Pages

7.2.22

Zumba Fitness

Berita baik untuk peminat2 zumba yang berada di sekitar Puchong dan kawasan berhampirannya. Jom sertai Zin Eida cergas2 kan diri anda malam ini.

Lokasi : EFC Fitness Studio, Taman Puchong Prima

Masa :: 9 malam - 10 malam

Tarikh :: 7/2/2022




Aerodance Fitness (Female)

Mencari aktiviti sihat dan menarik??. Jom sertai Aerodance Fitness bersama Coach Yatt

Lokasi : Dewan Komuniti Taman Impian Ehsan (TIE)

Masa :: 9 malam - 10 malam

Tarikh :: 7/2/2022

31.1.22

Tudung Love Box

Terfikir dari haritu nak bagi hadiah 'farewell' apa untuk kawan pejabat yang berhenti hujung bulan ni, nak tolong emak jaga nenek yang uzur di kampung katanya. Allahu such a wonderful daughter kan budak ni..

Kalau boleh hadiah yang dia boleh keep as memorable item. Kita cari by online je la nak keluar masuk kedai tak sempat nak cari masa.



Cantik kan 'Love Box' berisi tudung bawal cotton.  Ada single, couple and set combo untuk pilihan.  Rambang mata dibuatnya sbb rekaan warna, corak memang banyak. 



Saya pilih couple set mengandungi Bawal Cotton 2 helai. Dengan tambahan RM 5 dapat inner Warda, Scrunchies bersama kotak LoveBox. Menariknya boleh deco nama pada kotak berserta ucapan pada kad. Lovely sangat kan idea ni ..


Harapnya my collegue suka dengan hadiah yang tak seberapa ini. Saya order di Hijabsoulet.  Boleh search page mereka di Facebook ye.

28.1.22

Bayam Brazil

Tumbuh subur betul pokok sayur bayam yang kami tanam ni. Bebas dari sebarang penggunaan bahan racun serangga .. totally organik. Sesekali kita curah air basuhan beras sebagai baja asas. InsyaAllah cantik  hidupnya.
Kalau orang tanya pokok sayur yang paling senang dijaga, saya akan cadangkan bayam brazil sebab ginilah hasil dia..  penjagaan sangat mudah, dan cepat membesar. 



Bayam brazil ni sedap tau kalau masak lemak. Makan dengan nasi panas2.. yumm memang cara.  Ada orang suka celur buat ulam dengan sambal belacan oii kecur air liur tu.