Pages

6.11.22

Koleksi Lukisan Kakak

Koleksi lukisan kakak anak sulung sis. Ada bakat melukis nie tapi kena asah lagi.
Kawasan bahagian dinding tepi ni selamat dah jadi authority kawasan kreativiti dia. 
Awal2 dah pesan mummy daddy jangan cat area ni ye..
Area dinding ni  pun nama dia ye iaitu Muzium O'Golden
Kelas ko dalam rumah ada muzium lukisan bagai..


Dulu masa kecik2 habis satu dinding rumah dikerjakannya
Dah besar skit kitaorang cat balik dinding2 ni
Touch up balik warna .. dah cantik dari contengan
Sekali datang plak idea lain.
Adoii bertuah punya anak..




Pada setiap lukisan tu dah tertulis nama2 yang tersendiri.  Fahamkan nama tu faham la nanti maksud tersirat gambar ni. Boleh plak dia guna marker pen merah kat situ aisyehh tutup je mata..  


Lukisan2 ini terhasil bukanlah dalam jangka masa yang masa. Karang boring2 tengok dia tengah melukis ada idea melintas dalam kepala lah tu.... 



Nampak macam banyak tapi sebenarnya belum cukup target.
Misi dia nak buat 30 buah lukisan amboi kemain kan tinggi azam tu
Takpe2 mummy daddy akan support usaha dan minat kakak ni.. 

25.10.22

Udang Kara

Welcoming our new pet.. si udang kara

Tak beli pun ada orang yang bagi. 

Dapat seekor pun rezeki juga kan boleh anak sis tengok real udang kara 

sambil belajar fakta mengenainya di Youtube


Anak sis bagi nama comel gila iaitu ''Kuku'' hahahha

Tah macamana boleh dapat idea nama gitu.. tak kisahlah asal ada nama.

Memandangkan dia pun hidup sebatang kara  dalam bekas ni makan penjagaan dia mudah.

Tukar air bila dah kotor... Makanan bagi palleet yakni share dengan makanan kura2 punya.

Ha senang gitu.

13.10.22

Popia, Keria dan Peneram

Selalu nampak gerai kuih nie bila lalu petang2

Teringin nak try popia dan keria dia macam menarik je

Tengok crowd yang singgah membeli pun ramai 

Memang memanggil-manggil  kita datang menyinggah



Skodeng kejap harga dia dan kuih2 yang dijual..

Ada keria, popia basah dan goreng, geng dia peneram pun ada 






Kita beli popia goreng, keria dan peneram. Nak pakat2 rasa sedap ke tidak?

Lagipun popia ni memang favourite kami anak beranak

cuma nak dapat yang sedap agar susah skit dekat sini. 





Comel2 belaka keria dia. Boleh tahan la. cuma popia agak berminyak ..

Anak sis ye2 ingat donut hahahha bukan la dik...


Peneram  dia sedap.. ngap2 habis satu bekas tak yah tunggu esok


3.10.22

Badminton Grip Tape Baru

Semenjak tengok sepupu2 dia main badminton.... terus anak sis terpengaruh nak main sama

Sebab baru nak berjinak2 main badminton guna raket lama daddy dulu

Ada dua pcs raket .. adik kakak sorang satu tak payah berebut2




Condition masih baik walaupun tersimpan lama dalam store.

Cuma grip tape kena tukar yang baru

Kat sini ada stall badminton bolehlah kita ganti grip tape baru

Selalu petang hujung2 minggu baru brother ni bukak stall dia

Tapi harini rezeki dia buka time weekday terus singgah.



Warna pilihan adik kakak. 

Kos grip tape untuk satu raket RM5

Cantik dah raket  masing2 ...nanti free2 boleh pergi main dekat taman.