Pages

31.7.17

Masalah PhotoBucket Pada Blog

Berbulan lamanya blog saya terbiar tanpa sebarang update, semuanya akibat kekangan masa. Betul-betul tak sempat nak curi masa. Sekali buka alamak, terkejut tengok keadaan sebegini. Serabutnya hai.


Cepat- cepat minta bantuan Mr Google cara-cara nak 'solvekan' masalah tersebut. Rupanya terdapat perubahan pada service dan polisi Photo Bucket sendiri. Ha sudah.

''07/09/17 I have had a free account with Photobucket for over a decade which I've used to host images in my canned speeches.  A little over two weeks ago Photobucket changed the their Term of Service.  This resulted in those with a free account being required to upgrade to their most expensive account ($399. per year) in order to be able to post third party images hosted at their website.  All of my images have been restricted and or deleted.  I apologize for any inconvenience this situation may have caused.'' 

What I quoted in post #16 is from a email from PhotoBucket which clearly states "In order to continue using Photobucket to host your images, please upgrade to a Plus 500 plan".  They are not allowing me any other options.  I tried  signing up for the $5.99 a month option, but it will not allow me to use that option.  It's either the 500 plan or nothing.  There are no other options.  I refuse to pay $399, especially to a website which pulls this type of ransom.  It is very obvious that they intentionally sprang the new Terms of Service without any notice, if they had given prior notice clients would have had the time to move to another host site without having downtime to contend with.  These people are just one step above lawyers.

Antara komen dari pengguna Photo Bucket. Banyak rungutan kerana langkah kurang bijak Photo Bucket yang tidak memberi banyak pilihan kepada pengguna setia mereka.

Aduh macamananie...Pikir punya pikir. Belasah jer method try+error. Edit dekat HTML Coding. 
Siap-siap copy paste coding dulu letak dalam Words sebagai backup. Yelah bab coding memang ke laut kot. Cara paling senang Ctrl + Find taip photobucket. Jumpa url photobucket remove kan terus. Save template..preview tengok-tengok hilang dah gambar meter tu....yeayy lega blog dah normal..

2.5.17

Kereta Sorong

Undangan kenduri menyambut ramadhan mengisi jadual hujung minggu saya sekeluarga. Merasai lah kami menjejakkan kaki ke Kampung Gadong, Rembau Negeri Sembilan. Beginilah tradisi mereka apabila masuknya bulan Syaaban bersama-sama seisi keluarga yang lain bergotong-royong menyediakan juadah buat keluarga dan tetamu. 

Semasa tengah menjamu selera terpandang satu kaedah yang mereka gunakan untuk memanggang ikan bakar. Agak unik dan 'multipurpose'. Penggunaan kereta sorong untuk mengisi arang ajak bijak kerana api lebih mudah dikawal dan mengurangkan arang bersepah ditanah. Lebih mudah untuk dibuang. 


26.4.17

Buah Kelubi

Kalau sebut buah kelubi, selalu yang telah dijadikan menjadi jeruk pernahlah saya lihat dan makan, tapi kalau ditanya bagaimana rupa buah kelubi itu sendiri memang krik...krik...krik la jawabnya!

Perhatikan rupa buah kelubi seakan-akan nak sama dengan buah salak cuma saiz buah kelubi lebih kecil dan tiada bulu halus pada permukaan kulitnya.





Alang-alang buah kelubi sudah di tangan, terus saya ambil sebiji untuk mengetahui rasa buah kelubi itu sendiri. Ada yang panggil 'laici kampung' ye, terpinga sekejap mencari kaitan antara kedua-dua buah. Lain kot.

 

Walaupun isinya lembut, sekali gigit dia punya rasa pehh masam teramat okey. 10 kali mengerut dahi pun tak boleh nak gambarkan tahap dia. Gerenti tak akan gigit buat kali kedua.. Surrender you. Baik lah dijadikan jeruk atau asam kelubi baru boleh masuk dek tekak dari makan macam gitu sahaja. 


17.4.17

Anak Pokok

Ikutkan saya nak 1 atau 2 anak pokok jer buat tambah tanaman di rumah. Sekali dia bagi 6 anak pokok amboi kak baiknya hati awak. Asalnya semalam kitaorang makan-makan sambut birthday officemate.. tetiba terbuka cerita pasal berkebun. Macam-macam topik akak office, kongsi mengenai penjagaan pokok antaranya guna hampas tea atau kopi sebagai baja. Siram pokok menggunakan air basuhan beras atau air basuhan ikan/daging bagi menggalakkan pertumbuhan pokok.

Ada selom bunga telang, bendi, sawi dan pandan.

Disebabkan saya duduk apartment, balkoni ajerlah kawasan paling sesuai nak tempatkan pokok sayur-sayur berkenaan. Cahaya matahari pun cantik memancar. Berat tanggungjawab nie  nak pastikan anak-anak pokok tersebut  membesar dengan baik. Berbudi kepada tanah insyaAllah pastu hasilnya tidak mengecewakan...