Pages

10.2.26

Shutterstock Contributor

Sekarang ni, sis tengah explore dunia Shutterstock Contributor. Baru tahu  rupanya gambar & video kita sebenarnya ada nilai di pasaran global. Benda dah lama dik...kita je lalai. 

Accidentally sis terjumpa group ni. Banyak ilmu yang senior2 ajar dalam Facebook group 'jual gambar2 & video2 (Shutterstock Malaysia). Dari situ baru sis nampak dan faham realiti dunia Shutterstock ni. Untuk pemula tak perlu camera yang mahal2, memadai handphone yang boleh beri kualiti gambar yang baik. 

Masih di peringkat awal, masih banyak trial & error. Setiap upload tu bagi sis adalah satu proses belajar dari kualiti gambar, angle, sampai ke penggunaan keyword yang betul. Dari sekadar scroll media sosial, lebih baik guna masa lapang untuk bina sesuatu yang boleh berkembang dan ada hasilnya. 

Bear in mind.. ia bukan jalan singkat untuk berjaya. Maybe boleh give up ditengah jalan bila gambar2 kena reject. Semoga sis terus semangat untuk tambah dan kembangkan portfolio dalam Shutterstock. 

Pelan-pelan, konsisten, dan terus belajar. Siapa tahu, rezeki digital datang dari sini.