Pages

28.2.25

Merentas Desa

Sekolah anak sis ada Larian Merentas Desa hari jumaat. Rabu Khamis dah start berlatih ikut laluan larian. Banyak juga sekolah yang sis perasan buat Merentas Desa minggu ni.. 

Balik sekolah tadi anak sis tunjuk medal yang dia dapat. Tak expect betul dia boleh achieve pencapaian camni, mana taknya semalam dok mengadu kaki sakit. 
Kitaorg pesan lari santai2 jer tak perlu nak push diri. Tapi try berada di starting garisan depan..tak jenuh nak kejar kelompok depan. 
Tahniah atas kejayaan kakak harini. 

17.2.25

Kelas Memanah

Anak sis ada kelas memanah minggu ni, kalau dulu parents boleh tunggu anak2 dalam kelas tapi tak dibenarkan lagi. Maybe atas faktor gangguan dan konsentrasi coach dan pelajar. 

Mengagau jap cari idea camne nak buang masa 1jam setengah ni. Pusing2 masuk kedai yang ada sekitar kawasan ni. 

Ada pet shop.. Cuci mata tengok ikan2 dalam aquarium ni. 


1st time sis tengok keli putih tompok hitam.Tengok pada ikan yang bersize kecil tu. Agak rare pada sis.  
Pusing2 byk kedai masih banyak masa berbaki.. Bila takde tujuan gini lah, hujung2
cari mamak kita pergi minum2 dulu. 

10.2.25

Balik Kampung

Sabtu lepas sepupu sis bertunang dengan orang Taiping. Dari KL kami bergerak  sehari lebih awal booking homestay disana sebab tak nak terkejar2. Dibuatnya jalan jem naya. 

Habis event hari sabtu petang terus bergerak ke kampung di Perak juga. Nak melawat makcik sedara. 


Singgah dulu beli kat kedai makan ni, support business orang kampung. 


Alhamdullilah sedap. Rezeki kami untuk hari itu. 
Siap2 beli untuk makcik sis sekali. 



Silap dia letak sekali dalam nasi yang panas.. Jadi lembik keropok tu.. 😅


Pakcik kitaorg meninggal mengejut last year, tinggal makcik sorang2 kat rumah. Bayangkan dua sejoli yang rapat pergi mana2 bersama tetiba sorang tiada disisi. 
Orang keliling baik2 bagi support yang tak pernah putus. Selalu datang ziarah makcik tanya khabar.. Memang tak mudah cuma kitaorang selalu berdoa makcik diberi kekuatan.