Pages

21.9.12

Senyum kak senyum

Kemain lebar sengih akak sorang nie. Senyuman ceria memanjang ajer. Eh apa ke halnya tu???? cuba tengok kain atas riba akak tu, nak buat alas meja katanya. Modern style okey jangan main-main dengan taste akak nie.,..hehehe. Biasalah bila meja makan cantik dan berseri tambah lagi dengan makanan yang enak-enak of course la nak makan pun lagi selera kan.

Actually, bukan nak fokus pada kain tu sangat tapi ada satu benda kat kain tu.. uols perasan tak ada card atas kain tu.. boleh nampak dengan jelas kan.




Hahah.... kelas okey cara orang dulu-dulu bagi pesanan. Main pakai pantun ala-ala sopan santun gitu.



Burung nuri burung pipit
Kain diberi dah dijahit


Pegang pokok dahannya patah
Dahan disusun letak ditepi
Tak payah nak bayar upah 
Jahit free ikhlas di hati






19.9.12

Cara Ikatan Tali Kasut

Teringat zaman persekolahan asal pakai kasut sekolah mesti tali kasut tu kena stylo. Bukan kena tukar colour tali ke apa means cara ikatan kasut harus berseni. Tak mainlah cara standard-standard nie.. dah old skool katanya.

Gigihlah memasing belajar ikat tali kasut, sorang ajar yang lain kerumun ramai-ramai. Fun giler! Masa tu ikatan cara ketupat yang paling famous dan senang sikit kot. Kalau orang pandang kasut tengok style tali kasut tu fuuhhh bangga okeyyy sebab lain dari yang lain :p

Tu cerita dulu.. sekarang hebat belajar guna gambar jer dah reti. Lagi banyak cara dan lagi kreatif gitu... ada 15 cara. boring cara A esok cara B dan seterusnya. Cubalah mana yang berkenan yer!































Credit Kasutyou




18.9.12

Melawat Officemate

Weols ke hospital serdang tengahari tadi melawat officemate yang baru melahirkan baby sulung. Bayangkan dari hari jumaat last week dah kena admit tapi malam isnin pukul 11.15pm baru beranak.... Berdebar gak jantung kitaorang menunggu berita dari dia. Bila dapat sms inform kelahiran baby dia alhamdullilah lega dengar :)



Ala miss peluang nak lahir time Hari Malaysia but it's okey janji kedua-dua selamat dan sihat walafiat. Sempat hakak sebelah tu sharing tips berpantang dekat new mummy tu.




Baby perempuan seberat 2.2kg yang diberi nama Aina Raudah. Sweet nama!


OMG! Terserempak dengan geng sekolah dulu dekat kafeteria hospital. Nak buat treatment gigi katanya. Suka sangat sebab hari tu tak dapat nak pergi open house raya rumah dia. Alang-alang dia sorang ajak join group weols makan sekali.



Tahniah me ucapkan kepada rukijah dan suami. Tanggungjawab bertambah berat lepas nie.. hehehe. Hidup pun dah lebih ceria dengan kelahiran cahaya mata yang comel tu :)




Aktiviti Baby Dalam Perut

Bila baby bergerak aktif kat dalam perut me terasa seperti perut bergelora macam ada angin gitu. Sometimes me wonder apalah aktiviti si budak kecil nie kat di dalam sana :). Sempat juga bertanya dengannya sampai mengusap perut "baby, tengah buat apa tu sayang". Now me dah tahu apa aktiviti-aktiviti yang mungkin baby lakukan tatkala waktu-waktu tersebut datang.


Wah, macam-macam aksi yang dia boleh buat....baguslah kan tandanya baby aktif.