Pages

30.9.21

Surprise Bouquet Untuk Orang Istimewa

Meraikan hari lahir insan tersayang pastinya merupakan momen istimewa yang sangat penting dan tidak harus dilupakan setiap tahun. 

Lagi best kalu uols hantar sesuatu 'surprise' mau  mereka tersenyum lebar sampai ke telinga. Cuma bab surprise2 ni pening jugak pikir nak bagi apa? nak hias deco2 camne plak? ehhhh macam rumit plak keje. 

Alah tak perlu susah-susahkan diri, serahkan sahaja pada yang pakar. Nah sis recommended Surprise Bouquet by NZ


Meh sis bagi uols cuci mata dulu ...



Boleh customize tau mengikut pilihan warna dan items serendah RM10.



Penghantaran meliputi sekitar Lembah Kelang (Kl/Selangor) sahaja ye. Delivery caj mengikut kawasan.


Last minute plan? Jangan risau ready stock kan ada. Pilih je budget range yang sesuai dan yang mana berkenan dihati

*Tidak termasuk delivery caj ye.



Boring dengan chocolate? Nak beri kelainan pada surprise anda.? Apa kata buah-buahan sebagai kiriman istimewa buat penerima yang diingati. Boleh request apa jenis buah-buahan mengikut budget anda.



Disertakan dengan belon mengikut tema surprise.. wah menarik sekali! complete package gitu💕

Pendek kata, Surprise Bouquet by NZ akan menyerikan hari istimewa insan tersayang.  Jadi tunggu apalagi hubungi no dibawah untuk maklumat lanjut

Roger/Whatsapp

Nini : 017-286 1187

IG :: @deco.by.nz





28.9.21

Origami Ikan

Aktiviti tugasan Pendidikan Seni Visual anak sis minggu lepas, cara membuat ikan dari kertas ataupun dipanggil 'origami' ikan.

Jom kita sediakan bahan2 berikut sebelum memulakan aktiviti lipat-melipat
1) Kertas Warna A4
2) Pembaris
3) Gunting
4) Pensil warna/Marker


Panduan video untuk hasilkan origami ikan boleh refer 







Taaadaaa . Siap dah hasil akhir origami ikan. Gigih sangat buat 3 ekor baru nampak lebih meriah. Hantar dekat telegram group untuk penilaian cikgu


Nak bentuk lipatan origami ni kena ada ketelitian dan kesabaran yang tinggi juga tapi seronok buat aktiviti begini sebab meningkatkan kreativiti anak2 dan sudah tentu dapat meluangkan masa berkualiti bersama.

27.9.21

Takoyaki

Siapa suka makan takoyaki?? Jom kita layan takoyaki petang2 ni.

Orang Malaysia sekarang dah pakar buat takoyaki jadi mudah nak jumpa gerai peniaga ''street food'' nie kat mana2.



Nak cuba beli kat gerai ni sebab tengok Grab dan Foodpanda tak putus menyinggah. Lokasi di Subang Perdana



Boleh tahan takoyaki dari Dapur Tako. Meriah bahan2 dia tapi yang penting takoyaki tak lembik. Kami pilih isi udang dan sotong RM10 (12 biji)



26.9.21

Handphone Legend

Terjumpa handphone2 lama sis zaman 2000an. Sebut je Nokia, dia lah KING dalam dunia komunikasi telefon bimbit. Tapi teknologi pun belum semaju sekarang, setakat call in and out serta hantar SMS message bolehlah. Itupun limited almaklumlah storage kecil je. Nak main games? apadepehal games ular ada.. 

Handphone kategori Legend jangka hayat bateri dia lama dan body tahan lasak tau. Ko baling kat anjing confirm2 mencicit dia lari. Beginilah kenangan HP dulu2, walaupun harga tidak la mahal tapi ia bukan satu keperluan pada waktu tersebut.