Phewiit.. bila pengantin merempit.. very the wow gitu. Pengantin perempuan tu adik sepupu me yang baru naik pelamin last week.. time nie kenduri belah lelaki dekat Kedah.. ermm tapi tak pun follow rombongan menghantar sebab ada hal lain.....uhuk uhuk . Dapat tengok pengantin berpose atas motosikal jerlah.. dah nama pun peminat moto besar siap geng2 depa iring pengantin you..vromm vromm!.. Selamat pengantin baru uols.. semoga bahagia hingga ke jannah..amin.
7.4.14
4.4.14
Kad Kawin | Pekan Pahang
Undangan dari staff office region yang berada nun jauh di pahang, bakal berkahwin bulan Mei nanti. Sebab me dok HQ maka tak berapa mengenali beliau sangat. Standardlah tu bila staff dah semakin bercambah yang jauh tu takat tahu nama saja, nak bersua muka payahlah kot. Tapi apa2 pun "selamat mendirikan rumahtangga" dan semoga kekal ke akhir hayat. Amin.
3.4.14
Tips Bersihkan Peti Sejuk
1. Tutup suis plag peti sejuk dan cabut wayarnya terlebih dahulu
apabila hendak mencucinya. Jangan membahayakan diri memulakan
pembersihan semasa suis masih ‘on’. Anda mungkin akan terkena kejutan
elektrik dan boleh membawa maut.
2. Lapik kain di bahagian bawah peti untuk mengelak cairan ais membasahi lantai.
3. Ataupun sediakan bekas yang sudah ada di bawah peti dan sentiasa
membuang cairan dari peti agar ia tidak melimpah membasahi lantai.
4. Keluarkan bahan-bahan makanan dari peti ais di bahagian sejuk beku dan sejuk biasa.
5. Jika terdapat makanan seperti daging, ayam atau ikan, sediakan bekas
yang berisi ais yang banyak dan penuh lalu ditutup sementara mencuci
peti ais. Begitu juga pada aiskrim, simpan aiskrim dalam satu bekas yang
berisi ais yang banyak agar ia selamat dari cair.
6. Bagi
buah-buahan dan sayur-sayuran yang disimpan dalam suhu sejuk biasa, anda
boleh juga menyimpan di dalam bekas berisi sedikit ais sementara
mencuci peti ais.
7. Untuk minuman segera segar seperti susu segar, ia mungkin tidak boleh disimpan lama setelah dibiarkan lama dalam suhu bilik. Anda dinasihatkan menghabiskan minuman tersebut sebelum ia basi.
sekadar gambar hiasan
credit Majalah Rasa
8. Buka peti ais di bahagian sejuk beku dan biarkan seketika supaya
ais yang keras menjadi cair. Anda tidak perlu mencungkil ais dari peti
atau menuang air panas.
9. Sementara menunggu ais melekat tadi
cair, anda keluarkanlah rak lapisan demi lapisan atau bekas dari peti
dan cuci dengan sabun terlebih dahulu serta bilaskan hingga kering.
10. Setelah kering, cuci dengan menggunakan berus lembut agar peti anda
tidak tercalar. Gunakan berus dengan sabun agar tempat menyimpan peti
lebih wangi daripada bau busuk dan kotoran sisa bahan makanan.
11.
Setelah siap mencuci dengan sabun, lap di bahagian atas peti dahulu.
Pastikan air tidak menitik ke bawah lagi dan mengganggu proses mencuci
di bahagian bawah peti.
12. Lap pula bahagian bawah peti dan pastikan tiada kotoran dan habuk melekat di setiap sudut peti.
13. Masukkan semula rak atau bekas mengikut lapisan asal peti.
14. Suis ‘on’ semula peti tadi dan biar peti sejuk seketika sambil semua pintu ditutup.
Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat
Catuan air yang membabitkan kawasan2 sekitar negeri Selangor, KL dan Putrajaya. Sila periksa jadual dibawah bagi mendapatkan gambaran lebih jelas dan membolehkan persediaan lebih awal dibuat.. senanglah nak tadah air siap2 ke.. nak plan laundry baju ke.. uii takde air nie sekso dibuatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)









