hamster tu boleh main2 kat situ ye.. Aunty really appreciate effort uols.. Nanti kita letak dalam sangkar hamster... tengok adakah hamster berminat atau tidak dengan tangga ini. 











28.6.25

Kudap-Kudap

Stock kudap-kudapan di waktu senggang.    Ni kalau dah mengadap depan mata alamatnya krup krap mulut tak berhenti mengunyah. 

Paling favourite of course kerepek pisang!
Maruku campur ni best part cari kacang dalam tu.😅
Kena standby balang siap-siap nak makan baru potong plastik.

26.6.25

Cendol

Panas membahang betul cuaca harini, sampai berpinar kepala dibuatnya.

Kami ada urusan di Putrajaya singgah sekejap untuk makan tengahari di Medan Selera Presint 9. 


Gigih beratur nak merasa Cendol Hok Aloh. Cup minuman size besar ni harga RM9. Ada isi jagung, cendul dan kacang merah. Lemak manis yang padu. 

Buah Nangka

Uii sedapnya nangka! Antara buah kegemaran saya  jugak ni. Tapi tulah... kalau dah terlebih mengunyah, silap haribulan boleh berangin satu badan. Kena beringat, makan biar berpada. 😋🌟

Makan sebutir dua buat raso2 je. Nak buat camne bau dia menggoda memanggil2 tak bagi peluang. Kalau angin datang menyinggah jugak sapu minyak panas bagi angin kentut keluar dengan lancarnya😆🔥💨

25.6.25

Bamboo Straw

Mula-mula ingatkan chopstick dalam bekas ni… rupa-rupanya straw minuman yang diperbuat daripada buluh! 🌿 Souvenir istimewa dari kawan saya. Bukan saja unik, tapi mesra alam dan boleh digunakan berulang kali.
 

Disertakan sekali bersama dengan pencuci straw! Lepas dah guna untuk minum air panas atau air sejuk, boleh terus cuci bersih-bersih. Simpan dalam handbag dan boleh dibawa kemana-mana. 

17.6.25

Burger Malam

Budak-budak ni kan dah melantak nasi  boleh lagi request nak makan burger. Biasalah tengah nak membesar... selera makan pun macam2...🤣

Sebab malas nak keluar.. kita order guna ShopeeFood la senang. Ada satu kedai burger agak famous dalam kat sini yang anak sis berkenan betul dengan burger dia. 

Kitaorang order Classic Cheese Burger dan Set Burger Crispy Wedges. Alhamdullilah syukur untuk rezeki hari ini.. Apa yang penting anak2 kenyang dan happy. 

8.6.25

Restaurant Teringin

Haritu sis sekeluarga keluar jalan-jalan ke Kedai Jajan Viral Sungai Buloh. Tapi sebelum tu, kami singgah dulu makan di sebuah restoran. Masing-masing dah kelaparan, jadi kita isi perut dulu sebelum sambung menyopping. 



1st time datang sini. 
Tengok menu dia banyak hidangan dari set breakfast, menu nasi campur, makanan bergoreng dan lain-lain. 
Inilah hidangan yang kami pesan dan nikmati pada waktu itu.








Set telur separuh masak request dari anak bongsu sis. Favourite dia .. Tak cukup 1 set tambah satu lagi..



Bila makanan sampai atas meja waiter catat menu dan harga di atas sekeping kertas kecil. Lepas kitaorang makan baru tunjuk kertas ni di kaunter untuk pembayaran. 


Total makan RM46.80

Jual Barang Recycle

Dalam rumah kami amalkan sistem pengasingan sampah yang simple. Botol-botol plastik dan kotak-kotak akan diasingkan mengikut kategori tidak bercampur dengan sisa makanan/harian yang lain. Hasilnya? Tong sampah tak cepat penuh dan paling menarik barang-barang kitar semula boleh dijual ke tempat recycle


Ada botol plastik, kotak dan besi.
Standby nak hantar barang kitar semula ke tempat recycle dekat belakang rumah. Jalan kaki tak sampai seminit malah tak perlu start engine kereta nak keluar.. 😅Jadi apa alasan lagi.. benda dah sedia mudah depan mata. 


Oklah hasil jualan barang kitar semula tadi sis beri kepada anak2 untuk disimpan dalam tabung. Sambil jaga alam sekitar dapat juga belajar menabung. Kan bagus begitu.