Pages

1.3.23

Science Workshop

Cuti2 sekolah ni kan sis tercari2 gak program untuk anak2 mengisi masa lapang diaorang.
Bila ternampak Dpluze promote Science Work Shop nie terus sis tanya anak2
Event ni berlangsung 2 hari tapi kitaorang tak available hari ahad so register untuk sehari sahaja..



Slot pertama dari pukul 12pm-1pm plane making workshop.



Para peserta diberikan satu set komponen2 kecil untuk disatukan menjadi mini plane dan palette water colour untuk warna bahagian body dan sayap plane. Alamak disebabkan manual instruction tak cukup so organizer minta parents tangkap gambar then tengok pada handphone untuk references.




Sepasang bateri untuk mengerakkan plane bila complete set siap. 
Extra cafeul  ..hilang satu barang alamat tak menjadi plane nanti..



Khusyuk dua beradik ni mewarna komponen plane masing2.



Anak2 buah sis pun join sekali. excited dah masing2 menyiapkan plane diaorang



Beginilah endingnya bapak dia juga yang selesaikan. :p
Nampak mudah tapi quite complicated gak sebab nak warna, pasang sana..gam situ..
Larik dah budak2 pergi main playground yang ada area kawasan aktiviti




Tarikan utama free contton candy.. amboi berbaris panjang masing2 tunggu giliran



2nd slot plak pukul 2pm-3pm. Pemasangan kereta.



Sessi kali ini lebih santai sebab komponen part dia tak banyak dan mudah untuk dipasang. 
No more glue and colouring. Finally siap dalam masa yang lebih singkat berbanding plane tadi.



Beginilah hasil akhir anak sis dan sepupu2 mereka
Pengalaman yang  menarik dan pendedahan yang sangat bermanfaat kepada semua.
Terima Kasih Organizer.. jumpa lagi untuk aktiviti lain.





Management dpluze ni aktif dan rajin buat pelbagai acara/program.
Setiap bulan mesti ada untuk kids/ adults
Boleh follow Facebook Dpluze ye untuk maklumat lanjut.
 

13.2.23

Rocksixteen Kitchen

Dok la keluar kat FB Feed top2 menu diaorang. Husband tunjuk dekat anak2 aikk sekali depa yang teruja nak pergi situ makan. Finally sampai sudah kita ye anak2.




Jadi customer terawal harini uols tengok meja kerusi belum ada duduk makan lagi. Haa semangat ye.. Terus ke kaunter untuk order makanan nanti dah siap diaorang akan hantar terus ke meja.


Cute dan santai dekorasi dia .. simple tapi rasa welcoming gitu. Takde rezeki nak rasa waffle sebab bancuhan tepung belum siap.. 




Jom belek2 dulu menu dia... nak tahu gak apa menu2 dia.. first time kan datang sini.




















Free flow air sejuk. 




makanan yang kami order. atas pilihan anak2 juga




Ketam Lembut Celup Tepung



Maggi Kuah Ketam Lembut


Fresh Orange




Char Keow Teow Sotong



Grilled Chicken Chop
Alhamdullilah makanan dia menepati selera kami terutama char keow teow dia sedap. sapa2 yang berada berdekatan nak merasa local dan western food mereka boleh la singgah ke sana nanti.

Rocksixteen Kitchen
NO 47-G JALAN WARISAN SENTRAL 1 KIP SENTRAL KOTA WARISAN, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900, Selangor



11.2.23

Roti Jala Negara Asia

Anak sulung sis tak berapa gemar makan kek. Sedap macamana kek tu bukan dia heran, takat calit2 cream atas buat rasa.. haha.. 

So sis order roti jala order masa birthday dia haritu. Sesekali lari dari kebiasaan yang penting kenyang kan.


Satu set roti jala klasik (50pcs) bersama kuah kari Ayam. Additional 30pcs roti jala klasik.


Anak sis nak letak gambar bendera negara2 Asia atas roti jala. Sebab space pun limited sis cakap pilih 3 je....maka terhasil design seperti diatas.

Sambutan Hari Kanak-Kanak

Throwback sambutan hari kanak-kanak disekolah anak sis bulan lepas.

Tema adalah fairytale atau kisah dongeng samaada dalam Malaysia atau Barat

Mesti cantik dan bergaya semuanya bila berpeluang melaram dengan costume pilihan masing2.

Anak sis dengan watak harry porter. Simple plan jubah without aksesori. Mafla SELANGOR pakai daddy punya. Tudung pun beli baru dia nak all in black gitu.