Pages

1.12.24

Murni Discovery Cyberjaya

Sampai juga kami ke Murni Discovery Crystalville Cyberjaya. Motif utama nak makan fish and chip so ada kawan yang rekomen kat sini.. Kita kasi cuba.  



Merata branch dia, mostly dulu kami selalu pergi di USJ 9 Subang Jaya.  Cyberjaya sendiri pun ada dua cawangan. 



Selection food banyak dan service diaorang laju. Tak sempat nak mengantuk makanan dah sampai. Pantas belaka staff mereka buat kerja.


Pilihan anak bongsu. Suka sangat dengan sup. Sharing dengan mummy sebab budak kecil ni tak makan banyak sangat. Elakkan pembaziran makanan gitu. 



Fish and chips. 



Bihun goreng pilihan daddy 



Kentang goreng dengan sos pedas korea



23.11.24

Bawang Hidroponik

Kita berekperimen kali ni tanam bawang secara teknik hidroponik. 

Dalam beberapa hari semakin tinggi dan bercambah daun2 bawang tersebut.

Kitaorang guna bawang merah dan bawang kecil. Tak memerlukan penjagaan rapi sebab tak payah nak jaga sangat pun. Top up air bila perlu sahaja. 

11.11.24

Bateri Kereta Kong

Haritu kami rushing nak balik kampung ada urusan emergency disana. 

Tiba-tiba nak start engine kereta tak boleh2. Signal kat dashboard pun dah tunjuk bateri weak. 

Tapi tulah kedai bateri tutup plak hari Ahad. Tak yah pening-pening kepala kita scroll internet cari contact no bateriku.com yang berdekatan kawasan sis. 



Lepas submit information ke wasap seperti call center bateriku.com perlukan, sampai lah rider bateriku ke rumah kami. Mujur lah terjadi dalam kawasan rumah  kalau tepi jalan jenuh juga kan. 


Settle dah tukar bateri kereta baru jenama Voltec. Kos tukar termasuk trade in RM210. 

9.10.24

Poster Digital Kemerdekaan

Pertandingan membina Poster Digital Kemerdekaan semasa bulan Aug lepas. Anak sis hantar satu penyertaan menggunakan canva. 



Sis ada basic canva jerr sambil ajar anak.. sis belajar juga melalui tutorial di Tik Tok. 
Budak2 sekarang celik IT. 
Tap2 tunjuk kejap dah faham nak guna Canva. 


Inilah hasil poster anak sis.
Ambil masa dalam 2 hari untuk fikir idea, cari images yang sesuai dan gabungkan kesemua menjadi satu poster yang menarik. 
Alhamdullilah dapat no 3 bagi kategori darjah 5.