Pages

15.12.24

Rezeki Jumaat

Rezeki pagi jumaat minggu ini, big boss belanja all team breakfast nasi lemak. 

In fact dah jadi amalan di office sis, setiap pagi jumaat management akan take turn belanja breakfast. 



Nasi lemak ayam dan nasi lemak telur. 

Alhamdullilah semoga yang baik2 berbalik kepada kita semua. 

12.12.24

Asam

Adoii mata ni kalau dah rasa mengantuk, tak boleh bawak bincang. Take a nap bagi refresh skit kepala otak ni. 


Sambil2 tu kita pekena asam bunga mawar nama diberi. 
Tak terlalu masam pun nak buat kunyah2.. 

Alter Baju

Sis ada beli baju online sampai2 try alamak macam sarung nangka plak pakai.. Quite besar.. So sis hantar 3 blouse untuk dikecilkan dekat bahagian lengan dan sisi badan. Labuh blouse just nice tak perlu nak dipotong dah. 


Sis hantar tengahari
Dalam 5.30ptg budak alter bagitau dah boleh ambil.. 

Kos satu baju RM8. Sebelum ni pernah hantar alter baju RM5 sehelai. Nampak tak bukan sahaja harga barang.. Harga service pun dah start mencanak naik. Sis hantar 4 baju termasuk sehelai tshirt. So total bayar RM30. Diskaun dapatlah RM2. 

5.12.24

Homst Putrajaya (Chinese Muslim Restaurant)

Kebetulan petang tadi sis ada urusan di Putrajaya, singgah sekali makan di Ayer 8. Tekak terasa nak makan heavy food kita singgah Homst Putrajaya. Kita pilih favourite seafood anak2. Puas hati diaorang makan. Alhamdullilah.