Pages

26.7.11

Duit Syiling Baru Malaysia




Wajah terbaru syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50sen yang akan dikeluarkan Jan tahun depan. Nampak cantik dan modern designnya. So kalau ada niat dah jadi collector duit syiling boleh kumpul dah, barang lama nilai nya boleh naik bertambah tinggi.

BNM Terbitkan Siri Syiling Baru Mulai Januari 2012
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baru tahun depan.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, duit-duit syiling baru yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara ini.

"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baru itu di sini, Isnin.

Beliau berkata, siri duit syiling baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Siri baru ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar.

"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baru ini nanti," kata Zeti lagi.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baru yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan September nanti. - BERNAMA



Mereka new mummy to be







Alhamdullilah great news for both of them ...PREGNANT 5 weeks anak sulung.. Congrats Rukijah dan Kina . Jaga kesihatan diri dan baby baik-baik.




24.7.11

Trailer Bini Biniku Gangster



Haaa... Liana Samsudin dan Intan Ladyana telah berkahwin dengan Shahiezy Sam dan bermadu, paling menakutkan mereka super gangster. ooo. .. siap pukul sepak terajang lawan ..dush dush dush!! Nak tengok aksi mereka kena tunggu 22 september 2011 sebab filem ini belum ditayangkan lagi. Konsep filem ni macam ada celup-celup idea sikit dari cite korea "My wife is a gangster" tapi tak nak komen lelebih sebab tak tengok lagi so kena tunggu ler.




23.7.11

Bowling Tournament aka Reunion Geng Sekolah

Perasaan yang sedang ecxited nak having fun membowling diri bersama geng sekolah menengah me di Pandan Lake Club. Baru tau kat sini ada bowling centre ,last time pergi tak perasan pun kewujudannya.



Ramai no yang ada komitmen lain jadi hanya kami berlima aje yang dapat menghadirkan diri. Except me masing-masing dah ada handbag extra..kiri dan kanan lagi, meriah you :D



Keadaan persekitaran lane bowling. Tak berapa nak terjaga tapi bukan big issue pun pada kitaorang... belasah aje..nak seronok-seronok jer pun :)



Budak-budak kalau dah jumpa geng macam ini tempat kami yang punya..hihi! Recommend place sebab tempat ni sedikit privasi tak ramai yang datang.



Pemain tak pro yang sedang aim target di hadapan. Nasib main 2 games jer kalau tidak mau kejung jari-jemari me.. almaklumlah bukan selalu main bowling pun.






Memang pro mereka.. laju gila bola tu menderu.!!



Acara penyampaian hadiah kepada pemenang






Kalah menang pun dapat hadiah tau. Semua yang main bowling tidak pulang dengan tangan kosong. Yeaayyy :)






Kanak-kanak ribena yang tak nak lepaskan peluang membuat balingan tapi biasalah ke longkang banyaknya :)



All of us bergambar kenangan