Pages

20.12.12

Checkup Minggu 35

Appointment checkup pagi nie dengan gynae yang bakal menyambut my baby.....insyaAllah. Sampai klinik dalam pukul 9.30 pagi suasana masih lengang. Timbang berat, check air kencing then tunggu giliran untuk jumpa Dr.

Tak lama pun tunggu tak sampai 20 min dah boleh masuk, orang tak ramai datang lagi. masuk-masuk terus bersalaman dengan Dr, tanya khabar semua.. alahai lemah-lembut dan softspoken betul.. sejuk hati aii jumpa spesis Dr cam gini..

Dr Mazita Mansor - explanation memang superb. A-Z tentang contraction, pergerakan baby semua dia terang dengan jelas. Nganga mulut aii tak tahu nak tanya apa dah.....cuma comellah Dr nie cakap laju cam bullet train. Dr pesan delivery bag dah boleh start packaging dari sekarang...standardlah benda-benda emergency nie bukan boleh dipredictkan.
 Credit DEMC


Progress berat naik 61kg , Baby- 2.6kg

Lain-lain perkara macam tekanan darah, kedudukan uri, kandungan air ketuban alhamdullilah takde masalah. So another 2 weeks untuk jumpa dr lagi. 
Me in 35 weeks



19.12.12

Lunch Farewell | December

Menghitung hari adalah perkara paling mendebarkan bagi seorang manusia yang memegang tittle "makan gaji", walaupun hati terasa berat once keputusan dah dibuat sampai waktunya segala aktiviti dan rutin kerja seharian tinggal kenangan dan memori sahaja.

Lunch tadi sempatlah buat lunch farewell untuk seorang manager yang bakal berhijrah ke tempat lain. Anak-anak buah dia berganding bahu set up semua persiapan bagai. Masing-masing suram jer muka yelah bos diaorang quite rapat @ ngam ngan depa. Lumrah kehidupan sampai masa perpisahan itu adalah pasti.

Antara photos yang sempat disnap sebagai kenang-kenangan.

Deretan makanan yang disajikan... tinggal nak ngap jer nie








 





 Speech dari CEO. Santai tapi meaningful gitu.



Suara dah sebak dan tersekat-sekat..... Air mata dah bertakung... 




Akhirnya
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Banjir jua... nasib baik tissue menjadi penyelamat keadaan




Bacaan doa selamat diketuai oleh "ustaz jemputan"




 Makan time berjemaah sesama muslimah. Sedap nasi tomato yang diorder..









Free Sample Libresse

Me sudah terima anda bila lagi? Cewahhh saja nak promote samples yang me terima dari Libresse, benda free kan cuma uols kena request dulu nanti diaorang send dalam jangkasamasa 3-4 minggu. Bolehlah buat perbandingan antara current product yang uols pakai dengan libresse manalah tahu lagi serasi bersama. Standard la lain orang lain citarasanya.


Sekali pandang ingat apa benda lah sebab guna customized kotak yang sangat stylo.

Nice packaging!



Pad and pantyliner keluaran Libresse semua dia kasi untuk dicuba. Sangat tak kedekut kan.




18.12.12

Transformasi Bantal Kekabu

Edisi transformasi bantal kekabu dewasa menjadi bantal yang lebih kecil dan praktikal untuk si baby dah siap...horeyyy.. Hasil kerja DIY my mum. Memang comel sangat.... kalau baby tengok nie uiiii mesti terharu tengok hasil kerja nenek kesayangan dia.. thanks mum!!

Before DIY 



After DIY
Nampak lagi berseri-seri.



Mesih jahit kesayangan my mum kalau tak der dia lambat la nak siap bantal bucuk .. very old skool kan. Pakai kaki jer nak gerakkan mesin jahit nie...Kalau nak dikenang jasanya ehhh tak terkira dari me kecil sampailah nak ada anak nie still in good condition tau. Steady menabur bakti.

Cuma skang my mum guna untuk jahit benda-benda kecil @ minor jer kalau langsir-langsir yang besar gedabak serah kat kedai jahit senang kerja yelah mesin lama dah season.. :)